20 July 2012

Goreng pisang rangup krup krap krup krap

Assalamualaikum wbt.

Petang-petang gini kalau dapat makan pisang goreng memang syiok la. Berdepan dengan opis ni, ada pakcik yang jual tapi jauh sangat la nak jalan kaki. Hanya orang yang cekal ajer yang sanggup nak menapak ke gerai pisang goreng pakcik tu.

Untuk orang yang m.a.l.a.s macam aku ni, telan air liur ajer la kalo tetiba tengah buat kerja bole terbau pisang goreng dalam opis. Nak tambah mengharukan, kengkadang bau cempedak pun ada. Kurang asam jawa betul la diorang ni.Tak pasal2 abes semua orang pandang memandang.

Siapakah makhluk yang tak bertanggungjawab membawa bau-bauan makanan masuk ke dalam opis dan menyebabkan orang laen telan air liur sampai kering. Huh!! korang jangan sampai aku bawak durian masuk opis..Abes semua orang tumbang kang kehkehkeh.


Eh..berbalik pada citer pisang goreng. Kan haritu, aku ada beli 2 biji pisang tanduk. Masa beli, pisang ni dah pun masak, jadi tak bole la simpan lama sangat. Nanti tak best dah kalau nak di goreng. Meh aku share resepi adunan pisang goreng yang selalu aku buat. Bagi aku memang crunchy la.


Tak reti nak sukat sebab biasanya aku maen campak2 ajer:

Bahan-bahan:
Pisang
Tepung beras (bole juga nak guna tepung gandum tp aku prefer tpg beras)
Telur sebiji
sesudu air kapur
satu sudu margerin
garam
sedikit serbuk kunyit

- Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pisang, dan gaulkan.
- Pastikan adunan jangan terlalu cair, nanti tak melekat plak dekat pisang biler nak menggoreng.
- Kalau nak sebati, blender la adunan tu. Kengkadang aku blend, kengkadang aku kacau ngan tangan ajer. *macam biasa, ikut tahap kerajinan ;p
- goreng la macam biasa.
- dah masak, angkat, ngappppppppp.

~~ selamat mencuba (*_*)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...