16 September 2012

Homemade Jeruk Mempelam

Assalamualaikum dan Selamat Hari Malaysia,

Apa dah nak buat??Weekend yang panjang dan keseorangan. Encik somi ikut trip company pegi Melaka. Pergi pagi Sabtu, hari Isnin baru balik.

Aku bosan weyh....So, aku kena cari keje apa nak buat.







Cara-cara nak buat jeruk:

- Kupas kulit buah mempelam dan potong dua. Kalau buah yang dah sedikit tua tu, dia akan bersabut, so susah sket la kalau nak potong dua. Bole ajer amek isi nya. Tapi take time la kan ;p

- Basuh dan toskan.

- Dalam bekas , masukkan air masak dan garam. Takde sukatan. Korang agak ajalah sebab tujuan kite merendam buah ni adalah untuk menghilangkan rasa masam buah tu.

- Masukkan buah mempelam yang dah di toskan tadi kedalam bekas air yang dah di campur dengan air garam. Tutup dan biarkan selama 2 hari.

- Cukup 2 hari, buang air garam, basuh dan toskan mempelam tadi dengan air paip.

- Sementara itu, didihkan air dalam periuk dengan 1/2kg gula. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. * kalau mempelam sikit, agak2 la sukatan gula dengan air tu, jgn terlalu manis plak.

- Air gula tadi dah sejuk, masukkan mempelam yg dah ditoskan tadi dalam bekas bertutup. Aku suka sesuatu yang pedas. Jadi, aku amek beberapa biji cili padi, aku hiris halus dan masukkan dalam bekas tadi.

- Untuk biar air gula tu betul2 sebati, biarkan dalam sehari lagi. Lagi sedappp.. Masukn dalam peti...lagi sedappppp.


04 September 2012

I won CELCOM:DAILY DUIT RAYA WINNERS RM1,000

Assalamualaikum wbt.

Mood: Hepi giler babassssss

Reason: I just won RM1,000 duit raya from Celcom weeeeehuuu.



Sangat teruja sebab sepanjang hidup aku, ni la pestaim aku menang hadiah yang besorrr.. Memang la sangat tak bertuahnya aku seblum ni. Bayangkan dari kecik, cabutan bertuah hari keluarga, event sekolah ke memang tak penah dapat pon. Hamper cinonet pon tak penah dapat. huhuhhuhu jadi jika aku agak overdose keterujaan di dalam ini entry, ampunkan la aku eh...

Rentetan peristiwa kebertuahan aku:

29.8 (Wednesday)
Minggu bizi giler..Dah 2 hari aku balik keje lambat dalam kul 11 lebey. Jadi, harini aku datang keje ngan lutut lembik, kepala tingtong sebab tak cukup tido. Sambil wat keje aku bole berkhayal lagi. Dasat kan.

Dalam kul 11 pagi gitu, ada sorang perempuan kol aku.

Dia: Assalamualaikum. Ini Puan Suriana ke yang bercakap?
Aku: W'salam. Ye saya. Kenapa yea? (dalam hati dah ready ngan ayat2 penolakn kalau2 yang kol ni suh aku beli insurans).
Dia: Tahniah Puan. Puan telah terpilih secara rawak untuk memenangi Duit raya RM1,000 dari Celcom. Sila sebutkan nombor i/c puan untuk pengesahan.
Aku: Ha???? Terpilih??? Tapi mulut bagi jugak no i/c.
Dia: Sebelum itu, Puan di mestikan menjawab 2 soalan mudah dari kami.
Aku: Oke. Saya cuba hehehe.(terus mata aku cerah)
Dia: Soalan pertama > Apakah warna logo Celcom?
Aku: Biru.
Dia: Oke betul Puan. Soalan kedua > Sila eja perkataan Celcom.
Aku: ooooemgeee
Dia: hahahahaha
Aku: C.E.L.C.O.M bunyinye selkom
Dia: Tahniah puan, puan telah berjaya memenangi duit raya RM1,000 dari Celcom.
Aku: Biar betul? Are sure dis is not scam?
Dia: Betul Puan, kalau puan nak pengesahan, sila call Celcom customer careline.
Aku: Tangan aku dah menggigil engko...shaking vibrating...
Dia: Puan, sila bagi alamat untuk penghantaran cheque.
Aku: lot xxxxxx...bla bla bla
Dia: Tahniah sekali lagi Puan. Cheque akan di hantar dalam masa sebulan. Terima kasih.

Lama gila aku terdiam kat meja aku. Tangan tak berhenti menggigil. Pastu tiba2 terus aku sedor, aku bangun pastu cakap ngan teammate aku. Korang, i dapat call dia kata i menang duit raya RM1,000 dari Celcom.
Semua teammate aku bangun terkejut. Diorang siap cakap lagi, ana hati2 takut ni tipu punya. Terus aku diam and duduk. Otak aku dah ligat tak bole pikir.

Aku cam dah tak senang duduk. Aku call Celcom customer careline 1111. Ada sorang lelaki ni jawab. Tu pun lama kemain nak bole cakap ngan customer service. *eh terngumpat lak..sorri celcom.

Dia: Selamat pagi Puan, bole kami bantu?
Aku: Yea, memang saya perlukan bantuan sekarang ni. Saya baru dapat kol dari bla bla bla bla... Boleh tak tolong sahkan panggilan tu datang dari Celcom?
Dia: Puan masih ada simpan nombor caller tadi?
Aku: Ada, sekejap yea. Nombornya 03-xxxxxxxx
Dia: Sila bagi i/c Puan untuk pengesahan.
Aku: xxxxxxxxx
Dia: Puan sila tunggu sebentar yea sementara saya buat pengesahan.
Aku: Baiklah ;p

Adalah dalam 2 3 mnit aku menunggu:
Dia: Puan, kami dah buat pengesahan. Nombor telefon yang puan bagi tadi memang dari Celcom. Yea, Puan menang hadiah duit raya dari kami.
Aku: Alhamdulillah rezeki rezeki....heheheh
Dia: Terima kasih puan dan tahniah.

Hoh...lagi kuat aku menggigil. Herm bermula la episode aku berangan hahahha.. wat keje sambil berangan. bahagianya. hilang segala kepenatan ....
Aku ada bukak website celcom, untuk check contest tu. OOOOwh rupanya aku terpilih sebab aku menggunakan mobile data plan dari celcom yang aku subscribe weekly.

Sejak dari itu, hari2 aku bukak website celcom nak make sure nama aku tersenarai. Eh..bukan hari2 tapi selang beberapa jam sekali. fanatik la pulokk kan ekekekek. Alih2 malam ni tetibe aku terpikir nak check. Herm dah keluar semua senarai nama pemenang.

Papepun thanks Celcom for making my past 12 years with you memorable. I hope this is juz a beginning hehehehe.

~~oke, nak tido dalam senyuman ;p

01 September 2012

3 in 1

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah, lama sungguh rasanya tak bercara ke blog ni. Memang amatlah sibuk. Kalau dulu sibuk macam mana pun, at least aku akan sempat blog walking. Tapi sekarang, maksud sibuk tu ialah buat keje dari pagi sampai petang..oo kengkadang sampai malam...DOBLAS malam. haih....

Pape pun, masih belum terlambat untuk aku ucapkan:`

1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

2. SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 55 DAN SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT KAMI YANG KE 5.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...