19 January 2013

Bila suami demam

Assalamualaikum wbt.

ihsan google

Kebiasaannya, setiap hari Jumaat hubby akan sampai umah dalam pukul 8 lebih. Lepas habis kerja dia akan main badminton dengan kawan2 sekerja. Memang rutin yang sama setiap Jumaat.

Semalam, dalam pukul 7 lebih dah dengar bunyi moto dia balik umah. Aku masa tu tengah sibuk menjahit skirt jeans. Masuk rumah aja tak bercakap terus mandi, solat dan berkelubung dalam selimut depan tb. DEMAM katanya. Ajak pegi klinik tak nak. 

Tapi memang panas giler badan hubby. Macam cerek panas hahaha. Terkejut-kejut aku bila tersentuh badan dia. Hari ni dia m.c. Hubby ni dia macam aku. Jarang demam. Kadang2 dalam setahun tak penah demam pun. Tapi bila sekali dia demam, kemain manja nya. Aku la plak susah nak buat keja lain.

Projek nak membaking pon terpaksa di hentikan. Sekejap-sekejap...'ayanggggg...tolong picit kepala...ayangggg tolong picit kaki...ayanggggggg tolong urut belakang badan mie... Petang tadi, ayangggggg jom keluar amik angin..haih tenattt tul.

Ni, aku tengah perang2 manja dengan dia. Aku nak tengok Fear factor. Dia nak tengok bola Pahang vs Selangor. Awal2 dia dah sorok remote. Hangen aku. Tiba-tiba....

Hubby: Ayang........meh jap. Tolong picit kepala bole tak?
Aku: Tak noooooooooooookkk. Kalau nak suh picit kepala, tukar dulu Fear Factor.
Hubby: Tak payooooooooooooooooooh.
Aku: Oke fine.

*tak padan dengan demam, DEGIL!!! hahahah

6 comments:

  1. dapat tengok bola hilang demam he..he..

    ReplyDelete
  2. itu la....bola tetap di hati walau demam pon. abes ajer bola demam semula...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...