22 February 2012

Apam Mekar yang mekar separuh ajeee

Assalamualaikum.

Dari bulan ke bulan nak try resepi apam mekar ni. Tapi asik duk tangguh ajer. Last2 semalam, terbukak pintu hati aku nak buat. Kebetulan plak semua bahan2 nye ada. So, apa tunggu lagi. Jom mengapam.

Resepi ni aku amik kat My Resepi @ rossitamz. Menurut rossitamz, resipi asal adalah dari blog kak Hanieliza. Sekali tengok terus tertawan nak buat hehehe. Mintak izin copy+paste kat sini yea kak Hanieliza, sy adalah amat malas untuk taip semula resepi ;p.
Jom kite tengok apa yang di perlukan :-

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Ini adalah sebahagian apam yang malu-malu untuk mekar. Sikit ajer dia senyum.
Yang ni plak sebahagian lagi yang tak nak langsung tersenyum. Nape ntah. 
Mereka berposing bersama-sama.



Apam yang warna coklat tu aku letak chocolate emulco. Hermmm rasanye agak sedap. Ternyata apam mekar ni lagi sedap dari apam polkadot hehehe. Lembut dan gebusss aje. Aku makan 3 biji jerk, pastu hubby pun amek beberapa biji. Yang laen semua aku bagi kat jiran sebelah umah, tuan umah, makcik aku n budak2 opis aku. hahahah buat sebab teringin nak buat. Bukan nak makan sangat pun. Aku kan diettt(mata ke atas tangan ke dada hahahah).

Budak2 opis aku suke...diorang la yang kate apam ni lagi sedap dari apam polkadot. Yang bestnya lagi, tadik aku dapat tempahan 350 biji dari opismate. Katanya untuk mjlis pertunangan adik dia minggu depan. Herm, tak sabar aku nak ngerjakan apam ni lagi. Tapi sebelum tu aku nak prektis mengembangkan senyuman apam ni dulu. Tadik dah google cara yang betul. Nanti biler dah jadi baru aku citer eh.

Ok daaaaa....nak tidon dulu. 

5 comments:

  1. Sama la mcm yg mala buat dulu :-) nak kena cari acuan yg ada lubnag tu. Buat sekali tu ja. ...
    http://alamroon.blogspot.com/2011/06/apam-mekar-no-mood.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mala,
      x sempat lagi nak google camne bentuk acuan yang ada lubang tu. tapi lawa gak apam mekar yg mala buat tu. dah cam bentuk lipstick hehehe.. opps bentuk mulut.

      Delete
  2. wah....memekarkan apam nampak...ucu dah berkali2 buat kekadang mekar..kekadang kuncup...hari tu ada bukak bloh k.nor. dia pun kata sama macam 'mala'- yg berlubang2.
    Acuan yg berlubang2 tu ada kt bagus bakery..tapi harga dia mahallah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucu,
      bagus bakery tu kat mana? macam penah dengo.pasni nak try lagi sekali buat. memekar ke menguncup plak heheh

      Delete
  3. tips utk apam mekar - bole tambah ovelet tu jadikan 1 sudu besar... and make sure api pon besar... bukan kecik.. so mmg bole jadi merekah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...