14 September 2011

Tolong!!! tolong!!! aku lemasssss

Assalamualaikum.

Wordless Wednesday?? X la kot sebab rasa nak bercerita pasal kejadian yg berlaku masa raya ketiga di Bera(kampung arwah aboh ku).

Memandangkan tahun ni giliran beraya di Pekan, kampung hubby, jadi raya ketiga baru aku berkesempatan nak pulang ke kampung beraya dengan nenek Saamah.

Kitorang (aku/hubby/adik aku, Yati and mak) bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 10 pagi. On da way ke kampung, aku kol nenek dulu nak pastikan dia ada kat umah no 1 ker umah no 2 (dua2 pun umah nenek). Kompem dia ada kat umah no 2.

Info:Umah no 1, sunyi sket sebab jarak antara rumah memang jauh. Di kelilingi pokok getah and kelapa sawit..Umah no 2 plak nenek aku baru beli bersebelahan dengan umah adik dia, nenek Jemah. Comel ajer rumahnya. Okeh la tu, tuk nenek aku yang sekali sekala balik kampung. Hahaha jgn x tau, nenek aku skang ni tgh further study dalam jurusan ilmu akhirat kat sekolah pondok, Dengkil.

Lepas kuo highway Chenor,sempat jugak aku singgah memborong tembikai ngan mak. Aku bukan bole tengok tembikai banyak2 ni. Histeria kejap. Pakcik tu jual tembikai merah selonggok RM10 (3 biji). Apalagi….Boronggggggggggggggggg!!Aku ngan mak aku amik 2 longgok tembikai merah and selonggok tembikai kuning (5 biji pakcik tu bagi). Rezeki….rezeki…
Okeh, sambung perjalanan.
Nampak x sungai Pahang tu....

Sampai kampung Bukit Serdang dalam kul doblas gitu. Tengok nenek aku ngan adik dia tengah baeeeeeek punye lepak depan umah sambil makan lemang.Makcik aku yang duk Penang tu pun ada.

Lepas dah kiss sana kiss sini…salam raya bagai kitorg duk lepak la depan umah. Dalam umah tak leh lepak sebab tersangat la panas nyeee.. Plak tu umah ni atap zink. Tahap panas tu bole mencairkan lelemak dalam badan la.

Tapi kan….panas2 ni memang syiok kalo dapat seteguk,2 teguk berteguk2 air kelapa sejuk…Nyamaaaaaaaaaaaan ajer terasa.

Liemaopurut: Pssssst…pssstttt!
Hubby: Mende plak ni??
LP: u sayang ai kan yang??? Sanggup buat apa pun untuk ai kan yang???
Hubby: Sayang tu sayang…..tapi nak kene buat pe plak ni??Suspen je…
LP: hehehehe…bole tak kalo u tolong panjat pokok kelapa and amik buah2 yg masak ranum tu? Ai ngan cacing2 dalam perut ni mengidam nak minum air kelapa la. Bolee kan?
Hubby:  @_@

Antara paksa dan rela, pegi jugak la dia amik. Tapi tak le sampai kene manjat pokok kelapa yang tinggi tu. Petik saja okeh. Perghhhhhhhhh!! nyaman gilee…Nikmatttt.

 




Petang tu, acara tergolek2 bawah kipas beramai2. Masa duk lepak2 tu, nenek aku ter bekenan ngan anak tudung syria adik aku. Adik aku apalagi, laju jer pakaikan anak tudung n selendang ke nenek aku. Siap ajar n pakaikan lagi ke nenek aku tudung tu. oKE aje dia jadi model hahaha.


Nenek aku ngan adik dia tengah study selendang hikhik
Lepas dah pakai nenek aku dah tak mo tanggal anak tudung tu. Dia kata best sebab, rasa kemas aje. Ah sudah….bunyi cm nenek aku dah jatuh cinta ngan anak tudung tu. Sampai petang dia tak tanggal. Adik aku siap cakap lagi ‘ Aku rasa kan, petang ni aku balik dalam keadaan free hair kot’ hikhikhik.

Petang tu, masa nenek aku tgh mandi nak solat Asar, kitorg dengo bunyi orang mintak tolong dalam bilik air.

Nenek: lemas…….lemassssssssssssss..tolong aku.
Aku : Aik??? Mandi dalam bilik air pun leh lemas ke nek?? Nenek menyelam dalam baldi ker???
Nenek: …kuo bilik air dgn berkembam n kepala bertutup
Aku: pitam………..
Nenek: Tolong la bukakkan anak tudung ni. Aku lemassss ni. Tak tau camne nak keluarkan.
Aku: lorh……..lemas tak bernapas upenye….(sambil tarik anak tudung kat kepala nenek)
Nenek: Aku lupe camne nak pakai anak tudung ni tadi. Sblm nak mandi tadik, aku bukak dah sebab nak amik wudhu’. Ni.. nak pakai semula yang ter lemassss ni.
Aku:Ape la nenek……..tadi kan ana ngan yati dah bagi tutorial kat nenek banyak-banyakkkkkkk kali camne nak pakai?
Nenek: Ntah……………….aku lupeeeeee.

Nak tak nak terpaksa la kitorg ajar lagi camne nak pakai anak tudung syria. Baper kali jugak, duk ulang pakai. heheheh nenek pun reti nak bergaya okeh...

Lepas maghrib tu, kitorg dah bersiap nak bertolak ke Kuantan semula. Plan asal nak tido kat kampung, tapi adik aku Yati keje esok, and hubby plak ada hal yg kena balik Pekan.
Jadik, bye2 kampung. Until we meet again ceeewah.
Kan....dah lekat kat pala nenek aku hikhikhik...seb baek la dia tak berkenan kat selendang merah tu. Kalau dia berkenan...adik aku dah ready ngan ayat
' Nek, kat kampung ni kan banyak lembu....nanti tiap2 ari nenek kene berlari nak menyelamatkan diri' hahhaha (kuang asam tul)

2 comments:

  1. wah..wah..bestnya..geram tgk buah tembikai tu...

    dah follow jom follow back

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...