10 August 2011

Passion fruit juice

Salam.

Penah makan tak buah passion fruit? Aku baru aje belajar makan tahun ni. Tu pun di perkenalkan oleh opismate, niza. Tak tau pun buah ni ada wujud hehehhe. Pestaim aku cuba makan......uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih masam nya buah ni. Tak makan pon tak pe la weh.

Dia kata kebetulan buah yang dia bawak tu masam. Next time dia bawak lagi yang masak sikit. Kali kedua aku try buah ni baru la tekak aku nak terima. Memang masam. Tapi sedap la. Dah pandai makan, ketagih plak nak makan buah ni. Selalunya tiap kali niza balik kampung, ada la dia bawakkan sket tuk aku. Kengkadang tu tak ada pun sebab pokoknya tak berbuah. Tak kan nak makan pokok plak kan? agak-agak la weiii..

Baru2 ni masa aku balik Pekan, bawak mak mentua aku gi pasar, aku ada la nampak sorang pakcik ni jual mende alah ni. Terpusing 360 darjah aku terkejut sebab pestaim jumpe buah ni kat pasar....alololo jakon lak aku ni. Sekilo RM5 kata pakcik tu. Aku rembat semua yang ada dalam plastik lebih kurang RM6 aje pun.

Jadinya semalam balik kerja, aku dah bgtau hubby siap2 yang air tuk aku berbuka arini ialah air jus markisa. Yang mana air yang kompem tak kan di minum oleh hubby sebab kemasamannya hehehe. Aku penah bagi dia try makan buah tu sekali. Teruk sangat kerut muka dia masa makan buah tu.

Dah la...tak nak cakap banyak. Jom kita buat air.

JUS MARKISA
Bahan-bahan:
8 biji buah Markisa
1 biji orange
1/2 biji lemon
Madu
Uncang teh (x kisah la jenama apa pon)
5 gelas air masak
1 gelas air panas utk rendam uncang teh
Cara  membuatnya:
- Kupas buah markisa dan tenyeh2 isi buah tu dengan buntut gelas.(kalau nak blend pon bole)
- Sementara tu, rendam teh uncang dengan air panas dalam jug. Masukkan isi buah markisa tadi dalam air teh. Uncang nya jangan lupa plak di keluarkan.
- Sambil tu picitkan buah lemon and orange ke dalam jug tadi. Isi madu ikut tahap kemanisan yang korang suka.
- Masukkan air masak dan kacau biar rata dan sekata.
- paling best letak ais....perghhhhhhhhhhhhh meletup anak tekak minum air ni kihkihkih.




1 comment:

  1. Hmm memang sodap ayer markisa nih..
    Saya buat x letak lemon tapi limau kasturi since tu je ada dlm peti ais.. tapi still ok sodap..

    nanti kalau ada buah lagi saya bawak gi opis . Skrg pokok markisa ni wat masa skrg u x kuar buah lagi , since thn ni dh 2 kali berbuah . Nanti suruh my ayah letak baja kasi berbuah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...