03 December 2011

Samsung Galaxy Note....aku dah!!

Assalamualaikum.

Pergh. Seksa tul nak mengarang entry kali ni. Berjam-jam duk depan lappy. Ni la akibatnya lama sangat tak menghapdet.Padan muka.

Last entry, aku ader cakap yang aku tengah sibuk study kan? Aku tengah study mende alah ni la. Akhirnya, ia milikku...cheeewah!!!

Masa aku balik Kuantan haritu, ada aku usha kat Digi center Megamall. Konon hasrat nak amik pakej ngan Digi la. Sekali aku pergi, hp tu dah tak ader stock. Budak DIgi tu kata kat aku, laku bebenor la. So, aku tanya la  dia, pelan paling rendah yang dia ader and in total baper aku kene bayar. Dia kira harga hp,sekali ngan interest, plan Digi tuk setahun....semua sekali dalam 3 ribu lebih.....Sila nganga mulutttttt..

Tak puas hati. Dari aku amek plan ngan Digi @ Celcom, baek aku beli hp ajee. Hari Isnin  baru ni (cuti Awal Muharram), aku terus ajak hubby g survey hp lagi. Kitorang g Giant, Batu Caves. Ader satu kedai hp GETAWAY, jual Galaxy note. Senyum sampai telinga aku tengok hp tu. Hati dah berbunga riang ececcecece.....Tapi kan...salesgirl tu kerek  giler ngan aku....

Aku:  Berapa harga Galaxy note nih (tanya sambil tersengih-sengih)
Salesgirl: tu tu nain nain (2299) <---sambil wat2 sibuk cam tak nak layan aku
Aku: Bole tengok n try tak?
Salesgirl: U tengok je la yang kat dalam cermin tu.


Kerek siotttttttt....Aku tanya elok2, ko layan aku cam hampeh???? Mentang2 la aku pakai baju compang-camping, tak pakai mekap tebal2, baju cantek2. Terus tak nak layan aku . Konon cam aku tak mampu la eh? x pee...x  pee.
Hubby aku dah berbulu gileee ngan salesgirl tu. Dia tarik tangan aku, ajak aku pusing2 dulu dalam Giant.

Aku: Tak payah la pegi mana2...nak hp tu sangat2 dah nih...tak bole tunggu dah.
Hubby: Mie geram ajeee tengok salesgirl tu. Takpe, jap lagi ayang beli hp tu, ayang ajar sket dia.....
Aku: Tak payah la nak ajar2.....tak ader masa nak ajar dia...Skang ni masa tuk belajar galaxy note.
Hubby: Kemaruk sangat dah ni nak hp hahahhahaha

Then, aku pegi semula kedai tu sambil duk perhatikan Galaxy note lagiiiiiiii. Salesgirl tu pandang ajer aku ngan hubby duk bercakap2. Wat tak layan aje... Sambil tu hubby suh pikir masak2, betul ke nak amik hp ni. Sebab agak besar la size dia. Sama besar ngan size calculator scientific masa belajo dulu hehehe. Bleh plak dia suggest suh aku amik Samsung Galaxy S. Tak nak aku.....Aku tak lena tido duk memikio Galaxy Note, suka suki dia jeee suh aku amik tepon laen...

Agak lama aku duk depan cermin tu, pastu datang sorang salesman tanya aku.

Salesman: Yea kak. Bole saya tolong? Nak carik hp aper?
Aku: i nak beli Galaxy note ni. Berapa harga hp? Warranty baper tahun?
Salesman: RM2,299.  warranty dua tahun kak.
Aku: Oke, set. I nak yang ni.

Salesgirl tadik yang tengah sedap melantak kat meja kaunter tu, terus terpusing biler dengar aku kata nak beeli. heheheheh. Kalau la setiap penjualan hp ni dapat komisen, aku amat berbesar hati dapat bagi komisen kat salesman tu. He deserve it.

Aku beli jugak screen protector dan cover ori dari samsung. Total RM2,519. Puas ati aku dapat beli ape yang aku nak. Sekali sekala kene la manjakan diri kan hihihihihi.

Pssst: aku tengah addicted main angry bird kat hp. Memang khusyu' tul la. Tapi aku main angry bird season ngan rio. Malas nak maen angry bird yang lastik vavi tu. Malas nak samak hp nanti. Lagipun menyampah aku tengok muka vavi tu biler aku tak berjaya lastik dia. Siap duk kembang2 kan idung dia lagi. Cettttt.Aku masih tak sempat lagi nak explore semua2 function2 yang ada. Lagi2 stylus pen tu ihihhihi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...