22 May 2012

Al-fatihah buat arwah nenek ku Saamah Binti Awang Ngah 09.05.2012(Rabu)

Assalamualaikum wbt.



Panggilan telefon yang di terima pada petang Rabu 09.05.2012 dalam pukul 2 lebih, betul-betul buat aku terduduk, terkejut dan terpaku. Adik aku, pian bagitau yang nenek sebelah arwah abohku(yang belajar di sekolah pondok, Jenderam Hilir) baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke klinik desa di Bera kerana sakit tua (umur 80thn).

Kelam kabut jugak la aku lepas dapat kol tu. Kol hubby suruh balik umah. Aku plak, nak bolehkan sampai umah tu, menggigil kaki tangan bawak kete. Laju kemain aku memecut. Kemas2 barang aku dengan banyaknya sebab aku plan nak cuti terus sampai weekend.

Jenazah nenek di bawa ke rumah pakcik Sariman aku di Kerayong. Dimandikan dan di kebumikan di Bukit Serdang, bersebelahan dengan kubur arwah atuk dan moyang aku.

Aku dh kehilangan satu-satunya nenek yang rapat denganku. Susah nak percaya tapi sesungguhnya dia sudah pergi meninggalkan semua anak, cucu dan cicitnya.

Ya Allah, kau tempatkan lah arwah nenek ku di kalangan orang2 yang beriman dan kau jauhkan seksa kubur darinya. Amin.

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...