28 July 2011

Mini pizza

alamak....alapak....alatuk....alanek!!
.
.
.
anak singa dah jadik bapak singa
.
.
.
.
.
.
.
dan harimau lak...
.
.
.
.
.
.
dah jadi baby ni....
.
.
.
x pe la...dah x de rezeki nak melangkah lagi kan.nak buat camne. cube lagi lain kali ye rimau hehhe

Aku balik keje tadik kan, dah kompem2 perut lapo. Hubby plak g lepak umah pck aku g tengok bolo ramai2 secara berjemaah gitu. Ape eh aku nak makan nih? toink...toink....toink...tetibe ader lampu menyala kat kepala hikhikhik
.
.
.
aku buat ni. Hari tu ada nampak kat rumah Hasue jadiknya aku try nak buat jugak.
.


 Utk buat casing, lenyet roti gardenia pastu tekap ngan cawan. Sapu margerin dan bakar dalam 10minit gitu.
 Keluarkan kulit roti tadi dr oven dan isikan dengan ape2 yang korang nak isi la. Ayam,itik n kambing pon bole masukkan dalam casing ni ahaksss. Tapi aku letak sosej+ayam+mix vege balance aku buat piza aritu. Jangan lupa taburkan cheese kat atas. Bakar semula dalam 5-10 minit.
Ready tuk makan. Paling suka makan crust yang ujung sekali. Rangup. Erkkkk..kenyang dah ni.
.
.
.
.
Walau Msia kalah tapi leh la tido ngan lena sebab perut dah berhenti joget poco2 wakakakaka.

Malaysia VS Singapore

Warghhhhhhhhhhhh...aku nak balik tengok bolooo..
.
.
.
.
.
.

Harimau Malaya

vs


Anak Singa
.
.
.
.
.
tapinya
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku masih di sini

tengah bertungkus lumus menghabiskan semua document 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


isk isk isk isk

Homemade pizza (roti pita+sosej+mix vege+cheese)

Salam.

Bila otak penat nak tulis ape pun dah x tau. Kalau x nak letak tajuk kat atas tu bole x? x pon aku letak tajuk bernombor.1234 sape dapat aku lipat hehehhe<---sengal jerk.

Malam semalam kul 10 lebih lepas merapu bagai kat blog ni....terus aku g dapor wat pizza. Nak makan punya pasal sanggup tu bersusah payah walaupun badan ngan otak dah penat sangat.
Bahan2 nak buat pizza. Aku x ada Bread Maker, tu yang aku nye pizza pakai roti pita je.
OOh yea..sosej+ayam+mix vege tu aku masak sekejap.

Tengah tabur cheeeseeeeee.

Sedia tuk ngap.

26 July 2011

Chipsmore

Salam...

Entri arini x ade kaitan pun dengan biskut chipsmore. Saja je nak bgtau dalam masa seminggu ni aku akan jadik cam biskut tu. Kejap ada kejap x de.....

Minggu kebizian aku dah bermula.Ari2 duk mengadap nombor..Pitam weh pitam.. Ni pun baru ajer sampai umah. Penats. Makan pun x lagi. Nak makan apa yerk?? Jap lagik la jenguk dapor. Mana tau tetibe ada spaghetti ker...pizza ker muncul kat dapur...uwaaa memang enak gitu....<----merapu dah....

K la.....baek aku start carik makanan dari aku melalut mende yang bukan2 hikhikhik....

24 July 2011

Shopping

Salam.

Hari ni rasa cam terlebih penat plak. Bukan penat ape. Penat sebab g shopping groceries. Macam biasa la. Yang dalam list sikit aje. Tapi hasilnya penuh bonet kete ngan barang2. Siap sumbat kat seat belakang lagi. Jom kite tengok ape yang aku beli kat TESCO Damansara tengahari tadi.
Kapet ni ada diskaun 40% ,dari RM102 ke rm65. Tu yang aku amik 3. Satu tuk aku, lagi dua tuk mak aku.

Hasil pen'shopping'an

Kitchen gadget yang baru di rembat. Bile nak rasmikan ni yek?? herm herm

Petang pulak aku duk menjahit 2 helai skirt adik sepupu aku(kerja kemahiran hidup). Aku tolong jahitkan aje pastu aku ajar diorang camne nak jahit manik. Kalau ikutkan contoh yang cikgu dia bagi, skirt tu ada renda yang kain cotton tu. Aku kan taste tinggi sket hikhikhik aku suggest adik sepupu aku jahit manik2. Mula la masing2 berkerut muka nak menjahit hahahah baru dia tau susah.

Dinner malam ni makan maggie goreng aje. Dah penat pun. Tu pun hubby asik tanya, bila nak buat kek.Aduyay pakcik sorang ni. Mentang2 aku beli banyak kitchen gadget arini terus x sabo nak rasmikan. Tengok la esok camne. Kalau balik awal bole la buat kejap. Kerana mu sanggup ku berkorban cheeewah.

Maggie goreng .
k la....nak tido dah. Nanite.

23 July 2011

Lompat tikam

Salam..

Hari ni memang hari malas aku tuk berbuat apa2. Tapi kalau bab makan aku terrrrrrajin la pulak kan.
Dah beberapa hari teringin nk makan kuih lompat tikam. Terpaksa la ke dapur buat sendiri. Mana nak cari kat sini kan?? Jom tengok resepi n cara2 nak buat.


Resepi Lompat Tikam

Bahan-bahan:
11/2 cawan tepung beras
3 helai daun pandan
2 cawan air
11/2 cawan santan
Secubit garam

Sirap:
2 ketul gula melaka (eh aku beli kat Kuantan,patutnya nama dia gula Kuantan hikhikhik)
3 sudu gula putih
2 cawan air

Cara-cara membuatnya:
Lapisan 1-Hijau
- Ambil daun pandan, campurkan dengan 2 cawan air, letak sedikit pewarna hijau and blend.
- Tapis dan gaulkan dengan 1 cawan tepung beras.
- Masak atas periuk sehingga pekat dan tuang dalam loyang.

Lapisan 2-Santan
-11/2 cawan santan gaulkan dengan 1/2 cawan tepung beras dan masukkan secubit garam.
- Masak atas periuk sehingga pekat dan tuangkan atas adunan hijau tadi.
- Ratakan, biarkan sejuk dan masukkan dalam fridge.

Sirap
- Didihkan gula Melaka+gula+air sehingga mendidih.
- Sejukkan dan bole di makan bersama kuih lompat tikam.
Sedap di makan sejuk2.

--->makanan kegemaran aku n arwah aboh. Tiap kali ramadhan mesti dia akan beli kuih ni lebih. Satu tuk dia satu tuk aku....sayanggggggggggg aboh.




22 July 2011

Bad habit

Salam.

Korang ade bad habit x? mesti ade punya.Tipu la kalau x ada kan?kan? Arini aku nak citer pasal aku punye bad habit which is baru di suarakan oleh hubby ekekeekeke. Sebelum ni x de la rasa ketara sangat. Cuma lately hubby banyak bunyik sebab aku asik repeat my habit over and over again. Ape nye yang bad habit?hehehe malu la nak cite<--- sila bagi pelempang namblas kali pleaseeee.

Kebiasaannya, kalau pegi kedai @ shopping mall korang dah memang ada list ape nak beli atau main terjah aje? Nampak ape yang menarik main amik and campak dalam troli. Ape nak buat,nanti baru pikir. Penah x? hehehe aku selalu buat camgitu. Sebab tu rajin kene tegur ngan hubby. Imagine la kitorg ni berdua je tapi kalo g shopping mall kompem total mesti rm200 lebih. Macam2 mende aku sumbat dalam troli. Bila troli dah nak dekat penuh baru rasa sedar diri 'erkkk..banyak nye,kang over budget plak'. Mula la duk tapis semula barang2 yang patut n x patut duduk dalam troli wakaka.
Ehsan google

Minggu lepas, on da way balik keje,ligat la pale otak aku ni pikir nak masak ape untuk malam nnt. Aku pilih 2 menu masak nasi+goreng ikan masin+sambal tempoyak. Atau masak meehoon goreng. Tapi kalau nak goreng meehoon aku ingat nak berhenti kedai jap beli udang kering. Ok la....aku decide nak makan meehoon. Sila beri perhatian ye....nak beli UDANG KERING yang berharga RM1.20 semata2. Tu aje.

Sampai kedai aku bukan terus cari udang kering tapi aku duk jenguk dulu bahan2 basah. Eh!!!ada kerang la. Sedap ni kalau rebus. Terussssss masuk plastik. Pastu aku nampak kuey teow(eh...kalao buat kuey teow goreng pun sedap ni sebab kerang dah ada). Terussss capai letak kat kaunter. Jalan lagi..Menu yang dah ada dalam pale otak tu terus aku lupa. OK!! menu skang kuey teow goreng. So aku g amik sawi,taugeh and telur. Eh!!!ada telur puyuh la. Terusssss aku amik 20 biji masuk plastik. Rebus sedap ni.

Pusing lagi dalam kedai.....Eh!!!ambik 4 roti coklat gardenia yg 50sen tu tuk bekpes. Apalagi eh??Cukup la tu. Terusss suh mamat tu kira. tek tek tek...dia ketuk cash machine. 'Semua sekali RM25.60, kak'. Eh!!!!(bape banyak eh daaaaa)....bukan ker tadik aku nak beli udang kering yang berharga RM1.20 jerk? Nape leh jadik mahal ni?? (sila ketuk kepala yeeee....sendiri carik pasal).
Ehsan google

Balik rumah terus rebus kerang dan masak kuey teow goreng. Ngam2 aku habis masak hubby balik. Riuh la mulut aku bercerita pasal citer RM1.2 ke RM25.60 tu. Nak tau ape dia kata???

'Ni lah salah satu sebab kenapa mie x nak bawak ayang pegi kedai @ pasar malam. Main beli aje. Boros!!!'

Tersentap kejap...Bila dah kene tegur camtu, rasa insaf kejap. Yea la. Aku berjanji akan cuba mengawal duitku dengan lebih berhemah lagi(skema). Ok la,aku nak kuo ni nak pegi beli barang dapur jap. List aku dah buat. Aku nak tengok gak sejauh mana aku leh ikut exactly as per list. Tapi kalau terlajak pun x pe, aku x risau sebab financial controller aka hubby ada di sisi. Kalau mulut dia bunyik lebih tu maknanye aku tau la....barang yang aku pegang tu x perlu masuk dalam troli hakhakhak.

Daa...

Things to do TODAY

Aku dah siapkan list ape yang nak buat arini:

1. kemas baju aku dan hubby dlm almari<--nak keluarkan yang mana kecik2 tu n sedekahkan kat orang.
2. nak kemas bilik no.2<--semak sangat dah ngan barang2
3. Jahit 2 skirt on behalf 2 adik sepupu aku<--diorg punye kerja kemahiran hidup aku yang kene buat.
4. lipat kain<--mungkin lump sum sekali ngan kain yang aku baru sidai pg tadik. lipat secara jemaah gitu
5. cabut rumput depan umah dgn mggunakan tangan<--idea x bernas hubby aku, x de maknanya aku nak buat.

Satu pun dari yang atas aku x buat lagik. Masih menghadap lappy. Tengok aje la yang mana satu aku buat dulu.
Tak pon tunda semua tu ke hari esoknya,dan esoknya dan esoknya wakakakakaka.

Nasi goreng pattaya versi aku

Salam Jumaat,
Aku on leave arini sebab malas nak pegi kerja. Lagipun semua kerja2 aku minggu ni dah setel semalam. X de masalah la kalo nak cuti pun. Yang paling best cuti aku masih ada 17 hari x berusik. Spare tuk raya nanti kan.

Malam semalam kan ada games Msia lawan Chelsea. Memang bertekak kejap aku ngan hubby.Aku plak tetiba teringat malam ni ader citer HANTU SUSU lakonan Erra,Amy mastura,Marsha Londoh n Zarina.

Hubby: malam ni mie nak tengok bola. Jgn kacoooo!
Aku: eh...eh! mana boleeee! ana nk tengok citer hantu susu. Dari minggu lepas lg tunggu citer ni.
Hubby: x payah laaaa...citer tu kan nnt ada ulangan...tengok bola!!
Aku: takmo...takmo....nak hantu susu jugak.....
Hubby: tengok boloooooooooo (sambil sorok remote dalam kain pelikat bole gitu??? hish)
Aku: huh......x bagi sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..

dalam keadaan merajuk aku terus g dapur wat dinner.....kelentung kelantang.........siapppppp! jom makan.
Ni utk hubby.Siap ada nama lagi tu. Saje aku wat telur tu itam sket.<---ikut wane  kulit  hikhikhik(cm la aku ni putih sgt)

Aku nye x ada sos sebab aku x reti nak makan sos ngan nasik. Alamak lupa lak nak amik gambo nasik goreng hhiihih

Sirap selasih.

19 July 2011

Bowling tournament



Salam.....

Dah beberapa hari aku asik batuk2 n sok sek sok sek(selesema)...Sape la yang jangkitkan virus ni kat aku..Aku suspek budak opis aku yg duk depan workstation aku ni. Kompem!!!! hehehe tetibe jer nak tuduh orang hikhikhik...

Sabtu lepas kan, aku ada Bowling Tournament dekat Cosmic Bowl, Midvalley. Memang seribu satu cerita betul la nak boleh sampai ke midvalley pagi Sabtu tu. Tournament start pukul 9 jadi aku dah rangka2 nak bangun pukul baper,nak kuo umah pukul baper, train datang pukul baper. Naper x drive aje?? (sob...sob..hubby x bagi. Reason sbb x pecaya).Nyampah. X masuk akal langsung. Aku balik kg drive sensorang bole la plak.

Sambung cite semula eh....Pepagi kul 6.30 lagi aku dah bangun siap2 nak pegi membowlingkan diri. Huh!! pegi opis hari2 pun x penah awal camni.Sengal je. Siap2 pastu mintak restu ngan hubby baru aku bertolak nak meneruskan perjuangan. Seb baek ari Sabtu. Idokla jem jalan nya. Lancar n laju je aku sampai ke KTM Sungai Buloh.

Malang!!!Malang x berbau!!! rupanya ader kren tumbang dan menyebabkan kabel putus kat stesen KL. Mamfussss..train hanya sampai ke stesen Bank Negara. Then, semua penumpang yang menghala ke Seremban kena turun dan naik bas yang KTM sediakan sampai ke Kl Sentral. Dari KL sentral sambung semula perjalanan dengan train. camnee ni.Apelagi alternatif laen yang aku ade??

Sebab aku fikir awal lagi, jadi aku proceed la naek KTM tu. Insyallah sempat kottttttttttttttt.Dah pukul 8.40, train yg aku naik masih ada di Segambut. Cuak gila ni. Kononnya nak kol budak team aku, Din nak bgtau aku mungkin lambat, rupanya aku dah abeskan kredit aku malam semalam masa borak x hengat dengan mak mertua aku.ayoyoyo. Sengal sangat aku ni. Ada 15sen aje ni. Seb baek lepas mesej yg aku anto. Din kol aku semula. Kebetulan dia pun baru nak kuo umah. Seb baek la dia sanggup kutip aku dekat KL sentral.

We manage to arrive before games start la. Ader frenz ckp kat aku, 'banyak halangan sebelum games ni, insyaallah petanda baek tuk menang'. Masin mulut kawan aku ko....
Alhamdullillah...kami team FS BOWLER dapat 1st place. The prize are RM1,000 + medal.
Jom layan ajer la gambar2 kat bawah.yeaaaaaaaaaaaaaha!!!

Team FS BOWLER

With Dato' Azman, our CEO

Waiting for d prizes given

With our HOD, Tracii


Medal & letter.Money to be collect on Monday.

Results
Announcement of d winner....bangga jap..

14 July 2011

Macam-macam cite

Salam Khamis.......

Aku baru balik dari lunch ngan niza kat Restoran ISA(kedai mamak) kat sebelah opis ni. Gara2 Din(budak  opis) makan nasi campur mamak semalam(bau macam2 kuah kari yang di campur+ayam goreng+sayur kobis) telah membangkit selera makan niza wakakakkaka hingga menyebabkan aku pun terheret sama utk makan kat kedai mamak arini...(pergh....x penah aku wat ayat sepanjang ni)....

Tapiiiiiii memang sedappppp!...aku juz amek nasi 0 + ayam goreng+acar mentah(lebih)+himpunan kuah2 kari(except kuah yang berunsurkan daging sbb aku vege kukuikui)...oppss tambah plak ngan papadom sebalang sepinggan, air teh o ais limau......erkkkkkkkkkkkk..alhamdullillah..kenyang aku tghr ni...Sat lagi nengok la...ader harapan membuta depan pc nih...hikhikhik.

Last week aku ader pegi Citta Mall yang baru bukak dekat area opis nih. Upenye ader BOOK FAIR(english book) kat Level 2. Diskaun dari 30%-90% .Memang berpinau aku nengok buku2 tu...kalao ikutkan nafsu tamak aku kan,memang banyak yang aku nak borong (Mini Shopaholic-Sophie Kinsella/Novel Cecilia Ahern n banyak lagik woooo).

Tapi seb baik ader satu suara sumbang yang membisikkan kat aku
'Kak na....kat BOOK EXCESS lagi murah dari ni tau...'
terus aku berpijak di bumi yang nyata.....terrrrselamat duit aku tuk hari tu. Dan yang paling penting terselamat aku dari bebelan hubby...macam dah bole hafal ajer ayat yang akan kuo dari mulut dia tu.....
'Ader hati nak beli buku lagi...yang beli 2 batch aritu pun x abes baca lagi kan??kan???'
Len kali la aku rembat buku2 nih....ngehngehngeh.

Geramnya aku tengok buku2 nih......

Lagik geram biler ader tulis diskaun besau2 gitu wahahahha.


Skang ni kondisi mata aku agak celik la.........camni
.
.
.
.
tunggu beberapa minit lagik...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
camni la jadiknye 

huaaarrrrrrrrrrrrrgh....selamat malam bos!!

13 July 2011

Dinner

Salam.......

Dinner malam ni...Layan aje la gambo...Malas nak cakap banyak.hihiihih

Nasi putih+ayam goreng+sayur+sambal tempoyak


Percaya padaku-ungu


Aku tengah gilerkan lagu ni skang...asik nak nyanyi jerk.....ngeh ngeh...layanz...
                                                                                    

Bowling

Salam.....

Sabtu ni...Opis aku ader buat bowling tournament kat Cosmic Bowl,Midvalley . Disebabkan hadiah yang di tawarkn agak lumayan...
1st Place : RM1,000 + medal
2nd Place : RM750 + medal
3rd Place : RM500 + medal
4th Place : RM300 + medal
5th Place : RM200 + medal

Best female player : RM200 + medal
Best male player : RM200 + medal

Jadik.....aku selaku participant yang amat berdedikasi terhadap team aku...telah pergi menjalankan latihan bg mengelakkan semua bola yang di lantun masuk longkang ehehehe....(kalo gitu gaya nya, x de harapan la nak dapat hadiah nyah).
 Layan ajer la gambo aku membowlingkan diri ngan hubby malam tadik kat @curve.













Keputusan game malam tadik: hubby menang tipis....hanya beberapa mata di depan aku aje...uweeek!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...