23 April 2012

Agar-agar strawberry

Assalamualaikum wbt.

Duk geledah draft, sekali terjumpa resepi ni yang dah nak bersawang tapi tak jugak di publish. Agar-agar ni aku buat sebab nak abeskan stok buah strawberry dalam peti. Masa pergi cameron highland hari tu, banyak jugak la aku beli strwberry. Murah katakan. Di tambah plak dengan nafsu membeli semata-mata. Sedangkan dah sedia maklum yang buah ni bukan tahan lama pun. Kalau biar lama sangat nanti terus tak boleh makan. Jadi yang mana jangka hayat dia cam nak abes tu, aku kutip and buat agar-agar. Jom kite ke dapur ;p.


AGAR-AGAR STRAWBERRY

1 peket serbuk Konnyaku jelly powder 10gm
5 biji buah strawberry di lenyek (nak blender pun bole. terpulang la)
3 biji lagi buah strawberry di potong (nak letak dalam mould)
250gm gula
2 titik pewarna merah
950ml air

- campurkan serbuk konnyaku dengan gula halus.
- masak 950ml air dalam periuk sedang sehingga mendidih, kemudian masukkan campuran serbuk jeli+gula tadi sedikit demi sedikit hingga rata.
- masukkan strawberry yang dah di lenyek@blender tadik ke dalam periuk.
- titikkan pewarna merah dan kacau rata.
- cukup rasa, tutup api.
- masukkan potongan buah-buahan ke dalam acuan dan tuangkan konnyaku jeli ke dalamnya.
- biarkan sejuk dan masukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk.

* sangat sedapppp di makan sejuk2.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...