16 October 2011

Apam belang

Assalamualaikum.

Ahad lepas, aku buat apam belang. Geram sangat tengok kak ita buat, terus aku pun teruja nak buat jugak.
Tumpang copy paste ye:


APAM BELANG
by: Shamama

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (aku guna santan segar) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Dah siap di belangkan. Ready nak masuk periuk kukus.
Aku terlupa nak alas tutup periuk ngan kain. Dah berlubang-lubang aku nye apam. Macam permukaan bulan la pulak hahahah.
Tak berapa nak senonoh pembelangan yang aku buat kan!kan!

Puas hati dapat buat walaupun tak secantik apam belang kak ita buat hehehehe... yang penting hubby suka. Kitrg ambil 1/3 jer..yang lain aku bagi umah makcik2 aku. Cam biasa la, aku ni suka nak buat mende makan2 ni, tapi mulut dua aje kat umah ni. Harus la agih2 kan. Untung sape yang duk dekat ngan aku wakakakaka.

Insyaallah next time nak buat lagi. 

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...