15 September 2011

Dah musim hujan ker?

Assalamualaikum.

Lately ni, asik hujan aje. Dah nak masuk musim tengkujuh ker eh?? Nak di jadikan cite, ngam2 aku kuo opis semalam, ujan tersangat la lebatnya. Nak merempit di jalanan pon x bole. Kena pandu hati2 sebab jalan kan licin hehehe.

Jalan short cut yang aku selalu lalu untuk pegi and balik dari keje pun di naiki air. Bila pikir semula, rasa kelakao la plak. Duk bandar bole banjir. Ni gara2 sistem perparitan dan longkang tak di selenggara dengan betul (aish..dah macam wartawan lak buat laporan ihihih).

Aku follow ajer kete2 depan aku buat lencongan untk elakkan air tu. Memang bercinta jugak la nak bole sampai umah yang sekangkang kera tu. Dah lali....kalau hujan aje dah kompem jalan jem. Kalao jem ajer mesti sebab hujan. kan!

Sampai aje depan umah...

aku terus rasa nak pitammmmmms bila nampak ampaian aku dah tertonggeng dalam longkang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.....ni baru betul...taufan melanda.

Tak pun kan..aku saspek ampaian aku tu nak bunuh diri dalam longkang sebab dh tak sanggup nak tahan bebanan ngan baju2 tuannya yang berlambak ekeke.

Terpaksa la aku basuh semula baju2 tu. Sakit pinggang ngan urat kentut aku....bile mengenangkan duk tertonggeng mengutip baju2, membilas baju2 dulu buang pasir and tanah2 yang lekat. Arghhhhhhhhhh setel keje membasuh. Ok nak baring jap luruskan badan.

Eh!eh!  'yanggggggggggggg...tolong sidai kain eh...mari lah kita bersama-sama mengerjakan kain ini secara adil dan saksama' hahahahhaa

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...