25 June 2012

Bowling Tournament 2012

Assalamualaikum wbt.

Entry ni sepatutnya publish hari Sabtu lepas. Tapi di sebabkan kesiputan berukband aku, ianya terpaksa di tangguhkan kerana tuan tanah amat tidak sabar menunggu gambar nya di upload.

Rentetan kisah Sabtu lepas -->Tournament start pukul 10 pagi, register kul 9, warmup session kul 9.45. Jadi, secara logiknya aku dah kena ada kat Cosmic Bowl, Midvalley pukul 9 la kan. Nak dijadikan cerita, lepas Subuh, aku ngan hubby sambung beradu. Hah!! amek ko, sedor2 ajer dah pukul 7.45. Kelam kabut la laki bini. Aku terpaksa suh hubby mandi dulu la sebab dia kan nak pegi keje. Tot tet tot tet kul 8.20 aku keluar umah.

Nak dijadikan cerita, ngam2 aku park kete kat stesen komuter sungai buloh, train ke seremban lalu. aduyay!! matik aku. waktu tu dah kul 8.38. Lepas beli tiket komuter pegi balik, aku tengok next train, haih kul 9.01.
matik la aku. kul baper nak sampai midvalley??? macam cacing kepanasan aku duk atas kerusi menunggu train. (jangan tanya naper aku tak drive saja ke midvalley, pertama sebab aku tak tau jalan. Kedua sebab hubby memang tak bagi @ tak percaya aku masuk kl).

Bertubi2 budak team kol tanya aku kat mana he he he. Coolllll!! Actually ni macam dejavu la. Sebab last year pun sama gak. Aku lambat sampai. Siap opismate kutip aku kat kl sentral. eh!! bukan salah aku tau. train komuter buat hal. so memang aku tak salah. Aku hanya mangsa keadaan. Hikmah di sebalik kesusah payahan aku last year, team aku champion hahaha. merasa lah bawak balik rm1000. Taun ni??? haremmmm.

Prestasi aku masa training ngan hubby lagi bagus dari aku perform time tournament. Redhoo ajer la. Lagipun this year memang ramai yang hebat2. Kira kitorang ni hanya makhluk2 untuk memeriahkan majlis ajer ;p. Malu nak tayang result hehehe..Satu team 5 orang, setiap team wajib ada seorang perempuan. Jadi aku la perempuan bertuah itu ekekeke.

Hadiah taun ni sama jugak macam taun lepas.
Pertama: RM1,000.00
Kedua: RM 750.00
Ketiga: RM 500.00
Keempat: RM 350.00
Kelima: RM 250.00
Best male/female: RM 150.00

* layan ajer la 2 keping gambar sekitar tournament tu.



Lepas abes 2 games, budak team aku semua cabut balik umah. Malas nak tunggu katanya sebab dah kompem x menang. Aku plak tunggu sampai sessi penyampaian hadiah sebab aku bukan nak balik lagi pun.

Memang cantek sangat la timing wat tournament kat midvalley ni, gaji plak baru masuk. Harus la membeli seplastik dua plastik barang2 kesukaan.

Sebelum shopping, aku tibai laksa kat dalam Jusco tu. Sedap weh laksa dia. Bila perut dah kenyang, harus la start menawaf midvalley.

Hasilnya?? dapat la aku 2 biji handbag yang beli satu percuma satu dan 2 helai baju keje. Sekian terima kasih.Kul 4 lebih sampai umah terus tumbang zzzzzZZZzzzzZzZzZZ krohhhh krohhhhh

6 comments:

  1. team mana menang kak ana..ala ok la tu..tak dapat hadiah bowling beli hadiah untuk diri sendiri..ye dakk..molek betul diorang plan tournament ni masa baru masuk gaji kan..pakat dengan tokei midvalley kot..haha

    ReplyDelete
  2. Rai,
    Team mih menang. Wakil f.s dpt no 2.team sony.

    Betul la kot....memang ade pakatan di situ ekekek

    ReplyDelete
  3. sekarang bowling dah jadi trend, kalau ada pertandingan mau masuk juga... dapat ertakan hubungan dan silaturrahim...

    ReplyDelete
  4. see this site dolabuy hermes check out the post right here Ysl replica go right here Dolabuy Fendi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...