22 February 2012

Apam Mekar yang mekar separuh ajeee

Assalamualaikum.

Dari bulan ke bulan nak try resepi apam mekar ni. Tapi asik duk tangguh ajer. Last2 semalam, terbukak pintu hati aku nak buat. Kebetulan plak semua bahan2 nye ada. So, apa tunggu lagi. Jom mengapam.

Resepi ni aku amik kat My Resepi @ rossitamz. Menurut rossitamz, resipi asal adalah dari blog kak Hanieliza. Sekali tengok terus tertawan nak buat hehehe. Mintak izin copy+paste kat sini yea kak Hanieliza, sy adalah amat malas untuk taip semula resepi ;p.
Jom kite tengok apa yang di perlukan :-

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Ini adalah sebahagian apam yang malu-malu untuk mekar. Sikit ajer dia senyum.
Yang ni plak sebahagian lagi yang tak nak langsung tersenyum. Nape ntah. 
Mereka berposing bersama-sama.



Apam yang warna coklat tu aku letak chocolate emulco. Hermmm rasanye agak sedap. Ternyata apam mekar ni lagi sedap dari apam polkadot hehehe. Lembut dan gebusss aje. Aku makan 3 biji jerk, pastu hubby pun amek beberapa biji. Yang laen semua aku bagi kat jiran sebelah umah, tuan umah, makcik aku n budak2 opis aku. hahahah buat sebab teringin nak buat. Bukan nak makan sangat pun. Aku kan diettt(mata ke atas tangan ke dada hahahah).

Budak2 opis aku suke...diorang la yang kate apam ni lagi sedap dari apam polkadot. Yang bestnya lagi, tadik aku dapat tempahan 350 biji dari opismate. Katanya untuk mjlis pertunangan adik dia minggu depan. Herm, tak sabar aku nak ngerjakan apam ni lagi. Tapi sebelum tu aku nak prektis mengembangkan senyuman apam ni dulu. Tadik dah google cara yang betul. Nanti biler dah jadi baru aku citer eh.

Ok daaaaa....nak tidon dulu. 

09 February 2012

Mentarang

Assalamualaikum.

Aku beli menatang mentarang ni masa aku jalan-jalan abeskan minyak ngan hubby Sabtu lepas. Sepanjang jalan kat Sungai Besar tu ada jual mende alah ni. Disebabkan aku tak pernah makan dan teringin nak mencuba , aku beli la dalam sekilo RM14. Yang ni saiz besar sikit.


Biler dengan kulit nampak banyaaaaaaaaak sangat. Sekali dah bersihkan dan di buang kulit, humangaih cinonet ajer isi nyer..

Ooooh, kan tadi aku kata ni pestaim kan aku nak makan mende ni. Jadi sebelum aku nak bersihkan, haruslah google dulu macam mana nak bersihkan mentarang ni. Bukak youtube tak ada pun cara-2. Pastu google plak 'cara membersihkan mentarang'. Ada la beberapa blog yang ajor cara nak bersihkan. Okey!! rasa cam dah pandai ni. Off lappy terus ke dapur nak masak gulai lemak cili api mentarang.....

Arrrgh ku ingatkan senang ajer nak cuci. Susah gak eh. Aku main kopak ajer kulit mentarang tu hehehhe. Sekali kulit dia rapuh derrrr... Siap lekat plak tu kat dalam isi. Satu keje plak la aku nak kene google kulit dia dalam isi tu kihkihkih. Mencabar oiiii.. Lenguh kaki aku berdiri lelama kat sinki.

Pastu bila dah berjaya keluarkan isi dia, aku cuci la bahagian yang panjang cam mulut tu, nak buang lumpur. Pastu aku nampak plak ada banyak mende wane itam kat isi mentarang tu. Haihhh!! camne ni? nak kene buang ke x?? Ikut firasat hati kataku. wakakakka aku buang la segala macam bende itam tu. Hambek ko, biler dah buang semua, isi yang tinggal amatlah cinonet ibarat kalu makan wat lekat kat celah gigi ajer.

Aku tak puas ati lagi sebab tak pasti betul ke tak cara aku tadi, aku pegi on kan lappy dan google semula 'cara membersihkan mentarang' hehehhe.
Ader yang aku jumpe tu, dia kata kene cuci mulut dia buang lumpur (oke aku dah buat), dan buang gigi mentarang tu (dah abes aku bersihkan semua, yang mana satu gigi dia wey??? tak jumpe pung???).

aiyoooo lantak la... Isi mentarang aku pun dah makin mengecik..Hape yang tinggal?? Tapi terpaksa tukar menu. Tak jadi wat masak gulai sebab aku rasa tak berbaloi aku perah santan semata2 nak masak mentarang yang cinonet tu. Aku wat sambal ajer. Letak serai/halia/daun limau purut/cili kering. Sedap gakkkk....

Gambar?? hahahha tak payah la tengok mentarang yang telah aku makeover...nangessss kang ko jahhh ekekekke.

08 February 2012

Pemergian yang sangat dirindui

Assalamualaikum.



Hari ni 8.2.2012 genaplah 4 tahun pemergian arwah abohku Haji Md Saad Bin Awang Dollah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya.  Arwah pergi pada 8.2.2008 (2 minggu selepas pulang dari mengerjakan Haji) bersamaan dengan hari Jumaat tatkala selesai melaungkan azan ketika solat Jumaat di masjid Kg Pandan 1, Kuantan. Arwah rebah terus tak sedarkan diri dan terus di bawa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ya Allah, pada mulanya amat sukar untuk kami terima berita kehilangan arwah tetapi akhirnya kami redha. Ini ketentuannya. Yang lebih membanggakan arwah pergi pada hari Jumaat dalam keadaan berwudhu' dan ketika menyeru seluruh umat Islam supaya mendirikan solat. Arwah pergi ketika di dalam rumah mu Ya Allah. Tiada lain yang ku pinta, agar rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

amin.




Disebabkan terlalu rindukan aboh, tiap kali lepas solat ana berdoa agar aboh datang jumpa ana walau dalam mimpi sekalipun. Alhamdulillah, sehari selepas aboh pergi,3 hari berturut-turut ana mimpikan aboh.
Aboh pesan jangan sedih dan jaga mak dan adik-adik. Insyaallah aboh, ana akan jaga diorang lebih2 lagi mak selagi ana termampu. Ana janji akan bahagiakan mak.
Terima kasih aboh di atas segala pengorbanan yang aboh dah lakukan selama ni untuk kami semua. Sayang aboh sangat-sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat..

* terima kasih aboh sebab bagi ana senaskah al-quran sekembalinya aboh dari Mekah. Mak kata mungkin aboh dah tahu yang aboh akan pergi tinggalkan kami semua, sebab tu aboh bg al-quran kat ana supaya boleh sentiasa sedekahkan doa untuk aboh di sana. Insyaallah aboh.

04 February 2012

Mee lidi

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu.

Weweeeeee sonok gilersssss sebab weeekend ni cuti panjang.. Yang tak bestnya aku tak bole kemana-mana sebab hubby keje cam biasa minggu depan. Baru ajer berhasrat nak ajak dia pegi makan angin sampai kembung hahahaha.

Pagi ni aku buatkan breakfast mee lidi ngan air kopi untuk hubby atas permintaan dia. Memang feveret hubby ni. Kalau sepeket ni dia bole abeskan sorang ajer hahahah.

Mee lidi goreng


Mee goreng bodo ajer sebab tak ada sayur pun. Esbok dah kosong. Nak kene topup semula nih.

Bahan2:
-Mee lidi
-telur sebiji
-3 sudu cili kering

Cara-caranya:
-Didihkan air dalam kuali. Bila dah mendidih masukkan mee lidi dan biarkan lembut dalam 5 minit gitu. Angkat, jirus ngan air dan toskan.
-Sedikit minyak dalam kuali, dan masukkan cili kering. Goreng sehingga cili betul2 masak. Pecahkan telur. Letakkan serbuk perasa;garam/gula sket/ajinomoto/kicap.
-Kemudian masukkan mee lidi, gaul sebati dan angkat. Siap dahhhh!

Sape tak kenal mee lidi, sila angkat tangan laju-laju.
Tiap kali balik Kuantan, aku memang akan beli stock dalam 10 batang gitu. Tak mahal pun. Kalau beli dekat pasaraya PantaI Selamat/Eng Hong harganya baru singgit. Tapi kalau beli kat pasaraya Tunas Manja dia dah up smp RM1.20. Harus la aku beli yang murah kan....

Oke arrr....hubby dah pegi keje dengan kenyangnya. Aku plak nak bekpes donut hehehhe. Modern konon, melantak donut pepagi hahahahah.

01 February 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

 rezeki yang datang bergolek.....golek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...