08 February 2012

Pemergian yang sangat dirindui

Assalamualaikum.



Hari ni 8.2.2012 genaplah 4 tahun pemergian arwah abohku Haji Md Saad Bin Awang Dollah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya.  Arwah pergi pada 8.2.2008 (2 minggu selepas pulang dari mengerjakan Haji) bersamaan dengan hari Jumaat tatkala selesai melaungkan azan ketika solat Jumaat di masjid Kg Pandan 1, Kuantan. Arwah rebah terus tak sedarkan diri dan terus di bawa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ya Allah, pada mulanya amat sukar untuk kami terima berita kehilangan arwah tetapi akhirnya kami redha. Ini ketentuannya. Yang lebih membanggakan arwah pergi pada hari Jumaat dalam keadaan berwudhu' dan ketika menyeru seluruh umat Islam supaya mendirikan solat. Arwah pergi ketika di dalam rumah mu Ya Allah. Tiada lain yang ku pinta, agar rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

amin.




Disebabkan terlalu rindukan aboh, tiap kali lepas solat ana berdoa agar aboh datang jumpa ana walau dalam mimpi sekalipun. Alhamdulillah, sehari selepas aboh pergi,3 hari berturut-turut ana mimpikan aboh.
Aboh pesan jangan sedih dan jaga mak dan adik-adik. Insyaallah aboh, ana akan jaga diorang lebih2 lagi mak selagi ana termampu. Ana janji akan bahagiakan mak.
Terima kasih aboh di atas segala pengorbanan yang aboh dah lakukan selama ni untuk kami semua. Sayang aboh sangat-sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat..

* terima kasih aboh sebab bagi ana senaskah al-quran sekembalinya aboh dari Mekah. Mak kata mungkin aboh dah tahu yang aboh akan pergi tinggalkan kami semua, sebab tu aboh bg al-quran kat ana supaya boleh sentiasa sedekahkan doa untuk aboh di sana. Insyaallah aboh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...