30 May 2012

Stok buah-buahan segar dari Pasar Malam Paya Jaras

Assalamualaikum wbt.

Semalam borong buah-buahan untuk stok seminggu. Oppps kengkadang tak sempat sampai seminggu dah abes. Kebiasaan nya kalau nak beli buah-buahan, aku suka pergi pasar malam Paya Jaras. Sebab??? Murah, segar dan banyak pilihan. Lagi2 muka aku ni selalu pergi beli kat gerai buah yang sama. Harus la abang tu spot muka aku. Dan di kesempatan inilah aku gunakan untuk mintak buah extra ngahahahaha.

Pasar malam Paya Jaras ni ada tiap2 hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad (pasar pagi). Memang best la pasar malam kat sini sebab dari sayur2 kampung ke sayur2 bandar, semuanya ada. Kawasan nya luas plak tu.Aku kalau pergi sorang, bole spend masa yang lama dekat bahagian sayur2an, ikan dan buah-buahan. Jadi asyik tengok kangkung yang gemok2, batang keladi, ulam-ulaman,cendawan hutan, ketam, udang dll. Di sebabkan kegilaan ini jugak la, hubby melarang aku kerap ke pasar. Pada sesapa yang tak penah pergi tu, try la sekali rasa keseronokan pasar malam Paya Jaras ni.

Kunjungan kali ni, hanya tuk beli buah-buahan saja. Jadi ada gambar buah ajalah. Hubby tak bagi aku jalan kawasan sampai abes. Dia kata kalau tak buat camtu, ntah mende-mende yg aku beli. Hish!! sebagai isteri mithali, aku ikutkan ajer. Pergi sorang2 lagi sonok, cumanya aku tak larat nak angkut plastik beg sorang2. Beratttttt ;p. Tu yang terpaksa bawak teman.

Ni la stock seminggu

Anggur ni RM10
Buah epal+lai+pear+orange (big size) RM15
Mangga manis ni 4 kilo/RM10.

* buah-buahan ni snack untuk minum petang aku kat opis ;p. Hari-hari angkut 2 biji ke opis.

psssst: sebenarnya aku nampak tembikai 3 biji RM5 (small size). tapi aku tak jadi beli sebab ada orang tu jelingg aku. takuttttt  ;p

9 comments:

  1. nak mangga manis 4 kilo!!!!

    anak2 saya pun hantu buah..kalau baru beli stock kejap2 bukak peti sejuk..sabo je la..

    ReplyDelete
  2. kakna berhantu sangat dengan buah-buahan. kalau bole, semua mende nak beli. elok la kalau budak2 tu suka makan buah. senang sket proses pembuangan. eh! ye ker??

    ReplyDelete
  3. makaihh.. byknyer buah...
    kat rumah akak takleh beli buah serentak.. utk seminggu tu kena beli sejenis demi sejenis.. paling byk pun 2 jenis.. dah dekat nak abis baru beli lagi.. kalau tak anak2 memilih ada buah yg dorang takmo mkn.. hehe..

    ReplyDelete
  4. kak,
    kat umah ni mulutnya dua ajer tapi bila tang buah memang laju. hubby memang berhantu ngan mangga. saya lak tembikai heheheh. tapi kalo bole semua jenis buah nak sumbat dalam peti ais tu termasuk la buah doyan. ha ha ha

    ReplyDelete
  5. banyaknya stok buah...
    dapat stok anggur aduh bestnya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur,

      memang best kalau semua jenis buah-buahan ada hahaha. dasar tamak punya olang ;p

      Delete
  6. salam kenal...

    wah byk yer stock buah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal papa mifz,

      sonok kan tengok buah-buahan yang bergelimpangan hhahaha... kalau ada durian lagi best ;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...