Showing posts with label buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label buah-buahan. Show all posts

14 July 2012

Shopping buah-buahan

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi kononnya nak ajak hubby jenjalan. Tapi bila tengok dia balik macam kepenatan. Aku lupakan aja la hasrat murni aku tu. Siang kan dah makan nasi banyak, jadi malam ni rasa malas nak makan menda berat. Ajak hubby ke pasar malam beli buah-buahan.

 Musim buah longan kot skang ni. Banyak plak orang jual. Sekilo RM6. Macam biasa, sebelum makan kena basuh dulu buah ni.

 Buah2 ni 8 biji RM10. Jadi aku campur2 yang sama harga.

 Pisang tanduk sekilo RM4. Aku amek dua biji RM2.99.
Konon nya nak buat pisang goreng nanti.

Jagung peket ni RM3. Konon nya nanti nak buat bubur jagung.

(*_*) ...sebab tu aku suka pegi Pasar Malam Paya Jaras. Macam-macam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;p

30 May 2012

Stok buah-buahan segar dari Pasar Malam Paya Jaras

Assalamualaikum wbt.

Semalam borong buah-buahan untuk stok seminggu. Oppps kengkadang tak sempat sampai seminggu dah abes. Kebiasaan nya kalau nak beli buah-buahan, aku suka pergi pasar malam Paya Jaras. Sebab??? Murah, segar dan banyak pilihan. Lagi2 muka aku ni selalu pergi beli kat gerai buah yang sama. Harus la abang tu spot muka aku. Dan di kesempatan inilah aku gunakan untuk mintak buah extra ngahahahaha.

Pasar malam Paya Jaras ni ada tiap2 hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad (pasar pagi). Memang best la pasar malam kat sini sebab dari sayur2 kampung ke sayur2 bandar, semuanya ada. Kawasan nya luas plak tu.Aku kalau pergi sorang, bole spend masa yang lama dekat bahagian sayur2an, ikan dan buah-buahan. Jadi asyik tengok kangkung yang gemok2, batang keladi, ulam-ulaman,cendawan hutan, ketam, udang dll. Di sebabkan kegilaan ini jugak la, hubby melarang aku kerap ke pasar. Pada sesapa yang tak penah pergi tu, try la sekali rasa keseronokan pasar malam Paya Jaras ni.

Kunjungan kali ni, hanya tuk beli buah-buahan saja. Jadi ada gambar buah ajalah. Hubby tak bagi aku jalan kawasan sampai abes. Dia kata kalau tak buat camtu, ntah mende-mende yg aku beli. Hish!! sebagai isteri mithali, aku ikutkan ajer. Pergi sorang2 lagi sonok, cumanya aku tak larat nak angkut plastik beg sorang2. Beratttttt ;p. Tu yang terpaksa bawak teman.

Ni la stock seminggu

Anggur ni RM10
Buah epal+lai+pear+orange (big size) RM15
Mangga manis ni 4 kilo/RM10.

* buah-buahan ni snack untuk minum petang aku kat opis ;p. Hari-hari angkut 2 biji ke opis.

psssst: sebenarnya aku nampak tembikai 3 biji RM5 (small size). tapi aku tak jadi beli sebab ada orang tu jelingg aku. takuttttt  ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...