14 November 2011

Mari Bergedel

Assalamualaikum.

Lagi nak dekat dengan tarikh balik kampung, lagi tak sabo aku. Buat kerja pun dah serba tak kena. Asik duk terbayang ajer budak kecik 2 orang tu. Ah sudah!!! dah kemaruk nak main ngan anak orang aku nih wakakaka. Sampai dapur pun tak berasap. Malasssssssssssssss.....

Kite citer pasal menu Raya Haji lepas ajer la. Aku buat Meehoon sup & soto. Salah satu bahan yang termaktub dalam soto tu ialah bergedel.Macam biasalah, kalu aku yang chef,dah kompem2 la bergedil tu ialah dalam versi ayam.Aku kan vegetarian iaitu tak makan daging lembu (ntah hape punye mazhab aku ikut daa). Tanpa berlengah masa mari kite mulakan cara2 tuk bergedel ahaksss.

Rebus beberapa biji kentang sampai lembut. Sejukkan dan lenyekkan kentang tu.

Rebus dada ayam yang di potong dadu sehingga masak dengan air yang sedikit. Sejukkan dan bole la di tumbuk sehingga halus. Kalau nak guna daging hancur pon bole juga. Tapi masa aku nak buat, dada ayam ni ajer yang ada..Boleeeee la jang.....

Beberapa ulas bawang merah/putih di racik halus.

Gorengkan dengan api yang sederhana. Memang wangi la bau bawang goreng ni.
Kalau ko adalah orang versi malas...bole jer pakai bawang goreg ngehngehngeh.

Mula2 tumbuk bawang goreng. Tak payah la beria sangat nak hancurkan. Biar dia pecah ajer.
Kemudian, potong daun sup ngan bawang halus2 dan gaulkan dengan bawang goreng tadik dalam mangkuk.
Perghhhh memang wangi giler bau.

Tumbuk daging ayam sehingga halus dan gaul kan sekali dalam mangkuk yang berisi daun sup/bawang & bawang goreng.
Tak lupe jugak masukkan kentang yang telah di lenyetkan. Gaul rata.

Gaul rata dan letakkan serbuk perasa, garam,gula sikit, aji(kalo nak letak la), lada sulah.
Time ni adik aku dah banyak kali masuk ke dalam mulut. Tak yah goreng pon tak pe kot..Camni pun dah sedap wakakakka.

Sesi menggentel. Punye la kedekut tuan tanah kedaung ni.. Kecik bebeno bergedel dia. Kononnya bole dapat banyak gitu.


Ni la hasilnya. Jenuh menggentel. Tu laaaaa..Kedekut sangat. Nak buat kecik konon.....Kan dah penat.

Sebab bergedel aku banyak kan, jadik aku pecahkan 2 biji telur. Pukul dan letak garam sikit.
Celupkan kedua2 belah bergedil ke dalam telur dan goreng dengan api yg sederhana.



Ni dia hasilnya. Sedappppp!! (harusla memuji sebab sendiri buat kan???  ;p)
Eh....yang tang itam tu adik aku punye keje....tang lawa aku buat...Gileee kejam punya kakak.

Tamatlah riwayat bergedil di hari raya. Lenkali bole buat lagi.
Pergh.....tengah terbayang betapa sedapnya biler di campakkan ke dalam mangkuk soto..Oh bergedil...oh soto...perut lapooooo weyh...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...