30 October 2011

Apam polkadot lagi

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Rasa bersalah sebab lama tak update blog ihhihi..bersalah kat diri sendiri sebenarnya. Minggu ni memang agak padat dan bizi bagi aku. Bayangkan ari2 balik keje malam. Seb baek la encik hubby amik tugas sediakan dinner sepanjang aku sibuk tu...sayangggggg dia.

Dua minggu lepas aku dapat order dari makcik aku tuk buat 200 biji apam polkadot. Masa tu aku iya kan la. Sebabnya rasa bole buat kan. Takde hal punye. Aku dah budget nak buat malam Jumaat sebab makcik aku nak bawak apam tu gi umah anak sedara dia dalam kul 9 pagi gitu. Nak di jadikan citer, hari Jumaat tu aku banyak keje. tup tap tup tap kul 10 lebih jugak la aku baru balik umah. Penat sangat dah rasanye otak ni sampai aku bole lupe mana aku park kete aku. Sengal tul.

Balik umah, rehat jap, mandi, segarkan badan pastu makan dinner spaghetti bolognese yang hubby masak. Prepare barang2 nak buat apam then ngam2 kul doblas aku start mengapam. Hubby ada la jugak nak menghulurkan bantuan KONONnye. Last2 aku halau dia duk depan tibi. Elok2 aku wat ngan aman, leh jadi kelahi dengan dia. Ader ke dia picit filing sampai penuh satu cup. Comot pun  ada. Tak pe la yang. Tima kasih aje la.Melambatkan keje aku aje adalah. Aku bagi dia keje yang lagi senang. Tiap kali aku masukkan apam dalam periuk kukus, 'OKE YANG,LEPAS 10 MIN BAGITAU'. keje senang jer. tu pun kengkadang terbabas. Eh, tak 10 min lagi ke yang??? hahahha

Semata2 nak siapkan order, sampai ke pagi aku tak tido. Hubby teman aku sampai kul2 pagi jer pastu dia tido. Dia keje ari sabtu. Then buat la aku sorang2 bertemankan radio. Jom tengok hasil mengapam di pagi hari.

Resepi bole refer sini ,tapi this time aku tukar kepada tepung naik sendiri dan tambah esen vanilla sikit. Baking powder aku removed. Dia punye texture lebih lembut bg aku.





 


Ni dia hasil 200 biji apam polkadot. Biler dah seronok maen kaler, tak sedar pun masa berlalu. Aku dah selamat deliver mende alah ni kat makcik aku kul 8 lebih. Pastu??? masa tuk tidooooooo hahahah.

27 October 2011

Roti jala merah dengan kari ayam segera

Assalamualaikum.

Pergh..lama sungguh rasa nye tak menghapdet. Bizi kemain. Campur malas lagi. Biler semua tu bersatu terhasil la satu perasaan malas menghapdet blog...ooo yeah.

Planning ngan hubby konon nye nak pegi makan ikan bakar dekat Jeram. Tapi tetibe dapat kol dari paksu hubby dari Kuantan yang diorang(isteri paksu and mak hubby) nak datang umah petang selasa. So, plan terpaksa kensel la. Tak pe lenkali bole pegi kan. Yang penting tetamu kene layan dulu.

Diorang balik lepas Zuhur semalam. So, aku ngan hubby plak wat aktiviti togede-gede. Pegi mana? Pegi Tesco beli barang dapur sket. Pegi bakery beli barang2 nak wat apam polkadot. Sampai umah kul 5 lebih. Mende nak makan malam ni. Nak makan nasi dah jemu. Nak masak nasik lagik la dah jemu hehehehe. So, aku rasa ade baeknya aku rasmikan gadget yang aku baru beli aritu kan. Jom kite masak. Mohhhh!!


 Sebelum nak mulakan penjalaan, make sure korang2 semua ader ini gadget hehehhe. Poyo jeee. Sedangkan ape2 acuan pon bole. Tapi nak bgtau yang roti jala ni adalah edisi khas semata-mata nak merasmikan gadget baru aku yang di beli di Blog Kakjee.

 Resepi:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit garam

- Blend kan semua bahan di atas biar sebati.
- Tapis adunan tadi ke dalam jag plastik (senang sket nak tuang dalam botol)
- Biarkan adunan selama setengah jam.


Sementara nak tunggu adunan kembang, jom kite masak kari ayam segera dulu.

Bahan-bahan yang di perlukan:
Perencah segera kari ayam & daging jenama adabi
Santan segera
air
beberapa ketul daging ayam

- Masak jer ikut arahan belakang perencah segera tu.
- Didihkan air. Kemudian masukkan perencah kari segera ke dalam periuk.
- Kalu ikut arahan kena masukkan santan dulu. Tapi aku degil. Aku masukkan ayam dulu.
- Biar ayam masak, last sekali baru masukkan santan.
- Dah siap.

Jom sambung wat roti jala.
/
/
/
/
Untuk penebaran kali ni. aku refer kat blog maklong. Tima kasih yea maklong sebab ajar step by step nak tebar jala ni. Tersangat la membantu.
Griskan kuali leper ngan minyak dulu.
Pe lagi??? tebar la....menggigil2 aku nak menebar pakai acuan ni. pESTaim kan. Tu yang kembang aje ujung penjalaan.
Bole angkat dah ni.
Terbalikkan roti jala tadi yang atas kat bawah. Then, lipat la camne pun yg korang mahu. 3 segi? 4 segi? Bersegi-segi?? hheehhe 

Tadaaaaaa...segala keburukan telah berjaya di sorokkan ;p


Ni la hasil satu adunan.

Moh la makan...Itu aje la dinner kitorang malam tadi. Masa duk menjala kat dapur, hubby ada datang jenguk. Dia punya terkejut tengok roti jala wane merah. Biler dah makan tak de la terkejut sangat pun. Aku plak yang terkejut tengok dia makan wakakakaka. Siap wat request, after this, dia nak kaler kuning itam.



19 October 2011

Toche,tenkiu,terima kasih,merci,gracias

Assalamualaikum.

Hati yang agak berbunga riang petang tadi. Senyum sampai ke telinga.Otak ligat pikir, ape langkah seterusnye??ihhihihi haruskah aku merasmikan nya??? kene tunggu dulu sebab masa tak mengizinkan... Sabar lah hati.

Actually, aku dapat parcel petang tadi. Memang dah di jangka. So, masa abg receptionist call suh amik parcel tu aku dah tersengih-sengih sorang. Bahagia nyeeeeee...

Ape dia??? jom terjah
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaa...

ni la acuan roti jala and pai tee yang ku tunggu2. Sesape yang belum memiliki, sila terjah blog kakjee sini. Memang kebetulan sangat, aku nak cari dua2 acuan ni and pada masa yang sama jgak kakjee baru start meniaga online kitchen gadget ni...Tak payah susah2 aku nak g cari kat semua kedai , terus email kakjee dan rembat acuan ni....

Masa ni pale otak dah ligat nak pikir, bila aku nak rasmi eh?? malam ni? esok? lusa? bile eh? Tapi tu la, masa tak begitu mengizinkan, kene tunggu next week rasa nye.

Selain tu, aku jugak dapat mende ni....
.
.
.
.

Buah markisa yang fresh datang dari Raub and di bawa khas oleh cik niza.
Tenkiu very much yea....Aku memang tersangat gilerkan ini buah. ko jugak yang menghasut aku gilerkan buah ni kan??kan?? hahahaha

Tak de plak jumpe kat pasar malam buah ni. Kalau ader mesti banyak dah aku rembat.

Owh yea...pesanan buat niza:

selagi aku tak jumpe buah ni di pasaran, dapatlah kiranya ko menjadi supplier aku buat sementara waktu ahaksssss. Utk pengetahuan ko, cadangan suh aku buat puding and pavlova berasaskan buah ini tidak dapat ku tunaikan. Ini adalah keranaaaaaa, di saat dan ketika ini buah2 itu sudah selamat berada di dalam perutku. Dan mungkin juga sudah keluar menyembah bumi. Jika kau tetap berkeras mahukan cadangan ko terlaksana. Sesungguhnya tiada masalah pun bagi aku. Cumaaaaaaaaaaaa, tolong bekalkan aku buah itu secukup nya..lagi dan lagi dan lagi.


Yang benar,
Penagih Pencinta markisa

Wordless Wednesday

Best kan dapat baby tembam camni, sedap nak peluk and cium ~~herrrrrmmmm~~

17 October 2011

Apam polkadot dan ladybird

Assalamualaikum.

Hari ni aku ngan hubby cutiiii....Kul sploh lebih baru kuo umah nak selesaikan urusan kat LHDN. Harusss la manfaatkan cuti ni sebaiknya kan...Ape barang bangun awal-awal hahaha.

Sampai umah dalam kul 1 lebih, terus berehat2 depan tibi.Tuan umah malas nak masuk dapor jadi kitorang dah siap2 tapau lauk tengahari. Hubby plak cam tak sihat sangat. Bole masa nak keluar tol Sungai Buloh tu, dia nak muntah. Terpaksa rapat ke kiri sebelum tol tu.Kelam kabut aku carik plastik kosong. Seb baek ada plastik kecik satu. Ngam2 aku hulur kat dia......uwekkkkkkkkkkkkkkkkkss. abesss semua makanan bekpes dia keluarr. Ya ampunnnnnnnn...hubby aku ni peknen ke apeee?? hahhaha

Masa aku tengah taip ni pun dia duk tido...Sebabnye, lepas makan lunch tadi, dia muntah lagi. Ape yang tak kena ntah. Suh pegi klinik tak mau. Cam budak2 aje takutnya ayoyoyoyo. Tak pe, biar dia tido. Aku terus la ke dapur nak buat apam  ni. Kebetulan semalam pegi bakery beli barang2 nak buat apam and cake. Harus la melaksanakan sebab barang2 semua dah ada....seru  mengapam pun dah datang....moh kite weh!!

Resepi apam polkadot dan ladybird
Sumber: http://bakery2embroidery.blogspot.com/2011/06/apam-polkadot-versi-ladybird.html , kalo nak tengok step by step elok la jenguk blog Nuri ni.

3 bj telur (sejukkan dalam fridge)
275gm tpg gandum
220 gm gula halus (sejukkan)
150ml susu segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete (sejukkan)
filling (blueberry.strawberry) tak kisah ape jenis filling yang korang nak guna
pewarna (hitam/merah/biru)

- Telur/gula/ovallete (pukul dengan kelajuan maximum sehingga kembang dan bewarna putih)
- Masukkan susu dan tepung(ayak bersama baking powder) secara berselang seli dengan kelajuan minimum.
- Bila adunan dah likat, bahagikan kepada beberapa bahagian ikut berapa banyak kaler yang korang nak guna.
- Masukkan filling,adunan yang dah di warnakan ke dalam piping  bag.
- Picit adunan, fillling dan adunan semula. Kemudian picitkan laa dot dot dengan kaler yang laen. Isi sampai penuh yea
- Kukus dalam 10-15 minit aje. Jangan lama sangat, akibatnya kaler ladybirth aku dah jadi pudar. Sebelum tu aku ada jenguk periuk kukus, tapi dengan pandainya aku wat teori sendirik. Biau la lama sket. Akibatnya, ilang kaler merah ngan itam aku. Jadik kembang ajeee. Sebagai pengajaran, lepas tu ngam2 sepoloh minit terus aku angkat.
- Tips: jangan lupe balut penutup kukus ngan kain untuk elakkan air jatuh atas apam. *aku tutup ngan kain, tapi nape apam aku berlubang gak eh. Kat mana yang tak kena nye.

 Apam ladybird ni batch pertama yang masuk dalam periuk kukus,tu yang ader sedikit kecacatan di situ.
 Aku suka main ngan kaler. Duk imagine pegang berus sambil conteeng2 kertas lukisan.

 Yang posing dalam pinggan tu aku punya. Yang lain tu nak bagi makcik2 aku and kawan hubby.

Aku memang puas hati sangat2 dapat buat apam ni. Walaupun aku tak berapa suka rasa nya sebab rasa baking powder tu kuat sangat, tapi aku suka time nak decor apam ni. Penat, tapi berbaloi tengok apam ni jadik and orang2 yang aku bagi suka. Insyaallah lenkali nak buat lagi, and nak cube remove kan baking powder tu n ganti dengan tepung naik sendiri. Bole ker eh?? memandai aje aku ni.

16 October 2011

Apam belang

Assalamualaikum.

Ahad lepas, aku buat apam belang. Geram sangat tengok kak ita buat, terus aku pun teruja nak buat jugak.
Tumpang copy paste ye:


APAM BELANG
by: Shamama

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (aku guna santan segar) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Dah siap di belangkan. Ready nak masuk periuk kukus.
Aku terlupa nak alas tutup periuk ngan kain. Dah berlubang-lubang aku nye apam. Macam permukaan bulan la pulak hahahah.
Tak berapa nak senonoh pembelangan yang aku buat kan!kan!

Puas hati dapat buat walaupun tak secantik apam belang kak ita buat hehehehe... yang penting hubby suka. Kitrg ambil 1/3 jer..yang lain aku bagi umah makcik2 aku. Cam biasa la, aku ni suka nak buat mende makan2 ni, tapi mulut dua aje kat umah ni. Harus la agih2 kan. Untung sape yang duk dekat ngan aku wakakakaka.

Insyaallah next time nak buat lagi. 

15 October 2011

Nasi Goreng Kampung Cili padi

Assalamualaikum.

Sabtu. Hari yang paling sesuwai tuk bermalas-malasan di rumah. Konon nak kemas almari, nak kumpulkan mana2 baju aku ngan hubby yang dah kecik. Bole sedekah kat adik sepupu aku. Tapinye...semuanya tinggal angan-angan. Dari tadi duk depan tibi sambil mengadap lappy. Mata dah beberapa kali menjeling ke dalam bilik sambil berpikir....'biler aku nak mengemas ni??' Soalan tinggal soalan.....baik layan perut yang dah berbunyi lagu MR SIMPLE....sebab aku sensorang tiap sabtu, menu tuk lunch aku pun mesti la simple.

Jom g dapur masak mende simple....moh kiteeeeee weh!!

- Tumbuk (3 bj bwg merah/2 bj bwg putih/5 ulas cili padi/sedikit ikan bilis)
- Tumis bahan2 yang di tumbuk tadi sampai naik bau...pecahkan telur
- Masukkan sayur kobis yang dah potong halus.
- Kacau lagi dan masukkan garam,ajinomoto,serbuk cili belacan sikit.
- Masukkan nasi putih balance malam tadi. Gaul gaul gaul........letak kicap 3-4 titik.
- Gaul...gaul.....gaullll. rasa sket...kalo oke bole la angkat..

Perut dah kenyang ni.....tapi masih melekat depan tibi n menghadap laptop. Nak buat ape plak eh lepas ni?? Nak kuo malasssss.. Tengok la petang nanti.

12 October 2011

Dah malam baru nak menghapdett?

Assalamualaikum.

acchoooooo...accchoooooooooo...srottttt srettttttt.....accchoooooooooooom
hishhh tak larat sungguh la nak kesat idung.dah merah rasa nye. silap2 ader orang kata aku pakai blusher kat idung....hambek koo...

skang ni aku terpaksa update blog di malam hari. kat opis blogger dah tak bole bukak secara berleluasa..kadang2 bole bukak blog tapi tak bole nak sign in. kalo dah tak bole sign in dan kompem la tak bole nak comment jugak kan? nak blogwalking???? humangaih.....nak bole bukak satu2 blog tu...ibarat cam lumba lari ngan siput vavis kan.....siput tu leh menang...camno tu???wakakakkaka

tak ada ape2 yang menarik pun nak di ceritakan hari ni....saje nak omong-omong kosong...lunch esok aku nak pegi Sunway Pyramid jap nak pegi cari costumes tuk halloween night. Minggu depan aku join treasure hunt ke Melaka anjuran opis. So, tema dinner tuk malam tu ialah 'HALLOWEEN NIGHT'.

Sakit gak kepala nk memikio costumes ape yang nak di pakai. Banyak pilihan tapi yang pentinggggggggg kene murah, tak membazir dannnn menutup aurat... Masih ada masa lagi ni nak pikir atau nak reka costumes sendiri....wakakkaak tetibe gitu nak jadi fashion designer. Sasaran esok ialah mencari topi yang muncung panjang tu atau mask. Murah2 sudah...mende nak pakai sekali aje kan..lain la kalo aku buang tebiat nak pakai topi ngan mask g opisss...uishhh haru biru tu nanti....hahhaha

nak tido dulu.nak pegi adjust bantal biar tinggi sikit.kang tak bernapasssss plak aku.
time2 camni la, rasa cam tak cukup dua lubang idung.
siannnnnnn oksigen. berebut2 nak masuk dalam salur pernapasan melalui saluran yang sempit.
acccccccccchooooooo k la...

assalamualaikum

11 October 2011

Laksa tomyam

Assalamualaikum.

Idung tersumbat, kepala pening, kerja banyak. Memang rasa cam nak mc on d spot jerrrrrrk. Tapiiii aku masih kuat...teruskan bekerja sebab Jumaat ni and Isnin depan aku cuti. Kene wat clearance dulu sebelum bercuti.

Ape nak makan malam ni.....? aku buat tomyam seafood, goreng ikan talapia tuk hubby and masak nasi. Untuk aku plak aku celur laksa ready made and makan dengan tomyam seafood. Senang citeee.




Hari2 makan tomyam pun aku sanggup....makanan yang tak akan aku jemu...tapiii sian plak hubby...mau muntah darah plak dia kang hahahhaha.

10 October 2011

Pokok rambutan dah mula mengeluarkan hasil

Assalamualaikum.

Salam Isnin semua.

Buah rambutan dah mula menampakkan hasil. Jadi petang Sabtu lepas, kitorang mengerjakan buah2 yang masak ranum hahhaha...Sambil makan rambutan, sambil mentelaah bergossip isu-isu hangat semasa ahakss.


Banyak semuttttttsss, ce korang amek kanta pembesar. Memang bole nampak betapa banyaknye semut yang menghuni kat buah rambutan ni. Sebab tu campak atas simen...Biar semut tu lari dulu...
Kalo bole tak nak dah termakan semutttt...Banyak dah mende yang aku lupe ni...Silap2 nama sendiri pun aku tak ingat nanti hahhahha.

07 October 2011

Budget 2012 -private sector??

Assalamualaikum.

Semua dah sedia maklum..rata2 budget 2012 lebih banyak beri kelebihan kepada warga kerajaan. Kenaikan pangkat, bonus setengah tahun gaji, tempoh pencen di tambah sehingga 60 thn dan macam2 lagi la...

As for private sector not as much as govt servant get. It's okay, I still can survive. For more list of 2012 budget, bole jugak refer sini.

Tapi kan, aku ada bukak FB and tengok ada la kawan2 which is govt servant yang tak bersyukur dengan apa yang diorang dapat. Antara omelan diorang yg aku baca:
- kenape tak naekkan gaji sama macam org keje swasta?
- setengah bulan aje? bagi la 2 bulan bonus.
- bla bla bla

Antara omelan yang keje swasta plak:
- best la dioranggggggggg...dapat bonus setengah bulan. naik pangkat lagik.
- walau gaji basic diorang rendah...tapi diorang ada banyak long term benefit. Tak macam swasta.
- nape la aku tak apply keje gomen sebaik aku lahir ke dunia ni....muahhahahaha

Pandangan aku???
Tak kisah la kerja gomen ke swasta ke janji gaji yang kite dapat tu berkat. Lebih2 lagi pekerja swasta ni di iktiraf base on their performance. There's no such thing, semua org akan dapat bonus. no no no....if you not perform u get nothing. Sebab tu bagi aku gaji yg pekerja swasta dapat adalah setimpal dengan usaha mereka dalam kerja.

Yea....kesimpulannya, aku bersyukur dengan kerja aku sekarang.  As long as, gaji yang aku dapat cukup untuk menampung segala macam koss yang tinggi sekarang ni.Kalau tak cukup?? Pandai2 la aku  nak cukupkan.

Laksa Pahang<--kenape laksa Pahang bukan laksa lemak??? ~suka ati aku la lalala~

Assalamualaikum.

Pale pening,gusar....risau..sebab ape?? Sebab kitorg di PAKSA bercuti...dah nak hampir ke penghujung tahun 2011, tapi cuti masih berbaki 19 hari. Camno tu? Bulan doblasss tak di benarkan ambik cuti sebab time year end closing....so bermula bulan ni n bulan depan....aku terpaksa list out leave plan aku....humangaih!! keje susah ni....(poyo jerrr). Sebagai permulaan...hari ni aku amik 1/2 day...hehehe kang kul 1 aku cabooooottt..

Balik keje semalam hajat hati nak ajak hubby g Midvalley sebab ada J.J card day. tapiiiiiiiiiiiiii dia balik keje lambatttttttttttttt....melepasssssssss aku nak menabung kat midvalley.

Sebab tak jadik pegi, aku eksaited la pikir menu dinner tuk malam ni..Antara yang ada dalam pale otak aku..(msk nasi+asam pedas ikan) atau masak laksa lemak(eeeuwww tak nak la sebut lemak...kang aku terasa lak)...laksa pahang yea saudara-saudari sekalian.Jadik....selepas berkira2...tolak,tambah,bahagi,darab....aku buat keputusan dinner malam ni ialah LAKSA PAHANG.....tetibe jeee rindu nak balik Pahang hikhikhik

Jom kite buat laksa.

Bahan-bahan tuk kuah;
- 4 ekor ikan selayang & 3 ekor ikan kembung (rebus and asingkan isi dengan tulang)
- 2 kpg asam keping
- bawang merah+putih+halia (Blend)
- 3 sudu besau lada hitam(terpulang la tahap ketahanan tekak korang)
- santan 1/2 biji
- daun kelsom/bunga kantan
 Cara-cara:
- Blender isi ikan dengan air rebusan ikan sampai hancur. Masukkan dalam periuk yang nak di masak.
- Blend tulang ikan dengan air rebusan juga dan tapis ke dalam periuk yg sama.
- Masukkan juga bawang2 & halia yang dah di blend tadi beserta santan.
- Senang citeee...ko kumpulkan diorg tu semua dalam satu periuk hihihi
- Bunga kantan jgn lupe potong dua dan masukkan sekali.
- Biarkan mendidih n kacau...kacau....kacau.....Masukkan serbuk lada hitam,garam,gula sket n daun kelsom.
Okeee siapppp!!!
Untuk laksa plak aku guna yang ready made tu...celurrrr je ngan ayooor panas..Siapppppp!!
Untuk hiasan:
- Telur rebus,limau kasturi,timun yang di racik halus,salad,kacang panjang.

Sambal
- 5 tangkai cili kering,rendam ngan ayorr panas.
- Sedikit belacan,garam,gula
- Blend cili ngan belacan.Letak garam n gula ikut kesesuaian tekak
Di hidangkan plak dengan air sunquick lemon....ooowhhh heavennnn!!!

Kejap jeee aku masak ni...Aku sampai umah dalam kul 7.15...rebus ikan dan siapkan semua bahan2 laen. Sementara tu aku gi solat...Ngam2 hubby balik,mandi n solat, dia g dapor tanya ape yang nak di tolong...heheheheheheheheh 'tolong asingkan ikan ngan tulang'.......
Kul 8.30 dah siapppp masak. Aku mandi dulu, solat isya'....kul 9 baru kitorg makan hahahahahah.

~eh.......nak cabooot dah la...tak payah tunggu kul 1 kott. Rasa cam dah lapooo ni...Nak balik mentekedarah plak....guling2 depan tibi....owhhhh bahagia nye......

Assalamualaikum..

06 October 2011

Dinner yang simple2 jeeeew ~ala2 roti subway gitu~

Assalamualaikum.

On da way balik keje semalam..puas aku memikio mende la nak masak malam nih. Walau bukan fulltime housewife pun, otak penat nak memikio nak masak ape... Buntu.....buntu...Patut la dedulu selalu gak dengar mak atau makcik aku merungut...'dah tak reti nak masak aper'...Biler dah kawen ni memang aku paham la perasaan mak and makcik aku hahahha.

So.....ape menu dinner malam ni???hehehhe mudah,simple dan mengenyangkan.oooppps tambah lagi satu, menggemukkan juga wakakakkaak.

Bahan-bahan nye ialahhhhhhhhhhhhhhhh:
- Roti gardenia
- sayur2an which is salad/tomato/timun (seb baek la stok kangkung/bayam/petola tak ade dalam aisbok..mau  semua pun aku taruk) muahahahah
- cheese slice
- sosej, kepingan ayam, telur putih (balance buat puff aritu) goreng dgn sedikit margerin atas dapur
- sos cili and mayonis

Dah siap goreng...hidangkan bahan2 di atas atas meja makan....panggil suami anda dengan panggilan yang manja.....contoh yeaaaa..

'ayangggggggggggggggggggggggggggg...meh la makan...ai masak sedap tau arini...makanan yang sihat gitu....'

Biler dia datang ke meja makan dengan nafsu makan yang berkobar2...sila cakap dengan lemah lembut..

'arini kite praktikkan style buffet ye...sila layan diri sendiri..ambik sendiri ape yang ayang nak makan...' <--- gituuuuu mudah keje bini mu arini hihihih


Hasilnya......

 Ni aku punye....penuh ngan sayur2an...harus la potong dua...nampaak ayu gitu..

 Ni hubby punyeeeee....kaya dengan sosssssssssssssss cili. sekali ngap ajeee dah tinggal separuh. ihihhihii

oooowh....makan roti ala2 subway ni harus di iringi dengan air lemon...pergh...nyaman jeee anak tekak aku.

* arini dah lepassss...esok balik keje kene piki lagi sekali nak masak ape......rasa cam nak hidang eskrim magnum aje tuk dinner sok muahahahahah...

05 October 2011

Wordless Wednesday

 /
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...