Assalamualaikum.
Hari ni kite belajar masak makanan Italy yang telah di melayukan mengikut tekak and selera tukang masak. Okeh.....ready?? Jom kite mula.
Bahan-bahan
1 peket Spaghetti (rebus ikut arahan plastik-letak garam& minyak masak sket x bg melekat)
Ayam/Daging cincang
1 peket sosej(potong nipis2)
1 tin sos prego tradisional
1 tin tomato puree jenama duchef
bawang putih & merah (potong dadu)
1 biji capsicum @ lada benggala (potong dadu)
2 senduk cili kering yg dah di blender
3 sudu sos cili
sedikit garam/gula
1/2 cawan air
Cara-cara merealisasikan nye menjadi spagheti
- Tumis cili kering sehingga betul2 masak (aku letak 2 senduk cili kering yang dah di blender sebab aku n hubby suka pedas<---kan dah kata tekak melayu hikhikhik)
- Masukkan sos cili prego and tomato puree. Bila dah mendidih, masukkan ayam hancur.
- Pastikan ayam hancur tu betul2 masak
- Tuang 1/2 cawan air ke dalam periuk. Juz to make sure sos tu tak pekat sangat.
- Masukkan sosej and capsicum. Letakkan perasa garam/gula.
- Dah siap!! Jirus kuah ke atas spaghetti yang telah di rebus. Ready to ngappp!
(+) Boleh aje kalau nak letak cendawan butang, tapi cm biasa hubby aku tak suka. Sebab tu aku tak letak. Isi yang wajib ajer. Banyak songeh betul tukang makan ni kan??
* aku penah try buat seafood spaghetti using angel hair, but in the end aku sorang jer yang melantak sampai habis. Hubby kata tak suka. Tak kene dengan selera 'Melayu la sangat' dia tu. Hanya spaghetti bolognese ni ajer yang dia bole telan.
No comments:
Post a Comment