09 November 2011

Mee kari ketam, Shah Alam (JJCM)

Assalamualaikum dan selamat petang Rabu.

Gara-gara tengok jalan-jalan cari makan kat TV3, aku selalu spot tempat2 makan yang dekat n berbaloi untuk di cuba. Masa aku tengok JJCM aritu, aku tertarik dengan kedai MEE KARI KETAM yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Abis ajer citer tu, terus cakap kat hubby nanti kite pegi makan kat sini tau!!! Nampak sedap ajer ketam nye. Murah plak tu.

Nak dijadikan citer, lepas aku merayap kat Daiso aritu, aku terus ajak hubby pegi Shah Alam makan mee ketam. Address nya aku dah siap2 simpan dalam hp. Senang kalau emergency case.hahahha pasal makan pun emergency case gak ker??? ;p

Tak susah la jugak nak cari kedainya since dulu kan aku belajar kat Uitm Shah Alam. Yang penting kene lalu depan pintu masuk Uitm dan pangsapuri Baiduri. Nanti jumpe la kat deretan kedai2 makan kat situ.
Ni la kedainya. Patut la dalam internet dia kata first come first serve. Sebabbbb tempat duduk nya tak banyak.
Antara menu utama kedai ni

MEE KARI KETAM RM4
MEE HOON SUP KETAM RM4

tambahan ketam:
+ ketam kecil RM3
+ ketam biasa RM4
+ ketam besar RM5
+ ketam XL,XXL, nipah RM6/7/8/9-18

Mee kari udang galah RM8-15 *mengikut stok
Nasi putih + kari ketam RM6
+ sup ketam RM6
+ kari udang galah RM7-15

Ketam masak cili/Black pepper +RM3

 
Teruja gileeer aku tengok udang galah ni kat kaunter. Yang ni katanya sekilo RM15

Ni diaaa mee kari ketam yang aku ngan hubby order. Rupanya mee kari yang harga RM4 itu hanya mee kari semata-mata yea. Tak termasuk ketam seperti gambar kat atas ni. Kena order tambahan ketam baru la dapat macam kat gambo tu. Aku ngan hubby add ketam biasa yang RM4 tu. Kira semangkuk mee kari ketam kitorang ialah RM8 hihihihi.

Khusyuk masyuk cik abang ni makan ketam. Kejap pakai sudu garpu...kejap kang pakai tangan.

Erk...licin sudaaaaaaa...sedapppp la weh.

Ni la suasana kedainya. Ngam2 masa kitorang sampai hujan turun selebat2 nya. Pelanggan pun tak adalah penuh mana. Biler hujan dah redha, orang dah mula ramai. Kat dinding kedai ni penuh ngan gambo majalah2 yang telah promo kedai ni termasukla cenderahati dari JJCM tu.

Alamat penuh kedai:
MEE KARI KETAM
NO 11, KOMPLEKS ANJUNG 7,
JALAN ZIRKON B 7/B,SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM
SELANGOR.

psssssssst: sebelah kedai ni kan ada kedai MEE BANDUNG UDANG GALAH (kalau tak silap aku la)..
dengan tak malunya aku ajak hubby lompat ke kedai sebelah lepas makan mee ketam hahahha. dia kate next time la.....jgn tamak...hhohoo aku ni mmg tersangat la sensitip kalo ternampak seafoood. keterujaan tu lebih sketttttt..

1 comment:

  1. Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)

    Rakan niaga kami di Shah Alam

    Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...