15 August 2011

Roti sandwich berinti sosej

Salam,

Petang Ahad, aku ada beberapa list makanan nak di buat. Tamak kan aku?
- Roti sandwich berinti sosej (adik2 sepupu aku suka mende2 camgini)
- Roti jala (aku baru aje buat Jumaat lepas, tapi rasa cam nak buat lagi)
- Lompat tikam (dah buat sebelom pose aritu)

Last2 aku decide nak buat roti aja la. Jom kite tengok camne nak buat roti ni. Aku dapat resepi ni dari email kengkawan forward kat aku. Tapi tak ada detail la. Cume resepi bergambo aje. Pandai2 aku la nak menjadikan roti ni sedap hihihhi. Alhamdulillah menjadi. Ni masuk kali ketiga dah aku buat.

Inti sosej
- 1 biji bawang besar di potong dadu
- sosej satu peket
- timun jepun 3 batang ker biji eh? heheh (potong dadu)
- lada hitam/lada sulah/cili sos
- mayonis
Cara membuatnya:
- tumis bawang sampai naek bau. Then masukkan sos cili.
- Masukkan sosej and letakkan sedikit air (nak letak ayam pon bole)
- Bila dah mendidih,letakkan lada hitam/ lada sulah/garam/gula sedikit.
- Masukkan timun jepon and letak 3 sudu mayonis and gaul.
- Bila dah kering angkat dan sejukkan.

Bahan2 utk buat casing
- roti gardenia
- 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)
- breadcrumbs

Cara2 membuatnya:
Kapit 2 keping roti dan gelek kan. Kemudian tekap dengan mende bulat. Ulang sampai abes. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping.
Ready tuk menggoreng
Lemaskan roti dalam telur yang telah di pukul tadik.
Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal hokey.
Masukkan dalam kuali tuk goreng. Guna api sedang aja. Best gileee tengok roti ni mengembang macam.....hehehe

Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Gunting roti tadi tuk menjadi dua bahagian. Nampak macam roti pita x?
Masukkan salad and inti yang di masak tadi ke dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas...
Yeaaaa...roti sandwich sudah sedia tuk di lantak hahha.

Pssst: kalau guna roti yang panjang, boleh dapat 10 keping lepas di apit. After di potong dua, bole dapat 20 keping roti sandwich. Jangan isi inti penuh sangat nanti roti yang last sekali tak merasa nak berintikan sosej hehehe. Aku amek 4 ketul jer tuk berbuka. Yang laen semua aku hantar kat 3 buah umah makcik aku.

7 comments:

  1. budak2 mesti suka..tapi prosesnya tu mcm panjang je..takut tak sempat goreng dah abis dibaham bebudak ni rotinya.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. owh nampak sedap ...
    Breadcrumb tu mana nak dapat ?
    Leh jugak guna breadcrumb tu wat nugget sendiri bikin .

    ReplyDelete
  3. Rai,
    memang la.kalo ada budak2 kecik ni kene wat simple n sedap aje kan.

    Niza,
    Breadcrumb tu leh cari kat pasaraya2. Yang wane golden ni mahal sket dlm rm7.++. Kalau kat giant bole dapat rm1.99 aje.

    ReplyDelete
  4. aku sukakan resepi ini..insyaallah akan aku cuba

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...