07 May 2012

MONDAY yang huru-hara

Assalamualaikum wbt.

Fuhhhh...bestnya dapat bersantai depan tibi sambil wat kuak lentang. Hari ni aku rasa extra penat bekerja. Rasa cam berbaloi ajer aku di bayar gaji arini. Memang bersungguh-sungguh dan tawaduk la.

Start hari ni selama 3 minggu, hidup aku akan di selubungi oleh gangguan dari auditor. This round punya audit, Ernst & Young hantar auditor dari Singapore. Nak kena entertain diorang. Kejap2 kang kol. Kejap2 kang dia naik kat department kitorg nak mintak document tu la, nak mintak document ni la. Pastu kang aku ni ntah baper kali turun naek tangga lif, duk hantar file kat diorang. Kurusnya tak jugak. Adeh la. serabut dan tertekan sungguhhhhhhh. Kerja yang sedia ada jadi tertangguh la. Tengah duk ralit buat kerja, sedar2 budak auditor tu dah ada kat sebelah. Streeeeesss aku. Aduyayyyy baru sehari oiiiiii.

Esok, client aku dari Dubai datang opis sampai hari Khamis. Then, hari Rabu plak client dari Singapore turun sampai hr Jumaat. Kiranya diorang ni nak menjawab soklan2 cepumas dari auditor sambil kitrg assist la yang mana perlu. Yang paling syiok.....client dr Singapore tu suh kitorg cari tempat makan yang best sebab dia nak belanja the whole team including the auditor. Tang makan memang aku sukee...hikhikhikhik.

Dah la...penat citer pasal kerja. Cite pasal makanan lagi membahagiakan usus perutku ;p. Dinner malam ni masak simple ajer. Aku buat mee goreng basah kuyup. Ko adeeee?? Aku adaaaaa ngahahahah.


Mee Goreng Basah Kuyup


Bahan-bahan:
1 ketul ayam bahagian dada(potong dadu)
1 keping fishcake(potong nipis)
4 bj fishball(potong 2)
2 senduk cili kering-ikut tahap kepedasan korang (cili kering aku dah di blender sekali dgn bawang)
sawi
sedikit kicap/sos
2 genggam mee kuning- 2org makan
1 sudu kecil tepung jagung (gaulkan dengan sedikit air)

Cara-cara:
- panaskan sedikit minyak.
- kemudian masukkan cili kering yang dah di blender. Tumis sehingga masak.
- masukkan ayam+fishcake+fishball yang di potong dadu beserta setengah cawan air.
- kemudian masukkan kicap+sos cili dan serbuk perasa (garam+gula)
- masukkan mee +sawi dan tepung jagung.
- bole la angkat dan hidangkan.

Sekejap ajer nak masak mee ni. Dalam 10 minit dah bole makan. Oke la, nak layan citer Jackie Chan kat @tv3 ni. Sambil pujuk mata suh tido. Degil sungguh hissssh

9 comments:

  1. erk! daku dah plan tak mau masak dinner sebab today masa lunch dah belasah a bowl of seafood tom yam goong noodle. Masa tea time dah makan hazelnut latte with scone and clotted cream plus jam. Tapi bila tgk gambar mee goreng basah dirimu, terus lapauuu wehhhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. warrrrrgh seafood tomyan goong noodle adalah feveret ku juga. scone pun sama. erkkkk jom kite tukor menu kihnkihkih

      Delete
  2. alamak...mee goreng basah favourite saya ni.x sabar nk cuba resepi ni !!

    ReplyDelete
  3. huru hara yer...ucu kalau auditor dtg buat audit..ucu longgokkn jer fail sampai tutup muka dia..jadi ucu tak nampak dia..dia tak nampak kita..hahhaa tapi tiba tang ditanya..rasa mcm nk resign jer...hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang banyak tanya tu la yg buat ramai org menyampah ngan auditor ucu. adesssss. dh letak bebudak tu kat level 1, aikkk tetibe tercongok diorg kat level 5 ni. yang geramnya baru ajer turun tadi hantar doc kat dia. x sampai baper minit dia dah naek mintak doc laen and tanya doc yang dia mintak tadik dah siap ker? huh ada gak la yang makan penampo spicy jap agi

      Delete
  4. My favourite juga ni simple dan mudah dimasak.. campak je semua! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya menu senang camni la yang sesuwai tuk pasangan bujang yang bekerja. campak2 siap. bole terus ngapppp hhihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...