23 May 2012

Checkered Rainbow Cake

Assalamualaikum.


Kengkawan aku cakap, aku giler. Giler apeeee?? Giler membaking. no no no....aku menafikan sekeras-kerasnya. Sebab....aku bukan giler membaking...Yang sebenarnya, aku ketagih nak membaking. Herm...tak sama kan??? ngehehehehe

Sejak biler eh?? rasanya sejak aku buat pavlova kot.  Keseronokan melihat kek yg kita buat menjadi. keinginan tu datang tanpa bole di elak. Yang sadisnya, aku cuma ketagih nak buat. Abes??? sapa yang nak makan?? dalam umah cuma ade dua mulut ajer(aku ngan hubby). herm......yang jadi mangsa ialah jiran aku, tuan tanah ngan makcik-makcik-makcik aku(ader 3 buah umah makcik).

Yea, memang anak2 makcik-makcik-makcik aku suka sebab leh dapat makan kek freee ngahaha. jiran sebelah umah pun asik segan ngan aku sebab x gheti dah nak balas pinggan aku. Baru-baru ni masa aku bagi dia apam polkadot 3D, aku siap warning, pulang ajer la pinggan akak tu, tak payah susah2 nak balas. Hubby cakap, mesti dia segan kalau pulangkan pinggan kosong. So, solution nya senang ajer. Aku beli pinggan pakai buang. Pas makan, campak ajer la ke tong sampah.

Makcik aku cakap, tak lama lagi orang2 di sekeliling aku akan bertukar saiz kahkahkah. tak dapek den nak nolong.

Aku dah tak ingat bila aku buat kek ni. Rasanya lepas aku buat kek choc moist kukus aritu.Dah lama sangat upload gambo, tapi publish nya  tak jugak. Memandangkan hari ni, seru mengentry dh datang, mari kita mulakan acara membaking secara berseorangan dan memakan secara beramai-ramai ;p

Resepi ni aku amek dari blog kak Azlita, Masam manis. Sekali terpandang terus wow....menariknya kek ni.Bagi aku, setiap masakan yang kak Azlita buat memang nampak menarik. Tak mo cakap banyak, moh kite buat kek.

Kak Ita, mintak izin kopipesss kat sini plak eh untuk rujukan saya di hari tua nanti ;p

CHECKERED RAINBOW CAKE

Resepi yang di alih bahasa: Zuraini Alias
Sumber Rujukan : Kak Azlita, Masam Manis
Olahan: Liemaupurut (aku la tuh)


RAINBOW CAKE
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

------------------------------------------------------------------------------

kalau refer kat blog kak ita, banyak resepi topping yang kak ita share kan. Aku berminat ngan yang ni:-

FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila


Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...

dan yang ini;-

ORANGE CREAM CHEESE FROSTING
By : Sheery Dzul
Rujukan : Zuriani Alias

4 package(s) (8-ounce) cream cheese, softened
1 cup(s) (1/2 stick) unsalted butter, softened
4 tablespoon(s) fresh orange juice
4 teaspoon(s) grated orange zest
2 teaspoon(s) pure vanilla extract
4 cup(s) confectioners' sugar

Directions
Blend the cream cheese, butter, orange juice, orange zest, and vanilla in a large bowl, using an electric mixer set at medium speed, until smooth.
Add the sugar and continue to beat until light and creamy -- about 3 more minutes.
Add the food coloring and gently stir until the color is uniform.
Chill the frosting until ready to ice the cupcakes or cake.

-----------------------------------------------------------------------------
tapinyaaaaaa, memandangkan dalam gobok ajaib aku tak ader satu pun bahan-bahan untuk buat topping yang di atas dan aku plak m.a.l.a.s nak keluar, terpaksa la aku olah ikut bahan yang ada..;p

Aku salut ngan Chocolate Ganache, lebihan dari aku buat kek hari tu, klik SINI untuk resepi.

-----------------------------------------------------------------------------

Kawan aku, wani ada tanya macam mana nak buat checkered kek ni jadi berselang-seli, apa yang ko perlukan ialah :-


acuan plastik kat atas ni. Aku beli kat LMC Bakery dengan harga RM8.30. Yang jenis boolat pun bole guna.


Sejukkan setiap lapis kek  dahulu. Kemudian baru tekap dengan acuan.

Ko tukar2 la kaler bagi tiap2 saiz acuan tu. omputih kata 'mix and match' kihkihkih. Pastu, aku cantumkan dengan nutella.

Pastu susun tiap2 lapis dan gam kan dengan choc ganache tadik.

Selamat mencuba ;p

* aku rasa kek rainbow aku ni tak berapa naik la adunan nya. Nanti kalau rajin, nak buat semula la ;p


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...