15 January 2012

Pulut durian dan sambal kerang

Assalamualaikum dan selamat petang.

Petang-petang camgini layan makan pulut sedap gak. Harini aku agak rajin sebab aku masak pulut ngan kuah durian tuk aku. Hubby plak nak makan pulut ngan sambal kerang... Layan kan ajerla sebab aku pun dah lama tak ke dapur memasak ngeheheheh.




Resepi Pulut

-Beras pulut sepeket RM4.20 (kalau nak masak arini, make sure korang rendam dulu pulut tu semalaman)
-Santan dari sebiji kelapa.
-Daun pandan(kalau ada letak la)
Toskan beras pulut dan kukus selama 15 minit. Kemudian keluarkan pulut tadi masukkan dalam bekas lain dan gaulkan dengan pati santan (yg telah di campurkan dengan garam). Lepas dah gaul rata, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus la sehingga lembut.


Serawa durian


-Beberapa ulas durian
-Santan (1/2 biji ajer sebab aku buat sikit tuk tekak dua org ajer ajer)
-Gula kerek/merah/kabung
-Sedikit garam
-Daun pandan (kalo ada)

Masukkan santan dalam periuk beserta gula kerek/kabung/merah. Sukatan ikut suka ko la. Biler santan dah menggelegak, masukkan durian tadi. Biler dah sebati, masukkan sedikit garam. Kalau tak berapa manis, tambah la lagi gula. Tapi aku buat tadi tak yah letak gula sebab gula kerek tu dah manis. Oke...siap!

Sambal Kerang


-kerang sekilo (rebus dan asingkan isi nya)
-2 senduk cili kering
-1 biji bawang besar (potong bulat)
-sedikit asam jawa
-sedikit gula kerek(petua makcik aku,kalau nak sambal sedap letak gula kerek instead of gula pasir)

Isi minyak secukupnya dalam kuali. Biler dah panas, masukkan cili dan tumis sehingga betul2 masak. Memang lama sungguh aku masak cili kering ni(api sederhana). Biler dah kering, masukkan dalam semangkuk kecil air masak dan kacau. Aku biarkan lagi sampai air tadi kering. Dan aku masukkan pulak air asam jawa, bawang dan gula kerek. Bila dah menggelegak, aku masukkan kerang. Letak la garam dan serbuk perasa sikit. FUhhhhhh!! hubby kata sedappppp!! hehehhe

Oke....nak pegi carik cempedak masak kat pokok plak ni. Baru ni makcik aku ada bagi sebiji tp sebab dah beberapa hari di biarkan, dah jadi terlalu masak dan buruk. Ni nak g amek stok lain plak hehehhe.

2 comments:

  1. tengok sambal kerang tu yg x tahan...masa musim durian haritu ucu ada jugak masak pulut dgn durian...tp makan xde geng, langsung x best makan sorang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...