Salam.
Hari semalam agak memenatkan bagi aku. Lepas sahur then Subuh, hubby sambung peniduran. Aku plak duk basuh kain sambil duk layan citer Takbir Terakhir kat astro prima dari kul 6-8 pagi. (Sedih oo citer ni, lakonan Fauziah nawi,Zizan Nin,dua lagi aku lupe nama dia). Abes citer ni aku sambung lak tido wakakakakaka.
Dalam kul 9 .30 aku bangun bersiap sebab nak g chowkit. Seksa gilee nak kejut hubby bangun tido. Sementara nak nunggu dia mandi, sempat la aku sidai kaen dulu.Konon nya nak cari barang sket. Humangaihhhh..ramai gileeeeeeees orang siap jem bagai.Seb baek makcik aku ada tuk tunjukkan jalan belakang. Tapi...apa yang di cari tak ku temui ecececeee...
Pastu aku ajak hubby pegi Avon. Pun sebab ada barang yang aku nak beli....hehehe tak yah tau la barang apa sebab sensitip hahahha. Aku tengok hubby cam ok ajeee, aku ajak dia 'jom kite g tengok kedai borong kat Bukit Rahman Putra tu, nak tak??'. Dia angguk. Eh....cam tak caye aje aku dengan keikhlasan dia. Biasa nya, kalao aku ajak g mana2, soklan pertama dia dah kompem la
'Nak buat ape?? Nak beli ape kat situ??'
Pelik ni...cam ada yang x kene aje...tak kisah la janji dia nak jadi drebar aku tuk arini ok la tu kan.
Kononnya masuk kedai borong tu ngan makcik noi aku nak tengok2, rupanya terus terbeli...Banyak gak la yang aku beli: biskut raya, asam, kekacang and kerepek.
Dua biskut ni utk umah aku. Asam plak satu tuk aku and satu tuk mak aku. Wajib ada.
Ni adalah sebahagian dari gambar kekacang and kerepek. Banyak kan?? Sebab aku kene beli tuk 4 buah rumah iaitu umah aku kompem la, umah mak aku,dan 2 umah mak mentua aku. Ha????2 mak mentua??Jangan terkejut lak. Bukannya aku kahwin dua hehehehe. Tapinya hubby aku tu ada 2 orang mak yang duk selang 2 buah umah(Mak kandung and mak sedara aka maa yang bela hubby dari kecik).
Biskut ni sedap. Dalam dia ada chocolate...Meleleh lak air liur aku masa menaip ni wakakaka. 3 balang ni aku akan jadikan 4 balang iaitu mewakili 4 rumah. Macam mana? heheheh nanti aku nak masukkan biskut ni ke dalam balang kecik. Jadiknya aku bahagi la sama rata. Dapat 4 balang kan? Jimaaaaaaaat kan?
Macam ni la aku tiap2 tahun. Nak beli biskut atau kerepek kene bahagi 4. Belom lagi masuk duit raya, poket dah kempissss hihihihi. Cukup la tuh. MInggu ni insyaallah nak buat biskut cornflakes madu and samperit. Poooon kene bahagi 4 yeeeee aduyay...Fengsaaaaan kejap.
Sampai umah dalam kul 2 lebih. Konon nye nak berehat2, sekali hubby cakap dia nak kuo g menjala ikan. Huh...patut arrr dia turutkan aje kemahuan aku...Rupanya dia pun ada agenda nak merayap. Jadinya aku tak ada alasan nak sekat dia sebab tadi dia dah bagi aku buat apa yang aku nak. Huh.....bijak bijak.
Sebab dia merayap, aku pun merayap sama la. Aku bawak moto g merayap umah makcik aku yang jauhnya beberapa kangkang kera tu. Lama gak la aku lepak ctu, dalam kul 4 aku balik umah sebab nak start masak. Saja nak masak awal.
Menu IFTAR roti sanndwich berinti sosej,asm pedas ikan kembung and bendi, ikan talapia goreng and sayur rebung masak gulai lemak cili api(makcik aku bagi).
Mana dapat ikan talapia??hehehe seb baek la hubby balik tak tangan kosong. Penuh gak la satu baldi ngan ikan talapia. Hubby cuma amik 6 ekor aja Yang laen dia bagi makcik2 aku and kawan2 dia. Kenapa 6 ekor aje?? Sebab dia sorang aja yang makan ikan tu. Tekak aku memang tak lalu makan ikan sungai. Tak tau kenapa. Dia duk nyiang ikan ni pun aku dah kembang tekak. Rasa cam satu umah bau ikan.
Aku dah penat masak, bior dia la siang ikan plak. Kang kul 7.10 baru aku gorengkan.
Penuh baldi ni ngan ikan talapia. Ni pun dia dah siap2 letak dlm plastik nak bagi orang.