29 November 2011

Aku nak saman doktor tu patblas jutaaa

Assalamualaikum.

Pergh....memang agak kucar kacir idup aku lately. Banyak mende nak kene pikir. Nasib baik aku masih kuat nak hadapi semua nih.

Mak aku dah kuo spital semalam. Alhamdulillah. Kompem memang tak ader masalah buah pinggang tahap 4 seperti doktor bongek tu cakap. Wat kitorg adik beradik saspen aje..Kurang asam jawa punya doktor. Kalau aku saman doktor tu oke x??? Alaaa....nak wat style artis2 zaman sekarang. Tak puas ati aje saman...kan??

Lega aku...sangat2 lega.Harap Allah sentiasa berikan mak aku kesihatan yang baik. amin..

Aku masih dalam mode kepenatan. Nak memasak pun rasa malas. Plak tu keje kat opis tengah banyak. Lagi la payah nak update blog selalu.  Harap2 jangan la blog ni bersawang.

Oke la, aku nak study ni. Study ape??? Len kali aku citer heheheheh....aku suka sangat study mende alah ni.....la la la la la...

26 November 2011

Hospital Pakar Kuantan

Assalamualaikum.

Bersiaran dari bilik 219 Hospital Pakar Kuantan. Yea....aku balik Kuantan lagi hari ni. Mak masih di tahan di wad. Rasanya cam kitorg adik beradik nak bawak mak kuo kot esok. Tengok la camne.



Kitorang sampai dalam kul 3 tadi terus ke hospital. Balik kali ni ngan hubby, dua makcik aku and anak dia tasha. Ni nak gerak balik umah dulu. Petang kang datang semula lepak sampai malam.

23 November 2011

Cerita-ceriti

Assalamualaikum.

Sekembali dari bercuti dah kompem2 la kerja melambak2. Memang tak ader kesempatan pun nak update blog. Malam plak, lepas isya' layan tibi sekejap pastu tido. Ni pun update sebab ada masa terluang. Dari pukul 11 tadik server down. Nak buat ape pun tak bole.

Sabtu lepas, adik aku bawak mak pegi check up dekat Klinik Ar-Razi. Doktor tu kate mak aku nak kene lelah dan sakit buah pinggang dah tahap 4. Terkejut. Memang terkejut gilerrrr. Adik aku mintak doktor tu wat surat referal letter tuk masukkan mak aku ke Hospital Pakar, Kubang Buaya. Terus mak aku kene admitted. Sekarang ni dia masih di wad. Doktor bagi nebulizer dan beberapa ubat tuk keluarkan kahak dulu sebab dari Raya Haji lagi batuk mak tak baik2. Lepas tu baru nak check semula condition buah pinggang mak.

Tapi yang hairannya; adik aku kan keje kat klinik, dia bawak segala result dan x-ray tunjuk kat doktor tempat dia keje dan doktor tu kate actually mak aku punye buah pinggang masih di tahap awal. Bole di ubati dengan ubat. Haikkkkk??? aku pelik ni. Kalau betul la, camner doktor kat klinik Ar-Razi tu bole kata buah pinggang mak aku dah di tahap 4?? Suka suki jer. Mak aku pun tak ader menunjukkan kesan2 sakit buah pinggang.Tu yang kitorg serahkan kat doktor pakar plak nak check and maybe buat x-ray semula. Aku berdoa yang doktor mula2 tu tersalah. Harap2 nye la kan.

Patutnya hari Ahad tu aku dah kene balik KL sebab Isnin dah keje. Tapi rasa tak sampai ati nak tinggalkan mak aku. Tu yang aku amik emergency leave hari Isnin. Penat memang penat la. Pagi kemaskan rumah, basuh kain bla bla. Tengahari plak gi kat hospital. Lepak sampai petang, pastu balik. Malam kang aku datang lagi. Duk borak2 sampai kul doblas pastu balik umah. Tu la rutin aku dari hari Sabtu sampai hr Isnin. Memang penat yang amat sangat badan ni. Sebab tu semenjak aku balik ni, mana ada aku masak lagik. Aku suh hubby beli aje. Penat fizikal dan mental aku nih.

Harap2 esok lusa mak aku dah bole keluar la.Kalau masih tak keluar hospital, Jumaat malam ni aku balik lagi.

# Duk ulang-alik tengok mak aku sakit, skang ni aku pun dah batuk...suara pun dah serak. Cuaca pun kejap panas kejap ujan. Aku pun dah sakittttt!

17 November 2011

Kerusi roda beralih arah??

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bengkak kat kaki dah surut, jadi mak dah bole jalan walaupun slow. Sabtu ni nak kene wat medical check up nak confirm kan samada mak ada masalah jantung atau buah pinggang. Kalau ada, maybe kene admit ke hospital pakar. Harap2 tak ada la.

Memandangkan kerusi roda mak dah tak guna, ada plak makhluk2 kecil yang teringin dan suka nak naik kerusi roda. hahahhaha
 Kan!!! Kerusi roda umah nenek dah jadi kereta bergerak tuk diorang bergumbira.
Lagi bestttt...ada plak yang rajin nak menolak nye hahahhaha.....rajin tul si eby ni melayan budak 2 orang ni.

Malam semalam kan, adik aku Yati suh aku tido ngan shasha ngan kiera. Kitorang tido kat depan tibi berempat (aku, eby and 2 budak tu). Hambekkk ko. Memang tak lena la aku tido. Kejap2 kang kiera bangun terperanjat. Tepuk2 pastu dia tido semula. Tak sampai baper minit kakak nya pulak bangun, suh aku tepuk dia. Oke....aku tepuk 3 kali pastu aku tido.

Kul 4 pagi, kiera bangun lagi terkejut. Tepuk2 and tido. Kakak dia bangun lagi suh aku tepuk dia tido...warghhhh seksa nya. Dia duk menyelit sebelah aku. Konon2 senang la aku nak tepuk dia. Aiyoooo memang tak lena la tido. Cam gini ek rasanya jadik mak2 orang nih. Pengsan.

Tak sampai baper jam tido dah Subuh. Warh.........tengok cermin mata aku dah cam kene tumbuk. oemmmmgeee!!! Tak pe la. Malas dah aku nak tido. Lepas solat, basuh baju, wat breakfast nasi and mee goreng. Terus aku sambung lak rebus ayam tuk wat nasi ayam tuk lunch. Memang tak abes2 la keje aku. Saje masak sekaligus sebab aku plan nak bawak budak2 ni kuo jalan2. Lepas Zuhur kitorang kuo berjimba.

huarrrrrg..ngantuk dah ni. Malam ni aku nak tido ngan aman. Aku pass semula budak 2 orang tu kat adik aku. hahhahahahha harap2 tido ku lena malam ni...

16 November 2011

Dah selamat.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di Kg Pandan 1 pukul doblas lebih tghr tadik. Aku bertolak dalam pukul 9.45 pg berdua dengan adik sepupu aku,eby. Jalan dah kompem la lengang kan, memang best la aku pecut. Tu yang kejap jer dah sampai Kuantan.

Malam semalam aku sempat g pasar malam beli ketam dalam RM30 nak buat masak gulai lemak cili api dengan masak sambal. Sebabnya, aku tau sesampai ke Kuantan nanti memang kompem la aku jugak yang akan ke dapur memasak. Kaki mak aku bengkak, and doktor suspek ada masalah jantung. Sabtu ni kene buat rawatan susulan. Jadik mak aku bergerak naik kerusi roda la.

Sampai2 umaah, angkat barang aku terus tanak nasi, panaskan lauk ketam,goreng ikan dan goreng sayur kelayau. Alhamdulillah semua kenyang terbungkang dan terlentang ekekekeke.

Budak kecik 2 orang tu, adik aku yati amik lepas dia balik keje malam. Ni tengah galokkkk main.


Aku akan sibuk jadik surirumh beberapa hari ni. So, lambat sket la nak update.

14 November 2011

Mari Bergedel

Assalamualaikum.

Lagi nak dekat dengan tarikh balik kampung, lagi tak sabo aku. Buat kerja pun dah serba tak kena. Asik duk terbayang ajer budak kecik 2 orang tu. Ah sudah!!! dah kemaruk nak main ngan anak orang aku nih wakakaka. Sampai dapur pun tak berasap. Malasssssssssssssss.....

Kite citer pasal menu Raya Haji lepas ajer la. Aku buat Meehoon sup & soto. Salah satu bahan yang termaktub dalam soto tu ialah bergedel.Macam biasalah, kalu aku yang chef,dah kompem2 la bergedil tu ialah dalam versi ayam.Aku kan vegetarian iaitu tak makan daging lembu (ntah hape punye mazhab aku ikut daa). Tanpa berlengah masa mari kite mulakan cara2 tuk bergedel ahaksss.

Rebus beberapa biji kentang sampai lembut. Sejukkan dan lenyekkan kentang tu.

Rebus dada ayam yang di potong dadu sehingga masak dengan air yang sedikit. Sejukkan dan bole la di tumbuk sehingga halus. Kalau nak guna daging hancur pon bole juga. Tapi masa aku nak buat, dada ayam ni ajer yang ada..Boleeeee la jang.....

Beberapa ulas bawang merah/putih di racik halus.

Gorengkan dengan api yang sederhana. Memang wangi la bau bawang goreng ni.
Kalau ko adalah orang versi malas...bole jer pakai bawang goreg ngehngehngeh.

Mula2 tumbuk bawang goreng. Tak payah la beria sangat nak hancurkan. Biar dia pecah ajer.
Kemudian, potong daun sup ngan bawang halus2 dan gaulkan dengan bawang goreng tadik dalam mangkuk.
Perghhhh memang wangi giler bau.

Tumbuk daging ayam sehingga halus dan gaul kan sekali dalam mangkuk yang berisi daun sup/bawang & bawang goreng.
Tak lupe jugak masukkan kentang yang telah di lenyetkan. Gaul rata.

Gaul rata dan letakkan serbuk perasa, garam,gula sikit, aji(kalo nak letak la), lada sulah.
Time ni adik aku dah banyak kali masuk ke dalam mulut. Tak yah goreng pon tak pe kot..Camni pun dah sedap wakakakka.

Sesi menggentel. Punye la kedekut tuan tanah kedaung ni.. Kecik bebeno bergedel dia. Kononnya bole dapat banyak gitu.


Ni la hasilnya. Jenuh menggentel. Tu laaaaa..Kedekut sangat. Nak buat kecik konon.....Kan dah penat.

Sebab bergedel aku banyak kan, jadik aku pecahkan 2 biji telur. Pukul dan letak garam sikit.
Celupkan kedua2 belah bergedil ke dalam telur dan goreng dengan api yg sederhana.



Ni dia hasilnya. Sedappppp!! (harusla memuji sebab sendiri buat kan???  ;p)
Eh....yang tang itam tu adik aku punye keje....tang lawa aku buat...Gileee kejam punya kakak.

Tamatlah riwayat bergedil di hari raya. Lenkali bole buat lagi.
Pergh.....tengah terbayang betapa sedapnya biler di campakkan ke dalam mangkuk soto..Oh bergedil...oh soto...perut lapooooo weyh...

13 November 2011

Rambutan ohhhh rambutan

Assalamualaikum.

Nah!!!.....amek ko rambutan sebijik....Eh...tak nak??? Ker nak berbiji-bijik???


Gie amek sendiri atas pokok nu hehehe...

Pokok ni betul2 belakang umah makcik aku. Arwah atuk dulu yang tanam. Ada banyak lagi pokok rambutan. Ni cume salah satu darinya. Seksa nak amek kalau tak ada galah. Terpaksa hubby guna pencakar yang besi tu. Senang sikit nak tarik buah yang tinggi.


Yang ni rambutan merah. Tapi tak banyak lagi yang masak.
Ni la dia orang yang di pertanggungjawabkan tuk mengambil buah ihihihhi.
Nak suh panjat?? Nan hadooo....badan berat ekekekeke.Panjat tangga ajer la dia mampu.

Tak sabo gak nak tunggu buah cempedak ni masak. Sedap ni kalo goreng.
Macam dah terbau-bau ajer glrrrrp...

Ni dah kompem2 la keje aku. Kire oke la tukang kutip buah.Nak suh panjat?? Rasanya aku lagi berat dari hubby kot wakakakak...
Senang oooo kutip buah. Satu masuk plastik,dua masuk mulut....Agak2 baper banyak yang tinggal eh?? ;p


Dapat 3 plastik buah rambutan. Ekcelly, makcik aku suh jugak amek rambutan yang wane merah kat paya tu, tapi rasanye cukup la dulu. Lenkali plak amek. Lagipon tadi kelam kabut jugak sebab ujan,kilat dgn guruh. Risau ajer masing2 rentung kene kilat.

Yang ni tuk di makan.

Yang 3 plastik tu untuk bawak balik Kuantan hari Rabu ni. Makcik Noi aku la....Suh bawak balik sikit bg mak aku rasa..

Owh....aku kan di paksa clearkan annual leave. So, aku apply Rabu-Jumaat minggu ni. Balik kampung rehatkan diri sambil main2 ngan Shasha and Kiera. Macam biasa la. Aku balik bujang. Maybe bawak adik sepupu aku, ebby. Dia nak ikut aku balik katanya. 

Bulan ni memang rajin aku balik Kuantan. Minggu lepas balik sebab Raya Haji. Minggu ni balik sebab nak feeling bujang ekekeke. Minggu depan balik lagi sebab cousin aku kawin kat Temerloh. Yeahaaaa cuti2 Pahang.

12 November 2011

Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum.

Sejak tengok kat paper semalam, aku dah mula jatuh cinta dengan ini phone. Harini seharian aku duk google pasal Samsung Galaxy Note ni and buat comparison dengan other phone. Ternyata aku menyukai nye..

Samsung Galaxy Tab pun aku minat. Sebab tu aku kene pikir yg mana satu aku paling suka. Tak pe. Masih ada waktu dan masa tuk wat decision. Owh........aku sudah jatuh cinta dengan gadget ni....tulunnnnnnn tulunnnn!!

amik kat youtube

Breakfast dengan cucur bawang&ikan bilis

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu.

Warghhhhh...celik ajer mata pepagi tadi, hujan selebat-lebatnya. Memang best la tarik geboor(selimut) sambung tido....Tapi tu la kan. Bila mata dah selalu bangun awal, nak sambung tido semula pun payah.

Biler hujan2 camgini memang seksa nak kejut hubby bangun pegi keje. Punya la liat. Ya ampun, rasa cam nak simbah dia ngan air ujan aje hahahahha. Katanya tak pe pegi keje lambat sikit sebab hujan lebat ;p.

Aku celik mata terus basuh kain yang dah membuak2 dalam mesin basuh tu hihihhihi. Sambil tu wat breakfast cucur bawang dan ikan bilis beserta air teh o tuk aku dan milo susu tuk hubby.


*Tengah pikir ape yang aku nak buat arini.

11 November 2011

Ada apa dengan 11.11.11??

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat.

Aku dapat rasa yang most of blogger entry for today berkisar tentang nombor 11.11.11. Ada ape yer dengan nombor ni?? Kemungkinan besar, ramai yang memilih tarikh ni untuk berkahwin.

Kepada yang menyambut hari lahir pada tarikh cantik ni 11.11.11, aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR.

Buat ibu susuan ku yang menyambut hari lahir yang ke 63 thn hari ni ~
'Tenkiu amak for let me be part of d family'.

Lagi cantik kalao


11.11.11 11:11

10 November 2011

Entri khas:Apam polkadot&ladybird buat my frenz Noraslinda Suliman

Assalamualaikum.

Entri ni memang ku tujukan khas buat Linda yang sedang berusaha kerassss untuk buat apam polkadot tapi still tak menjadi (aku tau ko baca blog aku, sbb tu aku buat entry ni hahahha). Aku harap lepas ni jadik la apam polkadot ko eh. Oke, jom kite tengok lagi sekali camne nak buat.

Macam biasa, resepi aku refer blog NURI. Resepi asal korang bole refer blog Nuri, klik kat link tu.
Resepi ni aku ada olah and adjust sket ikut kesesuaian aku hehehe.

APAM POLKADOT DAN LADYBIRD

Bahan A
3 biji telur Gred B *sejukkan dalam fridge
220gm gula halus - sejukkn dalam fridge
1 tsp ovalatte

Bahan B
150gm susu segar *sejukkan dalam fridge
275gm tepung gandum + 1 tsp baking powder (ayakkan)
1 tsp baking Powder
* aku lagi suka gunakan tepung naik sendiri dan tak perlu letak baking powder*

Bahan2 Lain
Apa2 filling - aku guna filling blueberry/raspberry/kiwi
Kaler hitam, kuning, merah..(semua jenis kaler aku pakai wahahahha)


Cara2


1. Pukul Bahan2 A hgga putih & kembang dengan kelajuan maximum. Dia akan jd agak likat.
* tips:jangan pukul terlalu kembang dan lama, nanti adunan banyak lubang udara.


2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan


3.  Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hgga likat bg setiap kali dh masukkn tepung.
* aku letak sedikit esen vanilla.

*Tips: Kacau adunan dengan spatula untuk dapatkan hasil adunan yang berkilat.
*Pecahkan bubble yang muncul dengan lidi

4. Bahagikan adunan kepada beberapa kaler yang ko suka.

5. Sementara itu, ko susun bekas kuih lompang dan lapik dengan papercup saiz kecik.

6. Jangan lupe lapik penutup kukusan dengan kain bersih. Bole dah nak didihkan air waktu ni.

7. Picit separuh adunan ke dalam acuan. Kemudian picit filling.Dan tutup semula adunan sehingga penuh.
*Tips aku: Biasanya untuk decor ladybird, ambik masa lama sket compare to buat dot dot. Ape yang aku buat, aku picitkan adunan kaler merah hampir penuh cup dan last sekali aku picitkan filling. By the time aku nak decor satu2, sempatla filling tu jatuh ke bawah bukan ke dasar perut papercup hehehe.
8. Decor la ladybird ko mengikut ape2 bentuk pun. Jangan lama sangat mendeko tu eh.
9. Kukus dengan api yang sederhana dalam masa 10-15 minit. Jangan terlalu lama.

Oke....aku harap step by step ni membantu ko yea Linda.Let me know, kalo ko berjaya buat.
Aku nye apam yang mewah dengan inti. Nak makan sendiri mana bole kedekut inti kan...hihihi.

Owh....aku buat lagi apam ni masa Raya Haji hari tu. Buat dengan niat nak ajar adik aku, Yati dan nak bagi sikit ke rumah mentua, mak sedara hubby dan kakak2 iparku. Jom layan gambar2 apam polkadot dan ladybird pelbagai versi.

Sedih aku tengok.
Ader ladybird ni yang juling matanye, gara2 tangan adik aku yang keras nak pegang piping beg tu hahahaha.














SEMOGA KO BERJAYA EH LINDA MARTOPO hikhikhik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...