07 December 2011

Sotong Bakar bersambal

Assalamualaikum.

Malam semalam aku ader buat sotong bakar bersambal. Aku kan dah lama tak masak sedap2...Eh!! sedap ker aku masak???wakakaka. Sabtu lepas aku ada beli sotong saiz besar 3 ekor. Tak tau lagi nak masak ape. Aku simpan dulu diorang dalam peti. On d way balik keje semalam, tetibe ajer datang seru nak masak sotong bakar bersambal. Aku siap2 masak nasi dulu, solat pastu aku laki bini duk layan citer 'Tentang Dhia'. Huh saspen betul biler Dhia mati. Lagi saspen biler dia idup kembali. wahahahaha seramss.

Tepat kul 8 aku terus la masuk dapur , sarung uniform apron tuk keje malam masak. Pe lagi?? Moh kite masak.


Bahan-bahan sambal.
3 ekor sotong saiz XL (basuh,bersihkan dan potong la ikut suka ko)
Blender (3 ulas bawang merah/putih,3cm halia,1 cm lengkuas, serai(diracik) )
2 sudu cili kering yg dah siap di blender
4 helai daun limau purut

Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kering beserta dengan bahan2 blender sehingga betul2 masak. Bila mendidih letak sedikit gula merah(kabung/kerek) ,garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dah oke, tutup api.

Aku masak atas api dapur aje. Ambil kuali leper dan letakkan aluminium foil di atasnya. Bentukkan bulat dan kelepet di hujungnya. Konon2 nya macam benteng la. Letakkan daun pisang sebagai tanda menghargai alam semesta. Apekebenda aku mengarut ni hehehhe.
Kata orang kalo letak daun pisang, masakan akan jadi wangi. Tapi tak ler wangi cam bau perfume issey miyake tu ~lol~.
Susun sotong2 kat atas daun pisang tadi. Carikkan daun limau purut dan taburkan atas sotong.
 Last sekali simbah kuah yang sudah di masak tadi ke atas sotong.


Biarkan atas dapur selama 10-15 min. Tak payah lama2 sangat sebab nanti sotong jadi kejung tak sedapppp. Lagipun sambal tadi kite dah masak kan...





Oke....dah siapppp! Moh makan.











3 comments:

  1. tunggu jap...nak pi basuh tangan ye..jgn habiskan tau ana...
    samalah kita semalam pn ucu layan crita dhia..suka tengok keayuan nora bila dia pakai tudung...

    ReplyDelete
  2. aroma limau purut terbau sudah...
    sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Ucu,
    Jemput la mkn tapiiiiii tinggal daun pisang je.cmne tu :-D
    Mmg comel kn nora danish pkai tudung

    Qhaifa,
    Daun limau purut mmg wangi kalo ltak dlm mskn.suka sgttttttt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...