21 December 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Baru belajar nak terbang hikhikhik

16 December 2011

Dooyan ooo dooyan

Assalamualaikum.

Lepas asar td, aku kuo g kedai bakery beli brg2 nk wat apam polkadot. On d way balik,aku nmpk segerombolan dooyan2 duk melambai tepi jalan.

Atas dasar keperimanusiaan,aku sanggup berpatah balik semata2 nk bhenti dn brtanye apekah mslh dooyan2 tu smp sggup melambai2 kt aku. Ghupenya,dooyan2 tu nk tumpang balik kg paya jaras.

Setelah berfikir pjg,aku wat kputusan nk tumpangkn diorg iaitu dooyan2 tp dgn syarat.....
~Tiga drpd dooyan2 tu haruslah d korbankn utk jd santapan mlm ku.

Perbincangan demi perbincangan di buat,akhirnye mereka sepakat utk mngorbankn 3 ahli kluarga mreka. Yea.....inilah dinner aku tuk mlm ni hehehe..
Br pas mkn dooyan 2 biji,pale otak pon dah senget hihihihihi...

Posted via Blogaway

Kenape aku suka December??? why?why?

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat semua.

Lama sungguh tak berblog sebab mood berblog ke laut. Lagipun aku sibuk bermuhasabah diri. Macam2 dugaan datang lately. Aku kena tabah menghadapi dan mengharungi semua ni. Owww yeah.

Dengan senang ati aku berblog dari rumah arini. Sebab aku cutiiiiiiiii. Ni kire last cuti yang aku apply tuk tahun ni. Yang laen2 tu bawak taun depan la. Dah tak larat nak ngabeskan tiap2 minggu. Lebih2 lagi tahap kesibukan pada bulan ni adalah di paras kritikal.

Bulan December ni ada yang aku suka dan x suka. Kenapa???
~Yang tak suka :
   * bulan ni adalah bulan tuk clearkan segala macam mende bg org account. Memang agak hectic la.
   * bahang kesibukan dah mula terasa, banyak document yang dah sampai dan ready to be processed.        
   * start next week, dah kene stayback siapkan keje yang melambak tu.

~Yang ku suka :
   * bulan ni ada bonus hihihihihi...
   * yang paling aku suka sebab nih ..


My birthday 14.12.1981

Thanks to all my opismate yang wat birthday party ni.
Okiessss...nak gi sidai kain jap. Pastu nak kuo g kedai bakery nak beli barang sket. Esok nak buat apam polkadot bagi kat makcik aku yang duk Tanjung Karang tu. Daaaaa





07 December 2011

Sotong Bakar bersambal

Assalamualaikum.

Malam semalam aku ader buat sotong bakar bersambal. Aku kan dah lama tak masak sedap2...Eh!! sedap ker aku masak???wakakaka. Sabtu lepas aku ada beli sotong saiz besar 3 ekor. Tak tau lagi nak masak ape. Aku simpan dulu diorang dalam peti. On d way balik keje semalam, tetibe ajer datang seru nak masak sotong bakar bersambal. Aku siap2 masak nasi dulu, solat pastu aku laki bini duk layan citer 'Tentang Dhia'. Huh saspen betul biler Dhia mati. Lagi saspen biler dia idup kembali. wahahahaha seramss.

Tepat kul 8 aku terus la masuk dapur , sarung uniform apron tuk keje malam masak. Pe lagi?? Moh kite masak.


Bahan-bahan sambal.
3 ekor sotong saiz XL (basuh,bersihkan dan potong la ikut suka ko)
Blender (3 ulas bawang merah/putih,3cm halia,1 cm lengkuas, serai(diracik) )
2 sudu cili kering yg dah siap di blender
4 helai daun limau purut

Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis cili kering beserta dengan bahan2 blender sehingga betul2 masak. Bila mendidih letak sedikit gula merah(kabung/kerek) ,garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dah oke, tutup api.

Aku masak atas api dapur aje. Ambil kuali leper dan letakkan aluminium foil di atasnya. Bentukkan bulat dan kelepet di hujungnya. Konon2 nya macam benteng la. Letakkan daun pisang sebagai tanda menghargai alam semesta. Apekebenda aku mengarut ni hehehhe.
Kata orang kalo letak daun pisang, masakan akan jadi wangi. Tapi tak ler wangi cam bau perfume issey miyake tu ~lol~.
Susun sotong2 kat atas daun pisang tadi. Carikkan daun limau purut dan taburkan atas sotong.
 Last sekali simbah kuah yang sudah di masak tadi ke atas sotong.


Biarkan atas dapur selama 10-15 min. Tak payah lama2 sangat sebab nanti sotong jadi kejung tak sedapppp. Lagipun sambal tadi kite dah masak kan...





Oke....dah siapppp! Moh makan.











06 December 2011

Sayur yang paling best sepanjang zaman ialah......

Assalamualaikum.

Percaya atau tak, sayur yang paling best dan sedap sepanjang zaman ialah....sayur pucuk ubi hehehhe(mengikut tekak aku yang agak kekampungan la). Memang mabeles la kalau pucuk ubi ni di masak gulai lemak ataupun di rebus camtu jer. Colek plak ngan sambal belacan....Fuyoooooooo!! memang pengsan patblas kali la sebab sedap sangat. And yang penting kompem menambah nasi hehehe.

Saje je nak poyo lebih sebab aku makan pucuk ubi rebus, sambal belacan dan ikan goreng malam ni hahahaha. Walaupun simple ajer tapi sedapppppp..




04 December 2011

Buah markisa/buah susu/passion fruit

Assalamualaikum.

Aku dah pernah wat entry pasal buah markisa ni kat sini. Mengikut kata supplier markisa aku (niza) hehehehe, kat Tesco ada jual buah ni. So, kelmarin aku g Tesco Manjalara beli barang dapur sambil cari buah ni. Memang rezeki aku kot. Tinggal dalam 4 peket ajer kat tempat buah-buahan. Aku rembat 2 ajee sebab yang laen buruk sangat rupa parasnya. Dah kecut semacam aje.

Tak kisah la kan. Walau buruk rupa nya, janji isi buah nya sedapppp. Satu peket tu RM4.99. Satu peket dah selamat aku wat air jus.Dapat dalam sejag  Letak plak dalam peti sejuk....Ermmmm nyaman nye. Hubby yang tak suka buah tu pun bole terpengaruh nak minum hahahahha.

So, lepas ni kalau aku mengidam lagi, aku tau mana nak carik ;p

03 December 2011

Samsung Galaxy Note....aku dah!!

Assalamualaikum.

Pergh. Seksa tul nak mengarang entry kali ni. Berjam-jam duk depan lappy. Ni la akibatnya lama sangat tak menghapdet.Padan muka.

Last entry, aku ader cakap yang aku tengah sibuk study kan? Aku tengah study mende alah ni la. Akhirnya, ia milikku...cheeewah!!!

Masa aku balik Kuantan haritu, ada aku usha kat Digi center Megamall. Konon hasrat nak amik pakej ngan Digi la. Sekali aku pergi, hp tu dah tak ader stock. Budak DIgi tu kata kat aku, laku bebenor la. So, aku tanya la  dia, pelan paling rendah yang dia ader and in total baper aku kene bayar. Dia kira harga hp,sekali ngan interest, plan Digi tuk setahun....semua sekali dalam 3 ribu lebih.....Sila nganga mulutttttt..

Tak puas hati. Dari aku amek plan ngan Digi @ Celcom, baek aku beli hp ajee. Hari Isnin  baru ni (cuti Awal Muharram), aku terus ajak hubby g survey hp lagi. Kitorang g Giant, Batu Caves. Ader satu kedai hp GETAWAY, jual Galaxy note. Senyum sampai telinga aku tengok hp tu. Hati dah berbunga riang ececcecece.....Tapi kan...salesgirl tu kerek  giler ngan aku....

Aku:  Berapa harga Galaxy note nih (tanya sambil tersengih-sengih)
Salesgirl: tu tu nain nain (2299) <---sambil wat2 sibuk cam tak nak layan aku
Aku: Bole tengok n try tak?
Salesgirl: U tengok je la yang kat dalam cermin tu.


Kerek siotttttttt....Aku tanya elok2, ko layan aku cam hampeh???? Mentang2 la aku pakai baju compang-camping, tak pakai mekap tebal2, baju cantek2. Terus tak nak layan aku . Konon cam aku tak mampu la eh? x pee...x  pee.
Hubby aku dah berbulu gileee ngan salesgirl tu. Dia tarik tangan aku, ajak aku pusing2 dulu dalam Giant.

Aku: Tak payah la pegi mana2...nak hp tu sangat2 dah nih...tak bole tunggu dah.
Hubby: Mie geram ajeee tengok salesgirl tu. Takpe, jap lagi ayang beli hp tu, ayang ajar sket dia.....
Aku: Tak payah la nak ajar2.....tak ader masa nak ajar dia...Skang ni masa tuk belajar galaxy note.
Hubby: Kemaruk sangat dah ni nak hp hahahhahaha

Then, aku pegi semula kedai tu sambil duk perhatikan Galaxy note lagiiiiiiii. Salesgirl tu pandang ajer aku ngan hubby duk bercakap2. Wat tak layan aje... Sambil tu hubby suh pikir masak2, betul ke nak amik hp ni. Sebab agak besar la size dia. Sama besar ngan size calculator scientific masa belajo dulu hehehe. Bleh plak dia suggest suh aku amik Samsung Galaxy S. Tak nak aku.....Aku tak lena tido duk memikio Galaxy Note, suka suki dia jeee suh aku amik tepon laen...

Agak lama aku duk depan cermin tu, pastu datang sorang salesman tanya aku.

Salesman: Yea kak. Bole saya tolong? Nak carik hp aper?
Aku: i nak beli Galaxy note ni. Berapa harga hp? Warranty baper tahun?
Salesman: RM2,299.  warranty dua tahun kak.
Aku: Oke, set. I nak yang ni.

Salesgirl tadik yang tengah sedap melantak kat meja kaunter tu, terus terpusing biler dengar aku kata nak beeli. heheheheh. Kalau la setiap penjualan hp ni dapat komisen, aku amat berbesar hati dapat bagi komisen kat salesman tu. He deserve it.

Aku beli jugak screen protector dan cover ori dari samsung. Total RM2,519. Puas ati aku dapat beli ape yang aku nak. Sekali sekala kene la manjakan diri kan hihihihihi.

Pssst: aku tengah addicted main angry bird kat hp. Memang khusyu' tul la. Tapi aku main angry bird season ngan rio. Malas nak maen angry bird yang lastik vavi tu. Malas nak samak hp nanti. Lagipun menyampah aku tengok muka vavi tu biler aku tak berjaya lastik dia. Siap duk kembang2 kan idung dia lagi. Cettttt.Aku masih tak sempat lagi nak explore semua2 function2 yang ada. Lagi2 stylus pen tu ihihhihi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...