16 November 2012

Lepat pisang

Assalamualaikum wbt.

Isnin lepas makcik aku bagi pisang seplastik. Ntah ape nama pisang tu. Besar and montel. Nak di jadikan cerita, masa makcik aku bagi tu, pisang nya masih hijau lagi. Aku plak lupa nak keluarkan dari plastik. Sedar2 ajer pisang tu dah masak. Hari ni baru dapat kekuatan nak melepat. Nak wat cekodok aku tak berapa suka..Minyakkkk..kolestrolll *konon la* kihkihkih

Lepat pisang ni memang all time feveret la.Maksud aku lepat pisang yang original. Yang tak ada inti kat dalamnya.(Kebanyakan yang jual kat pasar malam ada inti kelapa kat dalam. eee aku tak suka) Dolu2 aku memang suka sangat kalau arwah nenek aku yang buat. Memang terbaik dari ladang la... sedappppp sangat. yang speselnya nenek aku suka letak sket tepung pulut hitam nak bg gelap sket kaler nya. Memang sedap sangattt. Memandangkan nenek aku dah tak ader. mak aku pon terror gak buat lepat pisang nih. So, aku ader la menuntut sket ilmu nak melepat ni kan. Sampai biler aku nak makan ajer. Harus la belajar buat sendirik.

Oke, pisang ada, daun pisang pon banyak depan dan belakang rumah. Jangan berlengah, moh kite melepatt sekarang!!


 Lepat pisang edisi campak mencampak

Bahan-bahan:
Pisang *lenyekkan
Tepung gandum
Tepung pulut (sikit ajer)
Garam dan gula
Pati santan

Cara-cara:
- pisang yang di lenyekkan tu letak dalam mangkuk, pastu masukkan sedikit tepung gandum. Anggaran kalau  pisang tu 1 cawan, tepung gandum dalam 3/4 cawan. Lagi 1/4 cawan masukkan tepung pulut. Gaulkan dan masukkan sedikit demi sedikit pati santan. Agak2 la.

- Pastikan adunan jangan terlalu cair, nanti susah nak bungkus dalam daun pisang. Letakkan sedikit garam dan gula.

- Pastikan daun pisang dah siap di layurkan atas api. Potong siap kecik2. Di sebabkan aku punye resepi ikut nenek aku, main campak2, aku buat dulu dalam 3 bungkus dan aku kukus.

- then, bila dah masak (anggaran dalam 15 minit), aku rasa la. Then, aku detect yang adunan aku kene tambah sedikit lagi gula dan tepung.

- lepas dah adjust adunan, aku proceed melepat sampai abes. Siap ajer masak, aku terus bagi kat jiran sebelah ngan tuan umah aku ni sekali.



Lega sebab dah setelkan masalah buah yang cepat masak ni. Sekali tuan umah plak datang bawak lagi seplastik buah pisang. Adoiii....memang rezeki pisang bertubi-tubi betul hahahaha. Itupun dia suh aku amek setandan pisang kecik2 depan umah ni. Dah masak katanya.

Warhhhhh.....berpisang-pisangan la kite yea.

* tengah pikir ni, kalau semua pisang2 ni masak, ape nak buat?? apam?? kek??cekodok?? lepat lagi??


15 November 2012

Majlis pertunangan adikku 10.11.12

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullillah. Selamat sudah majlis pertunangan adikku, Yati dengan jejaka dari Sabah, Mahdi. Majlis berlangsung pada hari Sabtu 10.11.12 selepas Zuhur. Insyaallah, semoga ikatan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.


 Pelamin ngan hantaran adik aku buat sendiri ajer. Jimattt katanya.
 Wakil pihak lelaki ni ialah kawan kepada tunang adik aku. Family dia tak datang sebab jauh kan.
Insyaallah time kawen nanti dia datang la.

Ni ajer la gambar yang aku sempat snap. Tuan umah sibuk ke sana sini.





eh....dulu kan....aku tak de pun tunang2 ni. terus ajer kawen.
'kalau aku nak tunang jugak, aci tak??'


herm

herm






 Majlis tertutup *ala-ala retis gitu*
Lepas maghrib, masa adik aku sibuk mengemas aku sarung la baju tunang dia.
Pastu aku paksa hubby aku, konon2 sarung cincin kat aku kehkehkeh.

Pesanan buat adikku : Kakna pon bertunang jugak tapi yang bestnya kakna bole bergambar pelok2 ngan tunang kakna. Ko x bole lagi kahkahkahkah. Tunang aku pakai sarong ajer. Kao hadooo?? (*.*)

07 November 2012

Glory Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum wbt.

Akhirnya sempaat jugak aku wat entri dalam bulan ni. Haih sibuk mengalahkan menteri. Yea la, apakan daya bersusah payah mencari rezeki demi sesuap sushi hehehehe.

Saja nak cerita, lately ni memang aku sibuk. Kerja macam banyak tetiba. Lagi plak year end bakal menjelang tak lama lagi. Bertambah la kestressan aku nanti. Oke oke...sebelum streesss bertambah teruk...jom kita pegi bercuti dulu. Rehatkan minda. Eh....rehatkan minda bersama kawan2...bukan dengan abang tersayang. Cik abang tinggal kat umah ..mengemas harharhar.

Meacih ayang sebab bagi restu tuk ana keluar berhibur ngan kengkawan. Emmuahhhh!! Tima kasih jugak sebab lipat kain, basuh baju, menyapu dan mengemas umah sepanjang hujung minggu. Thankss again. I lappp u (*.*)

Percutian kali ni memang best sebab free. Kebetulan sorg kawan aku ni manager kat Bank Islam ada hari keluarga kat P.D pada 3.10.12 (Sabtu lepas). Kitorg provoke la dia suh bawak kitrg sekali (aku dan zaya) sebab staff lain ada yang bawak anak bini, mak pak mertua. Lagipun dia masih solo molo.

Alhamdulillah, hasutan berjaya kehkehkeh. Penginapan duk sekali dalam bilik dia. Segala makan minum, transport dia tanggung. Katanya tak payah bayar, dia belanja. *Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu gyah...* Memang best and hepi. Layan ajer la gambo2 kitrg kat sana.

 Off to P.D petang Sabtu.

 My dear frenz..berkawan sejak dari matrix, Uitm sampai la sekarang.
Geng whats app dan tempat utk luahkan perasaan.
Geng yang sama2 berasal dari Pahang...
Dari kiri: Zaya, aku and Gyah

 Pemandangan dari balkoni apartment block E.

Kawan aku Gyah ni, serumah dengan 4 lagi staff bank Islam yang solo molo.
Ader 3 bilik, 2 bilik besar dan satu kecik.
Cantek giler pemandangan dari balkoni. Rasa tenang ajer.
 Tetiba terpikir *kalo tsunami datang, sempat tak aku selamatkan diri nih??* glurrrrpp

 Posing sebelum sukaneka start.

 Sukaneka tuk staff Bank Islam, Menara TM.
Si zaya suka ajer nak join, tapi aku?? Jadik tukang amik gambo ajer la.
Rasa cam tak larat ajer nak berlari bagai. Takut terbenam ajer dalam pasir tu kang keehkehkeh

Malam nya, diorang ada Dinner ala-ala BBQ and cabutan bertuah. Tapi terbatas sikit la aktiviti sebab sepanjang hari hujan. 
Baru perasan, malam tu tak ader pun amik gambo.

Habes dinner, lepak dalam bilik bergossip gossipan sampai pagi.

Posing lagi pagi Ahad sebelum check out.
Bersiap2 bawak turun beg pastu terus pegi bekpes. 

Keluar dari PD terus ke nilai 3. 
Nak shoppinggggggg.
Sian zaya kat belakang tertimbun dengan barang2 hahaha.
Tu pun, Gyah dah warning, "nak beli tu ingat sket , kete aku ni myvi"
ehehehe...dia pon 2x5 ajer membeli.

Apa yang kitorang borong??
herm...baby mat, baju, seluar,cadar, selimut...bla bla bla

Yang ni kat dalam pusat borong barangan kahwin Thank Q.
Survey2 rege...tengok2 hantaran.
Almaklum lah, lagi 2 bulan zaya dah nak naik pelamin hihihi.

Kitorang tak tawaf abes pun Nilai tu sebab dah tak larat. Kaki dah sakitttt.
Dalam kul 4 lebey tu, kitrg bertolak balik ke KL.
Itupun hujan kemain lebat.

Sampai KL, kitrg pegi terjah plak The Mines, pergi makan kat Chicken Rice Shop.
Kul 5 lebey baru nak lunch...harusla lapor giler.


Lepas makan, aku ajak diorang naik boat. Hujan lebat jugak la time ni.
memang sonok gilerrr. Tapi yang kitorang naik ni yang harga RM22 seorang.

Lepas 15 minit feeling cam belayar kat lautan...kitorang menuju plak ke rumah Gyah kat Cheras.
Sampai umah sewa Gyah dalam maghrib. Sempat la mandi manda dulu, lepak sekejap.
Dalam pukul 8 lebey, aku folo zaya balik ke Wangsa Maju. Dia dropkan aku kat petronas.
Sudah semestinya, hubby aku datang kutip kat situ hehehe.

*insyaallah, kitorang plan nak bereunion lagi next month, kene pilih tarikh yang sesuai dulu*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...