17 October 2011

Apam polkadot dan ladybird

Assalamualaikum.

Hari ni aku ngan hubby cutiiii....Kul sploh lebih baru kuo umah nak selesaikan urusan kat LHDN. Harusss la manfaatkan cuti ni sebaiknya kan...Ape barang bangun awal-awal hahaha.

Sampai umah dalam kul 1 lebih, terus berehat2 depan tibi.Tuan umah malas nak masuk dapor jadi kitorang dah siap2 tapau lauk tengahari. Hubby plak cam tak sihat sangat. Bole masa nak keluar tol Sungai Buloh tu, dia nak muntah. Terpaksa rapat ke kiri sebelum tol tu.Kelam kabut aku carik plastik kosong. Seb baek ada plastik kecik satu. Ngam2 aku hulur kat dia......uwekkkkkkkkkkkkkkkkkss. abesss semua makanan bekpes dia keluarr. Ya ampunnnnnnnn...hubby aku ni peknen ke apeee?? hahhaha

Masa aku tengah taip ni pun dia duk tido...Sebabnye, lepas makan lunch tadi, dia muntah lagi. Ape yang tak kena ntah. Suh pegi klinik tak mau. Cam budak2 aje takutnya ayoyoyoyo. Tak pe, biar dia tido. Aku terus la ke dapur nak buat apam  ni. Kebetulan semalam pegi bakery beli barang2 nak buat apam and cake. Harus la melaksanakan sebab barang2 semua dah ada....seru  mengapam pun dah datang....moh kite weh!!

Resepi apam polkadot dan ladybird
Sumber: http://bakery2embroidery.blogspot.com/2011/06/apam-polkadot-versi-ladybird.html , kalo nak tengok step by step elok la jenguk blog Nuri ni.

3 bj telur (sejukkan dalam fridge)
275gm tpg gandum
220 gm gula halus (sejukkan)
150ml susu segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete (sejukkan)
filling (blueberry.strawberry) tak kisah ape jenis filling yang korang nak guna
pewarna (hitam/merah/biru)

- Telur/gula/ovallete (pukul dengan kelajuan maximum sehingga kembang dan bewarna putih)
- Masukkan susu dan tepung(ayak bersama baking powder) secara berselang seli dengan kelajuan minimum.
- Bila adunan dah likat, bahagikan kepada beberapa bahagian ikut berapa banyak kaler yang korang nak guna.
- Masukkan filling,adunan yang dah di warnakan ke dalam piping  bag.
- Picit adunan, fillling dan adunan semula. Kemudian picitkan laa dot dot dengan kaler yang laen. Isi sampai penuh yea
- Kukus dalam 10-15 minit aje. Jangan lama sangat, akibatnya kaler ladybirth aku dah jadi pudar. Sebelum tu aku ada jenguk periuk kukus, tapi dengan pandainya aku wat teori sendirik. Biau la lama sket. Akibatnya, ilang kaler merah ngan itam aku. Jadik kembang ajeee. Sebagai pengajaran, lepas tu ngam2 sepoloh minit terus aku angkat.
- Tips: jangan lupe balut penutup kukus ngan kain untuk elakkan air jatuh atas apam. *aku tutup ngan kain, tapi nape apam aku berlubang gak eh. Kat mana yang tak kena nye.

 Apam ladybird ni batch pertama yang masuk dalam periuk kukus,tu yang ader sedikit kecacatan di situ.
 Aku suka main ngan kaler. Duk imagine pegang berus sambil conteeng2 kertas lukisan.

 Yang posing dalam pinggan tu aku punya. Yang lain tu nak bagi makcik2 aku and kawan hubby.

Aku memang puas hati sangat2 dapat buat apam ni. Walaupun aku tak berapa suka rasa nya sebab rasa baking powder tu kuat sangat, tapi aku suka time nak decor apam ni. Penat, tapi berbaloi tengok apam ni jadik and orang2 yang aku bagi suka. Insyaallah lenkali nak buat lagi, and nak cube remove kan baking powder tu n ganti dengan tepung naik sendiri. Bole ker eh?? memandai aje aku ni.

10 comments:

  1. santek apam tu... susah x nak wat.. esp nak kuarkn dr periuk kukus tu.. panas

    ReplyDelete
  2. tak susah la....kan guna acuan apam yg kecik2 tu. biler dh masak tonggengkan aje...terus dia kuo sendiri. yang lenguh masa nak decor apam tu jeee..sampai teleng2 kepala

    ReplyDelete
  3. dah buat sekali ... letih-lenguh semua badan. tapi sedap makan!

    ReplyDelete
  4. mala,
    mmg lenguh tp puas hati sgt dpt buat...nk buat lgik n lagik n lagik

    ReplyDelete
  5. boleh saja diganti dgn tepung naik sendiri..lagi cantikkk...

    ReplyDelete
  6. oo ye ker ucu, bole la try nanti.

    ReplyDelete
  7. Comey.... kalau dah lady bird tu depan mata tak tergamak nak makan pasal comey sangat... heeee

    ReplyDelete
  8. lieya,
    ladybird ni ader sedikit kecacatan..jadik, tak pe kot telan dia hahahah

    ReplyDelete
  9. Aslmkum liemaopurut

    Mcm2 corak apam ada....mmg berbaloi bila menjadi..

    ReplyDelete
  10. mamasya wsalam,

    betul...satu kepuasan biler tengok hasilnye. penat belakang cite

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...