11 April 2013

Penah makan walnut?

Assalamualaikum wbt.

Opismate aku br balik bercuti dari Ghuangzhou. Dia belikan kami walnut seplastik.

First time makan walnut camni. Selalu beli dalam packaging ada perisa.

Yang ini rs original. Rasa tawar. Good for your brain. Oke la..aku nak abeskan semua 4 bj walnut ni. Mana tau kan....brain aku bole jadi sebijak einstein kahkahkah....*in ur dream

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 April 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt.
Lama kan aku hilang. Orang tua2 kata diam2 berisi. Rupanya demam yg hinggap kat aku ngan laki aku tu ada makna. Demam yang berpanjangan. Alhamdulillah, semalam genap 3 bulan kandungan aku. Dan semalam jugak aku dah selamat buat buku merah kat Klinik Desa Paya Jaras. *dgn buku merah ni bole x nk lari ke luar negara??ekekekeke *
Baru berkesempatan nak update kat sini. Lagipon kata org tua, seawal kehamilan tak elok heboh2. So bila dah lepas 1st trimester ni baru aku berani nak bagitau berita gembira ni.
Akhirnya penantian kami selama 5 tahun lebih membuahkan hasil. Terima kasih Ya Allah. Doakan keselamatan aku dan baby yea.
Published with Blogger-droid v2.0.10

04 March 2013

Makanan untuk orang yang sakit gigi

Mood tak baper baik.
Sakit gigi + selesema + batuk + sakit tekak.

*sengsara*

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 February 2013

Kerana lori rosak

Aku sangkut jem 1 jam kat depan jalan subang airport. Di tambah plak dengan traffic light yang tak berfungsi.

Oooh..indahnya pagi isnin ku. Ggggrrrrrrr

Published with Blogger-droid v2.0.10

15 February 2013

Asam rebus tempoyak


Assalamualaikum wbt.
Dinner malam ni sempoi ajer. Dah beberapa hari aku duk kecur air liur biler teringat menu ni. Gara-gara aku tak puas makan kt umah kawan aku, terpaksa la aku repeat semula menu yg sama untuk memenuhi selera tekak aku. Aku buat guna ikan laut sebab aku tak makan ikan sungai hehehe. Memilih sungguh la tekak ni.
Moh tengok resepi mudah ni.
ASAM REBUS TEMPOYAK
- ikan pelalin 6 ekor(adik kepada ikan kembung)
- bendi
- serai 1 btg
- daun kesum
- air 2 1/2 cwn
- sekeping asam gelugor
- tempoyak 1 1/2 senduk
- bahan kisar(bwg merah 2 bj+ kunyit hidup 2 cm + cili padi segenggam + cili besar 1 bj)
Cara-caranya:-
- masukkan bahan kisar td ke dalam periuk bersama air+ asam gelugur+tempoyak+serai yg dah diketuk.
- biarkan lama sehingga mendidih
- kemudian masukkan ikan dan daun kesum
- masukkan juga bendi yg telah di basuh ke dalam periuk
- biler bendi dah lembut, bole letakkan gula+garam+aji
- sedia tuk dihidangkan dan dihirup
Slllrpppppppppp :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Durian Crepe

Assalamuaalaikum wbt. 

Salam pagi Jumaat semua. Semalam awal aku dah tido. Jadi pagi tadi, kul 4 pagi dah terjaga. Pastu kang pukul 5 pagi jaga lagi. Kira tiap2 jam laa aku terjaga and tersedar. Last2 lepas Subuh, aku on tv layan kartun kat @611 sambil update blog sebab ada kawan aku naak resepi durian crepe. Dah lama sebenarnya aku buat Durian crepe ni. Masa hubby demam dulu. Tapi kemalasan nak update entri. Tu yang duk tertangguh ajer. Semalam ada kawan aku nak mintak resepi, so aku terajin la nak update hehehe. 

 * aku tengah taip laju2 sebab nak dekat kul 8 pagi dah, aku tak mandi lagi ni hehehe.. kang lambat plak sampai opis. 

 Resepi ni aku dah olah ikut sukatik aku. Aku refer kt internet, and aku tambah la tepung. Menjadik. And kulitnya jadi sangat cantik. Sebelum ni aku penah buat guna resepi yang menggunakan santan tapi tak jadi. Abes semua aku buang dalam tong sampah. 

 Resepi Durian Crepe 
- 40 gm tepung gandum 
- 40 gm tepung ubi 
- 20 gm tepung kastad 
- 20 gm tepung jagung 
- 1 biji telur 
- 1 sudu besar minyak masak 
- 1 sudu gula halus 
- 40 ml susu segar/cair (aku guna susu segar) 
- 150 ml air 
- pewarna kuning atau apa2 warna yang korang suka 
- Masukkan semua dalam mangkuk,gaulkan. Pastu aku blend nak bagi semua adunan sebati. Tapis.
- Panaskan non-stick pan dan start mengcrepe. Tak perlu terbalikkan. Just masak bahagian bawah sahaja.
- Bila angkat, aku lapiskan dengan plastik agar diorang tak melekat sesama sendiri.
- Biarkan sejuk, dan bole la sstart mengisi inti.

Durian
- 1 biji isi durian di lenyek

Untuk filing
- 1 cawan whipping cream (aku guna jenama VIVO, sebab tu kene letak sedikit gula)
* ada jenis whipping cream yang dah sedia manis, jangan plak memandai tambah gula lagi.
- 3/4 cawan gula castor
- pukul sehingga kental

Step by step
Isi sedikit whipping cream - durian - whipping cream -lipat
(hati2 ketika melipat, nanti terkoyak crepe nya)





 




* jangan lupa simpan dalam peti ais sebelum makan. Hubby kata rasa cam eskrem. Aku kata? hehehe aku prefer makan durian mentah2 kot...

31 January 2013

PErisa baru roti gardenia

Assalamualaikum wbt.

Korang dah try 2 perisa baru ni?? Roti gardenia perasa rose and butterscotch.
Pendapat aku?? Yg butterscotch tu cm kurang rasa. And yg perasa rose tu kan sangat la rasa rose nya. Dah abes makan roti pon...masih terasa kat lidah ke'ros'an roti tu. Paham dok?? X paham sudoh hahahah. Roti coklat jugak yg bertakhta di hati :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 January 2013

Bila suami demam

Assalamualaikum wbt.

ihsan google

Kebiasaannya, setiap hari Jumaat hubby akan sampai umah dalam pukul 8 lebih. Lepas habis kerja dia akan main badminton dengan kawan2 sekerja. Memang rutin yang sama setiap Jumaat.

Semalam, dalam pukul 7 lebih dah dengar bunyi moto dia balik umah. Aku masa tu tengah sibuk menjahit skirt jeans. Masuk rumah aja tak bercakap terus mandi, solat dan berkelubung dalam selimut depan tb. DEMAM katanya. Ajak pegi klinik tak nak. 

Tapi memang panas giler badan hubby. Macam cerek panas hahaha. Terkejut-kejut aku bila tersentuh badan dia. Hari ni dia m.c. Hubby ni dia macam aku. Jarang demam. Kadang2 dalam setahun tak penah demam pun. Tapi bila sekali dia demam, kemain manja nya. Aku la plak susah nak buat keja lain.

Projek nak membaking pon terpaksa di hentikan. Sekejap-sekejap...'ayanggggg...tolong picit kepala...ayangggg tolong picit kaki...ayanggggggg tolong urut belakang badan mie... Petang tadi, ayangggggg jom keluar amik angin..haih tenattt tul.

Ni, aku tengah perang2 manja dengan dia. Aku nak tengok Fear factor. Dia nak tengok bola Pahang vs Selangor. Awal2 dia dah sorok remote. Hangen aku. Tiba-tiba....

Hubby: Ayang........meh jap. Tolong picit kepala bole tak?
Aku: Tak noooooooooooookkk. Kalau nak suh picit kepala, tukar dulu Fear Factor.
Hubby: Tak payooooooooooooooooooh.
Aku: Oke fine.

*tak padan dengan demam, DEGIL!!! hahahah

16 January 2013

Sardin Puff listen listen listen

Assalamualaikum wbt.

Trending kat facebook, twitter and blog hari ni semua pasal isu listen listen listen. Malas nak kupas isu ni lagi. Citer pasal makanan lagi besh hahahha.

Jom buat Sardin Puff listen listen listen tuk esok.

Bahan2 yang di perlukan. Please LISTEN!!! :)
 - inti untuk puff: aku guna sardin yang di masak dengan kentang. nak guna chicken curry bole, tuna pon bole. its up to you
- kuning telur utk griss puff
- cooking spray tuk sembur tray tak bg melekat. tak ade pon tak aper.
- puff pastry jenama kawan..

Follow step seperti gambar di atas.

Bakar puff dengan suhu 190 darjah selama 20 minit. Siapppp breakfast untuk esok.



 Sardin puff yang gelembong. Penuh dengan sardin hehehe. Kaler puff ni tak menarik sebab aku gunakan sebijik telur tuk gris. Sepatutnya guna kuning telur ajer. Konon td malas nak asingkan.


Yang ni aku buat last week. Cantik sikit kaler puff tu kan.
Easy peasy lemon squezy kan. Cuba la...

* tak sempat tunggu breakfast esok, hubby dah kebas 3 biji sardin puff hahahaha.

12 January 2013

I'm back

Assalamuaalaikum wbt.

Akhirnya hidup ku normal kembali. Penat menyiapkan year end report pon tak abes lagi. Sesak napas rasanya. Hari2 balik lambat. Fuhhhhh lega. Tapi tak la lega sepenuhnya. Habis year end report, siap2 packing document untuk hantar ke opis client. Prepare plak untuk 2012 audit. *tetiba rasa nak resign hahaha.

Memang bersawang sungguh blog ni. Banyak yang nak di update tapi aku dah reached limit tuk upload gambar. Seb baek ada blogger sama opis. Habes ajer kebizian, terus pegi jumpe dia mintak khidmat nasihat hahaha. Thanks RAI, pasni bole la upload gambo banyak2 semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...