11 April 2013

Penah makan walnut?

Assalamualaikum wbt.

Opismate aku br balik bercuti dari Ghuangzhou. Dia belikan kami walnut seplastik.

First time makan walnut camni. Selalu beli dalam packaging ada perisa.

Yang ini rs original. Rasa tawar. Good for your brain. Oke la..aku nak abeskan semua 4 bj walnut ni. Mana tau kan....brain aku bole jadi sebijak einstein kahkahkah....*in ur dream

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 April 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt.
Lama kan aku hilang. Orang tua2 kata diam2 berisi. Rupanya demam yg hinggap kat aku ngan laki aku tu ada makna. Demam yang berpanjangan. Alhamdulillah, semalam genap 3 bulan kandungan aku. Dan semalam jugak aku dah selamat buat buku merah kat Klinik Desa Paya Jaras. *dgn buku merah ni bole x nk lari ke luar negara??ekekekeke *
Baru berkesempatan nak update kat sini. Lagipon kata org tua, seawal kehamilan tak elok heboh2. So bila dah lepas 1st trimester ni baru aku berani nak bagitau berita gembira ni.
Akhirnya penantian kami selama 5 tahun lebih membuahkan hasil. Terima kasih Ya Allah. Doakan keselamatan aku dan baby yea.
Published with Blogger-droid v2.0.10

04 March 2013

Makanan untuk orang yang sakit gigi

Mood tak baper baik.
Sakit gigi + selesema + batuk + sakit tekak.

*sengsara*

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 February 2013

Kerana lori rosak

Aku sangkut jem 1 jam kat depan jalan subang airport. Di tambah plak dengan traffic light yang tak berfungsi.

Oooh..indahnya pagi isnin ku. Ggggrrrrrrr

Published with Blogger-droid v2.0.10

15 February 2013

Asam rebus tempoyak


Assalamualaikum wbt.
Dinner malam ni sempoi ajer. Dah beberapa hari aku duk kecur air liur biler teringat menu ni. Gara-gara aku tak puas makan kt umah kawan aku, terpaksa la aku repeat semula menu yg sama untuk memenuhi selera tekak aku. Aku buat guna ikan laut sebab aku tak makan ikan sungai hehehe. Memilih sungguh la tekak ni.
Moh tengok resepi mudah ni.
ASAM REBUS TEMPOYAK
- ikan pelalin 6 ekor(adik kepada ikan kembung)
- bendi
- serai 1 btg
- daun kesum
- air 2 1/2 cwn
- sekeping asam gelugor
- tempoyak 1 1/2 senduk
- bahan kisar(bwg merah 2 bj+ kunyit hidup 2 cm + cili padi segenggam + cili besar 1 bj)
Cara-caranya:-
- masukkan bahan kisar td ke dalam periuk bersama air+ asam gelugur+tempoyak+serai yg dah diketuk.
- biarkan lama sehingga mendidih
- kemudian masukkan ikan dan daun kesum
- masukkan juga bendi yg telah di basuh ke dalam periuk
- biler bendi dah lembut, bole letakkan gula+garam+aji
- sedia tuk dihidangkan dan dihirup
Slllrpppppppppp :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Durian Crepe

Assalamuaalaikum wbt. 

Salam pagi Jumaat semua. Semalam awal aku dah tido. Jadi pagi tadi, kul 4 pagi dah terjaga. Pastu kang pukul 5 pagi jaga lagi. Kira tiap2 jam laa aku terjaga and tersedar. Last2 lepas Subuh, aku on tv layan kartun kat @611 sambil update blog sebab ada kawan aku naak resepi durian crepe. Dah lama sebenarnya aku buat Durian crepe ni. Masa hubby demam dulu. Tapi kemalasan nak update entri. Tu yang duk tertangguh ajer. Semalam ada kawan aku nak mintak resepi, so aku terajin la nak update hehehe. 

 * aku tengah taip laju2 sebab nak dekat kul 8 pagi dah, aku tak mandi lagi ni hehehe.. kang lambat plak sampai opis. 

 Resepi ni aku dah olah ikut sukatik aku. Aku refer kt internet, and aku tambah la tepung. Menjadik. And kulitnya jadi sangat cantik. Sebelum ni aku penah buat guna resepi yang menggunakan santan tapi tak jadi. Abes semua aku buang dalam tong sampah. 

 Resepi Durian Crepe 
- 40 gm tepung gandum 
- 40 gm tepung ubi 
- 20 gm tepung kastad 
- 20 gm tepung jagung 
- 1 biji telur 
- 1 sudu besar minyak masak 
- 1 sudu gula halus 
- 40 ml susu segar/cair (aku guna susu segar) 
- 150 ml air 
- pewarna kuning atau apa2 warna yang korang suka 
- Masukkan semua dalam mangkuk,gaulkan. Pastu aku blend nak bagi semua adunan sebati. Tapis.
- Panaskan non-stick pan dan start mengcrepe. Tak perlu terbalikkan. Just masak bahagian bawah sahaja.
- Bila angkat, aku lapiskan dengan plastik agar diorang tak melekat sesama sendiri.
- Biarkan sejuk, dan bole la sstart mengisi inti.

Durian
- 1 biji isi durian di lenyek

Untuk filing
- 1 cawan whipping cream (aku guna jenama VIVO, sebab tu kene letak sedikit gula)
* ada jenis whipping cream yang dah sedia manis, jangan plak memandai tambah gula lagi.
- 3/4 cawan gula castor
- pukul sehingga kental

Step by step
Isi sedikit whipping cream - durian - whipping cream -lipat
(hati2 ketika melipat, nanti terkoyak crepe nya)





 




* jangan lupa simpan dalam peti ais sebelum makan. Hubby kata rasa cam eskrem. Aku kata? hehehe aku prefer makan durian mentah2 kot...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...