22 April 2012

Kek choc moist kukus dengan choc ganache & cream cheese frosting

Assalamualaikum wbt.

Weekend camni tak rasa nak keluar merayap. Konon nya jap lagi nak keluar pegi beli anak2 pokok nak menanam. Harap2 menjadi la.So, sementara nak tunggu petang, aku belek resepi2 yang ada kat internet pastu terjumpa resepi kek choc moist yang kak Azlita buat untuk birthday anak dia, Amirul. Herm...agak leceh tapi boleh la nak cuba. Sekali sekala challenge diri sendiri buat mende susah kan, pe salahnye. Aku suka belek blog kak ita ni sebab banyak resepi2 yang ada step by step. Memang sangat membantu. i likeeeeeeee!!! Mintang izin kopipes yang kak ita ;p

KEK CHOC MOIST KUKUS

By: Pn Munirah Baharum
Sumber: Kak Azlita

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

- satukan kesemua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan.
- sentiasa kacau.
- bila dah licin, matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder

- satukan kesemua bahan di atas dan ayak.

Bahan C
4 biji telur~ diblender
* aku pakai stand mixer sebab blender aku baru ajer mengerjakan cili kering. Aku tak nak kek aku pedasss nanti agagagaggaga ;p

~ sementara tu, panaskan periuk kukus. Sediakan loyang 8 inci, sapukan butter dan alas loyang dengan baking paper. Ketepikan.
~ panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu.


- Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli.
- Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B (B~C~B~C~B)
- Kacau sebati, guna spatula sahaja.




- Tuangkan adunan dalam loyang.
- Tutup loyang dengan aluminium foil.
- Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek di masak dengan sempurna. (Lepas sejam boleh la cucuk dengan lidi nak tau samada dah masak ke belum).


- Sejukkan kek dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
- Biarkan kek betul2 sejuk sebelum potong kek kepada 4 kepingan. (aku potong 3 aje).

CHOCOLATE GANACHE
100ml double cream/whipping cream
250gm coklat gelap di cincang halus
sedikit garam ~ita tak letak(aku pun x letak)
1 sudu besar golden syrup ~ita tambah(aku x letak sbb tak ade)
1 sudu teh paste vanilla ~ita tambah(aku pun)
1 sudu teh gelatin ~halal jel
50ml air


- taburkan gelatin halal jel dalam 50ml air
- biarkan ia kembang
- kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut. ketepikan.
- double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam.
- kacau rata.
- tambahkan golden syrup.
- bila semua sudah cair, tambahkan gelatin tadi.
- kacau rata.
- letakkan perisa vanilla dan kacau sebati.
- angkat dan sejukkan.
- bila dah sejuk, masukkan dalam piping beg dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

# Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu letak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap di sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas ia mengeras. Itupun, jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache. Jika nak buat macam ita ini, tak perlu lah buat ganache kedua tu.

CREAM CHEESE FROSTING
125gm Philadelphia cream cheese (suhu bilik)
60gm mentega (suhu bilik)
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanilla ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ita tambah (aku pun letak)
sedikit pewarna kuning ~ita tambah (aku pun)
- pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy sahaja.
- tambahkan gula aising, pewarna & jus lemon.
- masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

# bila kesemua bahan telah siap, kita mulakan pula proses untuk melapis kek.

- kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras (aku potong kek kepada 3 bahagian aja).
- letakkan sekeping kek atas lapik kek.



- letakkan cream cheese di tengah2 kek dan bentukkan bulatan ukuran sebesar duit syiling 50sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang-seli macam dalam gambar.

- setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10minit. Kemudian, keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama, cuma kali ni lapisan bulatan syiling 50sen di tengah di tukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10minit.

- keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ketiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.




- Setelah siap kita letakkan lapisan terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadik. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.

- sementara kita menunggu cream cheese kita mengeras, kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas, cuma kali ini tak perlu letak gelatin.

- kek yang dah siap tadi, kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
- curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi.
- jangan ratakan permukaan kek, biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja.
-kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
- hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing. (aku sangat kreatif sebab tu aku tak hias pun kek aagagagaga)



~ boleh la untuk pestaim buat...kalo korang nak tengok version yang kemas dan cantek, leh klik SINI eh.

ok daaaa... out kejap nak mencari pokok2 untuk di tanam smbil tu nak agih-agihkan kek ni. Aku tinggalkan sepotong besar aja utk hubby. Yang lain semua bagi orang.

Aku??? he he he rasa sikit ajer tadik. Tu pun tak bole telan banyak sangat sebab rasa sangatttt susu nyeeee...Ape la masalahnya tekak aku ni tak bole terima susu. Adesssss!!! tak lama lagi cepat la tulang aku reput sebab kurang kalsium he he he.



5 comments:

  1. walau serbuk nya.....tapi tetap tak smpai kt rmh ucu.... mana aci ni...sama la kita kureng sikit bila bersusu2 ni, jap lagi tulang kita rapuh macam iklan susu tu..hahaha...

    ReplyDelete
  2. jangan la gitu ucu. ucu lagi teror buat kek. patutnye ana g menuntut ngan ucu ni ha ha ha. owh...ade kawan tak suka susu ghupenye....he he

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. bahan2 untuk buat kek tu nanti jadi brape ye berat kek?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. bahan2 untuk buat kek tu nanti jadi brape ye berat kek?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...