16 November 2012

Lepat pisang

Assalamualaikum wbt.

Isnin lepas makcik aku bagi pisang seplastik. Ntah ape nama pisang tu. Besar and montel. Nak di jadikan cerita, masa makcik aku bagi tu, pisang nya masih hijau lagi. Aku plak lupa nak keluarkan dari plastik. Sedar2 ajer pisang tu dah masak. Hari ni baru dapat kekuatan nak melepat. Nak wat cekodok aku tak berapa suka..Minyakkkk..kolestrolll *konon la* kihkihkih

Lepat pisang ni memang all time feveret la.Maksud aku lepat pisang yang original. Yang tak ada inti kat dalamnya.(Kebanyakan yang jual kat pasar malam ada inti kelapa kat dalam. eee aku tak suka) Dolu2 aku memang suka sangat kalau arwah nenek aku yang buat. Memang terbaik dari ladang la... sedappppp sangat. yang speselnya nenek aku suka letak sket tepung pulut hitam nak bg gelap sket kaler nya. Memang sedap sangattt. Memandangkan nenek aku dah tak ader. mak aku pon terror gak buat lepat pisang nih. So, aku ader la menuntut sket ilmu nak melepat ni kan. Sampai biler aku nak makan ajer. Harus la belajar buat sendirik.

Oke, pisang ada, daun pisang pon banyak depan dan belakang rumah. Jangan berlengah, moh kite melepatt sekarang!!


 Lepat pisang edisi campak mencampak

Bahan-bahan:
Pisang *lenyekkan
Tepung gandum
Tepung pulut (sikit ajer)
Garam dan gula
Pati santan

Cara-cara:
- pisang yang di lenyekkan tu letak dalam mangkuk, pastu masukkan sedikit tepung gandum. Anggaran kalau  pisang tu 1 cawan, tepung gandum dalam 3/4 cawan. Lagi 1/4 cawan masukkan tepung pulut. Gaulkan dan masukkan sedikit demi sedikit pati santan. Agak2 la.

- Pastikan adunan jangan terlalu cair, nanti susah nak bungkus dalam daun pisang. Letakkan sedikit garam dan gula.

- Pastikan daun pisang dah siap di layurkan atas api. Potong siap kecik2. Di sebabkan aku punye resepi ikut nenek aku, main campak2, aku buat dulu dalam 3 bungkus dan aku kukus.

- then, bila dah masak (anggaran dalam 15 minit), aku rasa la. Then, aku detect yang adunan aku kene tambah sedikit lagi gula dan tepung.

- lepas dah adjust adunan, aku proceed melepat sampai abes. Siap ajer masak, aku terus bagi kat jiran sebelah ngan tuan umah aku ni sekali.



Lega sebab dah setelkan masalah buah yang cepat masak ni. Sekali tuan umah plak datang bawak lagi seplastik buah pisang. Adoiii....memang rezeki pisang bertubi-tubi betul hahahaha. Itupun dia suh aku amek setandan pisang kecik2 depan umah ni. Dah masak katanya.

Warhhhhh.....berpisang-pisangan la kite yea.

* tengah pikir ni, kalau semua pisang2 ni masak, ape nak buat?? apam?? kek??cekodok?? lepat lagi??


2 comments:

  1. pisang blkng umah belum berbuah
    nanti boleh la buat lepat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...