23 April 2012

Berkebun secara berjemaah

Assalamualaikum wbt.

Ngantuknyaaaaaaa. Tido pun best nih. Lagi-lagi lepas lunch. Plak tu aircond extra sejuk. Humangaih terasa bagai opisku rumahku ehehe. Bukan takat lelap seminit dua ni, takut lelap terus seminggu dua. Haru nanti.

Tiap-tiap pagi Isnin memang terasa sangat nak nyanyi lagi 'THE LAZY SONG' by BRUNO MARS. Today I don't feel like doing anthing. I just wanna lay in my bed bla bla bla. *Debushhhh* bagi pelempang nam kali sket. Konon tak nak buat apa-apa, nak baring ajeeeee. Tetiap bulan nak duit. haishhhh... sila kembali ke realiti ana oiii ;p.

Oke. Mood nak menyambung buat kerja tak datang lagi. Sementara tu, jom kita layan gambar semalam. Kitorang somi isteri pergi shopping pokok kat Garden nursery dekat area Hospital Sungai Buloh. Sungai Buloh kan memang terkenal dengan berbagai pilihan garden nursery yang murah-murah. So, pandai-pandai la pilih yang mana satu nursery korang nak pegi.

Lawa-lawa pokok bunga. Next week nak ajak hubby pergi lagi nak beli pokok bunga yang gantung tu. Bunga matahari pun cantek kan.

 Hubby aku tu, beria sebab nak tanam pokok cili padi sahaja. Hanya cili. Hangin tul aku.
 Tengok arrr.. dalam banyak-banyak cili tu, hubby berkenan ngan cili dari Australia yang warna purple. Adeh, dia kata lawa la cili ni. So, pokok pertama yang dia pilih adalah cili purple (RM12) yang ntah pedas ntah tak.Pastu, yang selebihnya aku pilih pokok daun limau purut, daun kari dan serai. Semua sekali dalam RM35 lepas di diskaunkan oleh aunty.

Eh!! ada cerita di sebalik pokok serai ni tau. On da way balik rumah, aku singgah umah makcik aku yang tengah best lepak ramai-ramai atas rumput. So, kitorang pun join la sekali. Sekali diorang nak tengok la pokok apa yang aku beli. Dengan excited nya aku keluarkan la and menunjuk tunjuk kat makcik aku. Berikut adalah ulasan dari makcik aku:

Makcik aku: Lawanya cili purple ni. Pedass ker?
Aku: Ntah. Cube la gigit he he he
Makcik aku: Kenapa beli daun kari ni? Kat belakang rumah  acik banyak anak pokok dia. Ambik aja lah.
Aku: glrrrpppp. rugi plak duit laki aku nih .
Makcik aku: Nak buat apa tanam pokok serai wangi ni??
Aku: Lor, nanti nak masak tomyam senang la. Tak payah nak beli. Cungkil aja kat pasu.
Makcik aku: Hoh....giler ke apee?? tak penah lagi org masak tomyam pakai serai wangi. Ini serai untuk berubat orang lepas bersalin.
Aku: Hahhhhhhhhhhhh?? Tak kan la tak bole guna?? Nama nya serai jugak kan??
Makcik aku: Cube la bau serai ni. Mana ada orang pakai buat masak.
Aku: (Jeling laki aku sambil....) acik amek la pokok serai wangi ni, tanam kat belakang umah. Esok-esok kalau ana bersalin, ana tau la mana nak amek serai wangi he he he. Hampa tul. 
Makcik aku: Kalau kat rumah ada serai, halia& kunyit hidup cucuk aja dalam tanah. Insyaallah boleh hidup.
Aku: owh....oke. bole try ni. Rasa-rasanya ada stok serai dah layu he he he.


Masa untuk menanam.

 Excited sungguh dia. Pokok pertama yang dia tanam, opkoss la pokok cili purple dia tuh.

 Jeng jeng jeng....dah siap ;p

 Cili
 Pokok kari
 Limau purut
 Serai
Halia & kunyit hidup.

Ada satu lagi, pokok terung. Yang ni kitorang beli benih . Sepeket RM1.30. Baja?? Tak beli pun. Mak aku kata, kalau nak pokok gemokkkkks macam tuan dia, siram aja dengan air basuhan beras atau air basuhan ikan. Insyaallah memang gemoooks la pokok2 tu. Harap2 semua pokok ni boleh membesar, membiak dengan jayanya di bawah jagaan tuan baru he he he.

pssstt: hubby aku tu kan, terlebey excited. Malam semalam lepas balik dari makan, dia duk merenung pokok sambil isap rokok. Pastu aku intai dia dari celah tingkap, dia duk siram pokok. Tak lama dia siram, hujan turun ekekekeke. Pagi ni plak, keluar rumah aja terus siram pokok. Adehhhh aku terasa seperti di abaikan ;p.

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...