15 February 2013

Durian Crepe

Assalamuaalaikum wbt. 

Salam pagi Jumaat semua. Semalam awal aku dah tido. Jadi pagi tadi, kul 4 pagi dah terjaga. Pastu kang pukul 5 pagi jaga lagi. Kira tiap2 jam laa aku terjaga and tersedar. Last2 lepas Subuh, aku on tv layan kartun kat @611 sambil update blog sebab ada kawan aku naak resepi durian crepe. Dah lama sebenarnya aku buat Durian crepe ni. Masa hubby demam dulu. Tapi kemalasan nak update entri. Tu yang duk tertangguh ajer. Semalam ada kawan aku nak mintak resepi, so aku terajin la nak update hehehe. 

 * aku tengah taip laju2 sebab nak dekat kul 8 pagi dah, aku tak mandi lagi ni hehehe.. kang lambat plak sampai opis. 

 Resepi ni aku dah olah ikut sukatik aku. Aku refer kt internet, and aku tambah la tepung. Menjadik. And kulitnya jadi sangat cantik. Sebelum ni aku penah buat guna resepi yang menggunakan santan tapi tak jadi. Abes semua aku buang dalam tong sampah. 

 Resepi Durian Crepe 
- 40 gm tepung gandum 
- 40 gm tepung ubi 
- 20 gm tepung kastad 
- 20 gm tepung jagung 
- 1 biji telur 
- 1 sudu besar minyak masak 
- 1 sudu gula halus 
- 40 ml susu segar/cair (aku guna susu segar) 
- 150 ml air 
- pewarna kuning atau apa2 warna yang korang suka 
- Masukkan semua dalam mangkuk,gaulkan. Pastu aku blend nak bagi semua adunan sebati. Tapis.
- Panaskan non-stick pan dan start mengcrepe. Tak perlu terbalikkan. Just masak bahagian bawah sahaja.
- Bila angkat, aku lapiskan dengan plastik agar diorang tak melekat sesama sendiri.
- Biarkan sejuk, dan bole la sstart mengisi inti.

Durian
- 1 biji isi durian di lenyek

Untuk filing
- 1 cawan whipping cream (aku guna jenama VIVO, sebab tu kene letak sedikit gula)
* ada jenis whipping cream yang dah sedia manis, jangan plak memandai tambah gula lagi.
- 3/4 cawan gula castor
- pukul sehingga kental

Step by step
Isi sedikit whipping cream - durian - whipping cream -lipat
(hati2 ketika melipat, nanti terkoyak crepe nya)





 




* jangan lupa simpan dalam peti ais sebelum makan. Hubby kata rasa cam eskrem. Aku kata? hehehe aku prefer makan durian mentah2 kot...

6 comments:

  1. Assalamualaikum..salam perkenalan...emmmmm...mulusnya nampak kulit crepe tu...pasti sedap dan lembutttt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'Salam & salam perkenalan juga buat sue,

      hehehe buat ikut tekak sendiri insyaallah sedap.

      Delete
  2. samalah kita.. prefer mkn durian mentah2 sbb lagi terasa duriannya kan.. tp mmg betul ler tu mmg rasa mcm aiskrim.. sbb aiskrim pun dibuat dr cream susu tu jugak..

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak buat sekali lagi...
    sedapnya CD ni...geram..geram he..he..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...