17 November 2011

Kerusi roda beralih arah??

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bengkak kat kaki dah surut, jadi mak dah bole jalan walaupun slow. Sabtu ni nak kene wat medical check up nak confirm kan samada mak ada masalah jantung atau buah pinggang. Kalau ada, maybe kene admit ke hospital pakar. Harap2 tak ada la.

Memandangkan kerusi roda mak dah tak guna, ada plak makhluk2 kecil yang teringin dan suka nak naik kerusi roda. hahahhaha
 Kan!!! Kerusi roda umah nenek dah jadi kereta bergerak tuk diorang bergumbira.
Lagi bestttt...ada plak yang rajin nak menolak nye hahahhaha.....rajin tul si eby ni melayan budak 2 orang ni.

Malam semalam kan, adik aku Yati suh aku tido ngan shasha ngan kiera. Kitorang tido kat depan tibi berempat (aku, eby and 2 budak tu). Hambekkk ko. Memang tak lena la aku tido. Kejap2 kang kiera bangun terperanjat. Tepuk2 pastu dia tido semula. Tak sampai baper minit kakak nya pulak bangun, suh aku tepuk dia. Oke....aku tepuk 3 kali pastu aku tido.

Kul 4 pagi, kiera bangun lagi terkejut. Tepuk2 and tido. Kakak dia bangun lagi suh aku tepuk dia tido...warghhhh seksa nya. Dia duk menyelit sebelah aku. Konon2 senang la aku nak tepuk dia. Aiyoooo memang tak lena la tido. Cam gini ek rasanya jadik mak2 orang nih. Pengsan.

Tak sampai baper jam tido dah Subuh. Warh.........tengok cermin mata aku dah cam kene tumbuk. oemmmmgeee!!! Tak pe la. Malas dah aku nak tido. Lepas solat, basuh baju, wat breakfast nasi and mee goreng. Terus aku sambung lak rebus ayam tuk wat nasi ayam tuk lunch. Memang tak abes2 la keje aku. Saje masak sekaligus sebab aku plan nak bawak budak2 ni kuo jalan2. Lepas Zuhur kitorang kuo berjimba.

huarrrrrg..ngantuk dah ni. Malam ni aku nak tido ngan aman. Aku pass semula budak 2 orang tu kat adik aku. hahhahahahha harap2 tido ku lena malam ni...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...