17 April 2012

Kek karamel

Assalamualaikum wbt.

Berjaya jugak projek membaking aku arini. Itupun agak lambat nak mulakan. Tapi tak kisah lah kan, Janji hajat aku nak buat kek ni dah tertunai. Dah ramai yang buat kek ni, kira aku ni agak kebelakang la. Bukan ape, nak bolehkan seru tu sampai agak lama la ngehehe.

Pape pun aku amat berterima kasih dengan nuri dan kak azlita , yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu cara-cara nak buat kek karamel ni. Step by step oke. Kagumsss sangat. Terima kasih jugak kepada Munirah Baharum penyumbang asal resepi kek karamel ni.

Cakap banyak pun tak guna. Jom kite buat. Kali ni aku pun rekod jugak step by step untuk kesenangan aku di kemudian hari he he he.


KEK KARAMEL

Resepi asal : Munirah Baharum
Sumber rujukan : Nuri & Kak azlita

1. Gula Hangus
 2 sudu besar gula pasir
- tabur gula dalam loyang 8 inci (aku tibai ajer loyang yang ada, janji muat masuk oven) dan masak atas dapur dengan  api yang perlahan.
- biar gula hancur sehingga menjadi keperangan. *Jangan sampai hangus plak.
- ratakan gula di dalam loyang. Biarkan sejuk dan ketepikan.
- nanti bila dah sejuk dan keras, gula ni akan retak macam gambar di atas.

2. Puding Karamel

1/2 tin susu cair
70gm gula castor
3 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanilla


- a) kacau susu dan gula hingga larut.
- b) dalam bekas yang lain, kacau telur dan esen vanilla secara perlahan.
- satukan a+b, dan kacau perlahan sahaja.
- tapis campuran a+b tadi ke dalam loyang gula hangus. Ketepikan.

3. Adunan kek

Bahan A
3 biji kuning telur
45ml minyak
135ml air
70gm gula castor
- menggunakan mixer, pukul telur kuning + minyak + air sehingga gebu.

- kemudian, masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga naik sekali ganda seperti gambar di atas.

Bahan B
140gm tepung gandum
1 tsp baking powder
- ayak tepung gandum +baking powder.
- masukkan tepung yang di ayak ke dalam bekas bahan A (seperti di atas).

 - masuk sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga semua nya bergaul rata.
- ketepikan.

Bahan C- meringue
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 tsp krim tar tar
- *Sebelum mulakan bahan C , pastikan semua bahan dalam keadaan kering. Pastikan juga tiada sedikit pun kuning telur termasuk dalam putih telur. Nanti kalau meringue tak jadik, sendiri jawab la eh.*
- menggunakan mixer, pukul putih telur hingga berbuih (seperti gambar di atas).
- kemudian, masukkan gula dan krim tar tar.
- teruskan memukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan kental dan kaku.

 - yang ni di katakan meringue dah bertanduk. kalau kita terbalikkan bekas, adunan tak kan jatuh.

 - masukkan separuh dari adunan meringue ke dalam adunan tepung tadik (bahan A+B),
- gaul rata secara kaup balik.
- kemudian, masukkan kesemua baki adunan meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik.

 - pastikan adunan di gaul dengan sempurna.
- kacau perlahan sahaja.

* sekarang, boleh la panaskan oven 170c selama 10 minit (gunakan api bawah sahaja)

 - bahagikan adunan(sama banyak) kepada seberapa banyak bahagian yang korang suka.
- aku buat 3 bahagian dan letakkan pewarna purple+pink+biru.

 - tuangkan adunan kek 3 kaler secara berselang seli ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi.
* masa mula2 tuangkan adunan ni, aku ingatkan adunan kek kaler ni akan tenggelam dalam adunan puding tu, rupanya dia terapung. ha ha ha memang best giler. probably sebab adunan kek kita mengandungi minyak ;p *

 - tuang adunan berselang seli sehingga habis.
 - kemudian, lorekkan adunan dengan lidi.

 - masak kek secara steam bath, iaitu letakkan loyang kek ke dalam loyang lagi besar yang mengandungi air panas.
- ngam2 korang siap buat semua di atas, *ting* oven dah sedia untuk di gunakan.

 - turunkan suhu oven ke 160c selama 1 jam dan gunakan api bawah sahaja.
* elakkan dari membuka pintu oven untuk mengintai he he he

 - lepas 1 jam, hambek ko. macam di pam-pam kek nye.
- cucuk kek dengan lidi. Bila kita tarik lidi keluar, tiada apa yang melekat, maksudnya dah masak la tu.
 - bila dah masak, jangan terus keluarkan kek. Biarkan dia sejuk dengan cara merenggangkan sedikit pintu oven.
 - bila dah sejuk, kek yang naik bagai di pam-pam tadik dah turun semula ke paras yang normal ha ha.
- boleh nampak, bahagian tepi loyang akan renggang dengan sendiri bila dah sejuk.

- terbalikkan kek dan biarkan kek turun dengan sendiri.
* bahagian bawah karamel tu basah sikit la. ade sesape tau camne nak elakkan kek tu basah?*
- simpan dalam peti sejuk. lagi sedappppp.

 - balik kerja tadi, hubby tak sabar nak rasmikan.
- seb baek dia kata sedapp. lenkali bole buat lagi ngeheheh.

untuk semua yang datang berkunjung, ambek la sepotong he he he.


15 April 2012

Penattttt

Assalamualaikum wbt.

Pukul 9 mlm tadi baru sampai Sungai Buloh. Kitorang balik kampung hari Jumaat malam. Petang tadi dah balik semula ke sini. erghhhhhh sekejap sangat rasanya. Tak puas langsung balik kampung he he he.

Sebelum balik petang tadik dah makan nasi. Jadi malam ni dinner, goreng keropok lekor ajer la. Alhamdulillah kenyang. Mata dah ngantuk. Nak tido dulu la walaupunnnn esok cutiiii he he he. Esok rasanya cam nak membaking. Tapi semuanya bergantung pada tahap kerajinan he he.


K....selamat malam semua ;p

10 April 2012

Pavlova in da house yoooo!!

Assalamualaikum w.b.t

Rasa-rasa nya semua dah lunch kan?? Alhamdulillah. Boleh la sambung tido oppppss kerja. Lepas lunch ni aku agak free memandangkan aku pulun abes buat kerja pagi tadi. Sampai keluar lunch pun lewat. Oke. Bila yang penting dah siap. Boleh la wat mende bukan-bukan kejap he he he.

Pavlova ni dah lama aku teringin sangat nak buat. Nak beli, rasa cam kedekut sangat duit. Sebab aritu, member opis pegi makan dekat Restoran Serai, Empayar Gallery and diorang mintak pavlova as a dessert. humangaih mahaiiinye. Sepotong dalam RM14.++. Bagi orang kedekut cam aku, baek la aku buat sendirik ngehehe. Tapi berbulan jugak la nak bolehkan aku buat.

Nak dijadikan cerita, 3 minggu lepas aku pergi bercuti ke cameron highlands ngan hubby. Jadi banyak la stok buah strawberry aku beli. Herm....ini lah masa yang sesuai tuk buat pavlova. Mari kita mulakan.

Resepi amek kat blog irma . Bertuah sangat sebab irma siap bagi tips lagi dari start kita nak buat sampai lah terhasilnya pavlova. Alhamdulillah menjadik la jugak ;p.

Irma, mintak halal nak kopipes yerk. Nanti senang nak wat rujukan di masa akan datang.

Resepi Pavlova.
Sumber rujukan : irmadilondon.blogspot.com
 
Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanill

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


* satu adunan pavlova tu aku bahagikan dua. Sebab tu nampak kecik ajer ai punye pav ngehe. Bila dah kecik, masa memasak pun aku kurangkan ke 30-40 min.

Pavlova with whipping cream as a topping,kiwi+blueberry+strawberry+hersheys choc
(pakej yang cukup lengkap tuk menggemukkan badan ;p)

09 April 2012

Sakit kepala yang di sebabkan wiper kereta heh?



Assalamualaikum.

Sambil wat keje petang2 ni sambil tengok hujan kat luor yg lebat. Hermm kalau dah ujan ni, konpem petang kang jem. Kalau jem ajer ujan. Camno tu??? ;)

Teringat citer pasal jumaat lepas. Kebetulan petang jumaat tu hujan lebat. Ngam-ngam nak pukul 6 tu, hujan dh slow sket. Macam biasa, elok aje aku keluar dari parking, aku on kan la wiper kereta aku. Sekali 'krakkkkkk'. Hoh!!wiper aku tercabut woiiiii. Yang sebelah driver lak tu. Aku terus panik sambil duk memikir camne ni??? Nak berhenti kereta tengah banyak. Aku teruskan drive smbil cari tempat yg sesuwai tuk berhenti.

Dalam pada tu,aku kol hubby. (oppppps mntaak maap encik polis,saya terdesak u). Dia pun kebetulan baru sampai umah. Aku trrus citer kat dia dari a to z kat dia. Dia ngan selamba badak nye duk ckp,berhenti la kat tepi dulu. Pasang semula wiper tu. Aku ckp,mmg la tgh cr tmpt sesuwai nk berhenti. Aku ckp lagi yg aku x gheti nak pasang wiper tu. Dia suh aku tengok wiper kt sebelah tu wat contoh. 'hermmmm yea lah'.

Nasib baek ujan tak lebat masa aku duk menonggeng nak pasang wiper tu. Tapi kan.....uwaaaaaa x bole pon. Lama gak la aku duk try and error. Pon tetap x bole jugak. Makin bertingkat-tingkat kecuakan aku. Waktu tu terus rasaa cam,awat bodo sangat aku nih. Pasang wiper yg senang pun tak gheti. Dari cara hubby explain tu cam mudah aje.

Sambil tu aku pandang gak kiri kanan,kot2 ada jejakA ke jejaki  ker yg nak berhenti tolong. Harammmmmm tak ade. Penat mak posing seksi2 nyahhh sambil pegang wiper ngehehe.

Masuk kete,aku kol hubby semula. 'yanggggggggg....x bole pun.camne ni??? Hubby suh drive balik slow2 memandangkan ujan dah tak lebat. Ajer gilerrr nak bawak slow???? kang di buatnye tetibe ujan lebat, tak ke haru??? Harus la aku memecut.

Alhamdulillah smp umah dgn selamat. Walaupon ujan x lebat tp titisan air tu berjaya wat aku sakit kepala. Aku ni sensitip sket kalo tengah bawak kereta ada gangguan kat cermin. Memang migrain mudah datang menyerang. Kadang2 wiper yg bergerak tu pun memeningkan aku. Ntah hape-hape kan???

Sampai umah,keluar kereta terus tunjuk wiper yg tercabut tu kt hubby. 'lor.........mmg la x bole pasang yanggggg,dah patah'. *glrpppppp*. Maknanya buang masa aje la aku duk tertonggeng dlm keadaan seksi tadik???huh.

#malam tu,keluar pegi cari new wiper. Tukar sekali ngan lampu dalam kereta. Melayangggg namploh hinggit.

Posted via Blogaway

31 March 2012

Sarapan apeee??



Assalamualaikum.

Entah ape mimpi. Biasanye kalau hari sabtu, potensi utk bangun lambat adalah sgt tinggi hehehe. Camne ntah arini trbangun awal. Celik mata trus wat bekpes tuk hubby. Lepas hubby g keje,bole plak aku beria nak mandi pagi(dah la hujan lebat). SkNg ni tgk duk ngadap internet sambil tgk kartun.

Sangattttttt bahagia.

Posted via Blogaway

03 March 2012

Apam mekarku mekar semekar mekar nyeee ;p

Assalamualaikum.

Malam semalam lepas balik keje, terus kelentung kelentang kat dapor masak spaghetti tuk dinner. Menu ringkas ajer. Janji dapat makan hahahaha.

Lepas siap makan, terus susun barang2 nak wat apam mekar. Owh..lupe nak cakap. Aku dapat tempahan dari budak opis 350bj apam mekar tuk kenduri pertunangan adik dia hari ni. Di sebabkan dia nak datang amek pagi dalam kul 9, jadi aku terpaksa la buat malam. Kalau tak memang x sempat la nak deliver on time.

Kebetulan jugak harini, makcik noi aku nak balik Puchong sebab nak buat kenduri doa selamat untuk kakak ipar dia, Wak Mi. Rupanya dah lama Wak Mi menderita sakit kanser payudara. Tapi dia diamkan ajer dari anak2. Baru2 ni ajer semua orang tau sebab dia punye kanser dah pecah. Makcik noi aku kata sampai tahap daging dah jatuh. Muka dah pucat. Badan dah susut. Sedih aku dengar. Anak2 paksa dia pegi hospital, tapi dia tak nak. Katanya kalau masuk hospital dia akan terus mati. Sebolehnya dia nak mati kat rumah. Aku dengar citer makcik aku pun aku dah nanges.

Insyaallah, kalau x de aral esok nak pegi melawat Wak Mi. Bole kata aku pun agak rapat dengan keluarga Wak Mi jadik aku buatkan sekali apam mekar  tuk kenduri doa selamat utk dia harini. Makcik noi ade jugak ajak aku pegi tapi hubby keje arini. Lagipun nak drive ke Puchong tu bukan nye aku tau jalan ;p.

Berbalik pada citer apam ni, aritu aku dah buat apam ni. Tapi tak berapa nak mekar. Kalo nak resepi refer kat sini yer. Sebelum aku buat kali ni, aku sempat la tanya google, petua petui yang betul. Pastu terjumpa la plak blog cendanakasih ni, yang bestnya dia siap bagi petua lagi macam mana nak kembangkan apam mekar ni. Sila lah jenguk blog dia eh. Selalu jugak Cendanakasih ni buat apam.

Petua nya: saya kopipes kat sini yer cendanakasih. Mintak halal ;p


tips agar apam menjadi dengan cantik
1. telur dan susu jangan ambik terus dr peti ais. Biar pada suhu bilik dulu
2.pukul telur dengan gula sampai betul2 kembang dulu - macam buat kuih bahulu
*aku buat, pukul putih telur sampai jadi meringue dulu, pas tu baru masukkan gula, pukul lagi kemudian baru masukkan kuning telur.
3.kukus dengan api yang besar (air panas tu menggelegak)



 sukeeee.....kembang semangkuk...eh bukan. kembang bermangkuk mangkuk hahaha

 Ni la kesemua 5++ bj apam mekar yang dah siap di packing.
Yang ni tuk kenduri umah Wak Mi. Semoga Wak Mi tabah mengharungi dugaan dari Allah ini.

~Aku start buat apam ni kul 8 mlm sampai kul 3.50 pagi. Sakit gileeeeeeer pinggang. Rasa cam nak patah ajer. Konon nye lepas deliver apam nak sambung tido. Tapi nan hadoooo. Mata tak ngantuk dah. Tu yang semangat nak update blog hahahaha.

01 March 2012

Mee kari ketam

Assalamualaikum.

Mee kari ni aku buat dah beberapa minggu lepas. Lama sangat dah. Picture nye pon da lama siap upload kat draft. Tapi dari sehari ke sehari tak gheti2 ape mende nak tulis. Tiap kali bukak blog, aku pandang ajer kat gambo2 ni. Cam tak ader perasaan bersalah pun ;p.

Lepas lunch tadik, mata ngantuk ya amat. Apalagi, dengan selamba badak nye aku amek bantal kecik aku pastu aku tido jap. hahahhaha. Bos tak nampak sebab aku terlindung disini. Lena la jap dalam 5minit. Bangun2 ajer rasa cam pala otak berpinar. Tetibe ajer rasa nak update blog. kihkihkih

Meh aku share resipi  mee kari ketam versi aku
Bahan-bahan:
- ketam 4 ekor (tak kisah ketam saiz ape pun, janji nama nye ketam)
- 3 ulas bwg merah/3 ulas bawang putih/halia/cili kering@ cili serbuk/3 sudu rempah kari daging*(blender)
- beberapa biji halba
- santan dari 1/2bj kelapa
- fishcake(potong nipis)/fishball(nak potong ke tak nak ker terpulang la ;p)
- asam keping 1
- sayur sawi+taugeh (celur)
- limau nipis
- bawang goreng
- mee kuning sepeket
- daun kari (aku terlupa nak beli)

Cara-caranya:
- Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Tumiskan bahan2 yang di blender * sehingga betul2 masak.
- Campakkan halba dan tumis lagi. Wangi......wangiiii hehehe
- Masukkan santan, bila menggelegak masukkan pula fishcake/fishball/ ketam/asam keping.
- Letak perasa(garam/gula) dan siapppp.

Bila nak makan, baru la masukkan segala macam aksesori (sayur/bwg greng) dalam mee. Jangan lupe perah limau. Bersedia tuk menambahkan lemak di dalam badan ekekekeke.



Mata ngantuk lagi nih. Agaknya kalau aku tido barang sejam dua oke tak?? hikhikhik silap2 bos besar datang kejutkan aku ;p

Spesies ikan apakah ini???



Assalamualaikum.

Malam semalam,pas balik dr shopping brg dapor kat carrefour, aku singgah kedai runcit 24 jam yg selalu aku pegi tu. Berhenti nk beli cili kering gitu. Bole??? Barang2 kat carrefour x begitu memuaskan hati aku. Tak meriah. Ni semua salah hubby. Aku lebih suka pegi giant atau tesco utk shopping. Banyak pilihan. Semalam rasa terseksa sangat nak membeli huh.. Sayur cm ade  tak ade jer. Arggggh kire x puas ati la.

Sebenornye nak cite yg masa aku berhenti kt kedai runcit ni, aku terpandang ikan warna biru ni. Apalagi, terus aku kuo phone snap2 picture ikan pastu lambai hubby dlm kete suh kuo. Dia pon pelik tgk ikan kaler biru. Masa aku snap picture tu,budak kedai tu dh gelak2. Aku pandang dia dan sengih. Aku tanya la 'ape nama ikan ni dik?'

Dia tak jawab, tp terus g kat kaunter tanya kat bos dia nama ikan tu. Sambil datang kt aku dia trsengih2.

Dia: Kak,ni namanya ikan bunga.

Aku: hah???ikan bunga??? Tak macam bunga pon, dik?? Sure ke bole makan ni??bukan ke ikan lawa camni patutnye duk kt aquarium???hihihi

Dia: bole makan kakkkkkk. Ni kali kedua kami jual ikan ni. Isi dia sedapppppp.

Aku: takpe la dik. Akak tanye aje. Tak sanggup nak makan sebab ikan ni lawa. Tak sampai ati. Huhuhu

Posted via Blogaway

22 February 2012

Apam Mekar yang mekar separuh ajeee

Assalamualaikum.

Dari bulan ke bulan nak try resepi apam mekar ni. Tapi asik duk tangguh ajer. Last2 semalam, terbukak pintu hati aku nak buat. Kebetulan plak semua bahan2 nye ada. So, apa tunggu lagi. Jom mengapam.

Resepi ni aku amik kat My Resepi @ rossitamz. Menurut rossitamz, resipi asal adalah dari blog kak Hanieliza. Sekali tengok terus tertawan nak buat hehehe. Mintak izin copy+paste kat sini yea kak Hanieliza, sy adalah amat malas untuk taip semula resepi ;p.
Jom kite tengok apa yang di perlukan :-

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Ini adalah sebahagian apam yang malu-malu untuk mekar. Sikit ajer dia senyum.
Yang ni plak sebahagian lagi yang tak nak langsung tersenyum. Nape ntah. 
Mereka berposing bersama-sama.



Apam yang warna coklat tu aku letak chocolate emulco. Hermmm rasanye agak sedap. Ternyata apam mekar ni lagi sedap dari apam polkadot hehehe. Lembut dan gebusss aje. Aku makan 3 biji jerk, pastu hubby pun amek beberapa biji. Yang laen semua aku bagi kat jiran sebelah umah, tuan umah, makcik aku n budak2 opis aku. hahahah buat sebab teringin nak buat. Bukan nak makan sangat pun. Aku kan diettt(mata ke atas tangan ke dada hahahah).

Budak2 opis aku suke...diorang la yang kate apam ni lagi sedap dari apam polkadot. Yang bestnya lagi, tadik aku dapat tempahan 350 biji dari opismate. Katanya untuk mjlis pertunangan adik dia minggu depan. Herm, tak sabar aku nak ngerjakan apam ni lagi. Tapi sebelum tu aku nak prektis mengembangkan senyuman apam ni dulu. Tadik dah google cara yang betul. Nanti biler dah jadi baru aku citer eh.

Ok daaaaa....nak tidon dulu. 

09 February 2012

Mentarang

Assalamualaikum.

Aku beli menatang mentarang ni masa aku jalan-jalan abeskan minyak ngan hubby Sabtu lepas. Sepanjang jalan kat Sungai Besar tu ada jual mende alah ni. Disebabkan aku tak pernah makan dan teringin nak mencuba , aku beli la dalam sekilo RM14. Yang ni saiz besar sikit.


Biler dengan kulit nampak banyaaaaaaaaak sangat. Sekali dah bersihkan dan di buang kulit, humangaih cinonet ajer isi nyer..

Ooooh, kan tadi aku kata ni pestaim kan aku nak makan mende ni. Jadi sebelum aku nak bersihkan, haruslah google dulu macam mana nak bersihkan mentarang ni. Bukak youtube tak ada pun cara-2. Pastu google plak 'cara membersihkan mentarang'. Ada la beberapa blog yang ajor cara nak bersihkan. Okey!! rasa cam dah pandai ni. Off lappy terus ke dapur nak masak gulai lemak cili api mentarang.....

Arrrgh ku ingatkan senang ajer nak cuci. Susah gak eh. Aku main kopak ajer kulit mentarang tu hehehhe. Sekali kulit dia rapuh derrrr... Siap lekat plak tu kat dalam isi. Satu keje plak la aku nak kene google kulit dia dalam isi tu kihkihkih. Mencabar oiiii.. Lenguh kaki aku berdiri lelama kat sinki.

Pastu bila dah berjaya keluarkan isi dia, aku cuci la bahagian yang panjang cam mulut tu, nak buang lumpur. Pastu aku nampak plak ada banyak mende wane itam kat isi mentarang tu. Haihhh!! camne ni? nak kene buang ke x?? Ikut firasat hati kataku. wakakakka aku buang la segala macam bende itam tu. Hambek ko, biler dah buang semua, isi yang tinggal amatlah cinonet ibarat kalu makan wat lekat kat celah gigi ajer.

Aku tak puas ati lagi sebab tak pasti betul ke tak cara aku tadi, aku pegi on kan lappy dan google semula 'cara membersihkan mentarang' hehehhe.
Ader yang aku jumpe tu, dia kata kene cuci mulut dia buang lumpur (oke aku dah buat), dan buang gigi mentarang tu (dah abes aku bersihkan semua, yang mana satu gigi dia wey??? tak jumpe pung???).

aiyoooo lantak la... Isi mentarang aku pun dah makin mengecik..Hape yang tinggal?? Tapi terpaksa tukar menu. Tak jadi wat masak gulai sebab aku rasa tak berbaloi aku perah santan semata2 nak masak mentarang yang cinonet tu. Aku wat sambal ajer. Letak serai/halia/daun limau purut/cili kering. Sedap gakkkk....

Gambar?? hahahha tak payah la tengok mentarang yang telah aku makeover...nangessss kang ko jahhh ekekekke.

08 February 2012

Pemergian yang sangat dirindui

Assalamualaikum.



Hari ni 8.2.2012 genaplah 4 tahun pemergian arwah abohku Haji Md Saad Bin Awang Dollah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya.  Arwah pergi pada 8.2.2008 (2 minggu selepas pulang dari mengerjakan Haji) bersamaan dengan hari Jumaat tatkala selesai melaungkan azan ketika solat Jumaat di masjid Kg Pandan 1, Kuantan. Arwah rebah terus tak sedarkan diri dan terus di bawa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ya Allah, pada mulanya amat sukar untuk kami terima berita kehilangan arwah tetapi akhirnya kami redha. Ini ketentuannya. Yang lebih membanggakan arwah pergi pada hari Jumaat dalam keadaan berwudhu' dan ketika menyeru seluruh umat Islam supaya mendirikan solat. Arwah pergi ketika di dalam rumah mu Ya Allah. Tiada lain yang ku pinta, agar rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

amin.




Disebabkan terlalu rindukan aboh, tiap kali lepas solat ana berdoa agar aboh datang jumpa ana walau dalam mimpi sekalipun. Alhamdulillah, sehari selepas aboh pergi,3 hari berturut-turut ana mimpikan aboh.
Aboh pesan jangan sedih dan jaga mak dan adik-adik. Insyaallah aboh, ana akan jaga diorang lebih2 lagi mak selagi ana termampu. Ana janji akan bahagiakan mak.
Terima kasih aboh di atas segala pengorbanan yang aboh dah lakukan selama ni untuk kami semua. Sayang aboh sangat-sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat..

* terima kasih aboh sebab bagi ana senaskah al-quran sekembalinya aboh dari Mekah. Mak kata mungkin aboh dah tahu yang aboh akan pergi tinggalkan kami semua, sebab tu aboh bg al-quran kat ana supaya boleh sentiasa sedekahkan doa untuk aboh di sana. Insyaallah aboh.

04 February 2012

Mee lidi

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu.

Weweeeeee sonok gilersssss sebab weeekend ni cuti panjang.. Yang tak bestnya aku tak bole kemana-mana sebab hubby keje cam biasa minggu depan. Baru ajer berhasrat nak ajak dia pegi makan angin sampai kembung hahahaha.

Pagi ni aku buatkan breakfast mee lidi ngan air kopi untuk hubby atas permintaan dia. Memang feveret hubby ni. Kalau sepeket ni dia bole abeskan sorang ajer hahahah.

Mee lidi goreng


Mee goreng bodo ajer sebab tak ada sayur pun. Esbok dah kosong. Nak kene topup semula nih.

Bahan2:
-Mee lidi
-telur sebiji
-3 sudu cili kering

Cara-caranya:
-Didihkan air dalam kuali. Bila dah mendidih masukkan mee lidi dan biarkan lembut dalam 5 minit gitu. Angkat, jirus ngan air dan toskan.
-Sedikit minyak dalam kuali, dan masukkan cili kering. Goreng sehingga cili betul2 masak. Pecahkan telur. Letakkan serbuk perasa;garam/gula sket/ajinomoto/kicap.
-Kemudian masukkan mee lidi, gaul sebati dan angkat. Siap dahhhh!

Sape tak kenal mee lidi, sila angkat tangan laju-laju.
Tiap kali balik Kuantan, aku memang akan beli stock dalam 10 batang gitu. Tak mahal pun. Kalau beli dekat pasaraya PantaI Selamat/Eng Hong harganya baru singgit. Tapi kalau beli kat pasaraya Tunas Manja dia dah up smp RM1.20. Harus la aku beli yang murah kan....

Oke arrr....hubby dah pegi keje dengan kenyangnya. Aku plak nak bekpes donut hehehhe. Modern konon, melantak donut pepagi hahahahah.

01 February 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

 rezeki yang datang bergolek.....golek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...