28 July 2012

Berbuka secara solo

Assalamualaikum....

Konon nak tido lama sikit hari ni, tapi cam biasa...Cukup masa ajer mata ni dah celik. Tu yang tak tau nak buat apa. Pagi2 duk mengadap laptop sambil dengar radio era. Eh!!! tetiba ERA pasang lagu raya. Bukan ker lepas 2 minggu baru bole pasang??

Minggu ni aku mmg tak pedulik ke blog ni. Memang tak sempat dan cukup masa untuk jenguk pun. Hectic!! 3 hari dah aku berbuka kat opis..Hubby berbuka sorang2 kat umah..Sian laki bini ni hehehe. Apa bole buat?? Tuntutan kerja.


 Dari siang....
sampai malam aku duk opis....sob sob sob....

Baper hari dah beli makanan kat bazaar Ramadhan kat bawah opis ni. Dah ler mahai....Rindunya nak masak sedap2 ikut selera tekak aku....

Dalam minggu ni aku banyak terima email pasal ramai perempuan yang kene robbed dekat mall. Antaranya dekat Sunway Pyramid, Midvalley, Solaris Publika dan etc. Semuanya cerita pasal cubaan merompak dan menculik ketika mangsa dalam perjalanan ke kereta di parking lot. Serammmm oke. Lagi2 aku yang kene stay sampai 11 malam ni. Seb baek la selama yang balik lambat ni..bos aku akan jalan sekali and hantar aku sampai ke kereta. And make sure aku dah gerak baru dia pegi ke kereta dia.... Thankss Bosss!!

Ha....semalam aku kuo opis kul 11.15 malam, elok ajer lepas traffic light sebelah Citta Mall tu...aku terkejut sebab tengok jalan jem gilerr..Apedehal??? Kul 11 lebey ni weyh.. Kalau time nak pegi n balik keje tu aku bole terima la. Ni??? Dah malam jem panjaang giler berderet2 kereta. Memang menambahkan kepenatan aku tul la. Tak kan la diorang ni dah nak balik BERAYA kot?? hehehehhe

 Ni laluan nak ke Subang Airport. Panjang giler jem nya. Sampai roundabout depan tu, banyak kete yang buat illegal u-turn sbb nak keluar dari jaalan ni. Aku?? no choice sbb ni ajer laluan free aku nak balik umah. Aku kedekut... tak mau lalu tol.

Depan ni dah roundabout Subang Airport ni.
Merangkak2 kete bergerak. Seb baek ader stok karipap berbuka tadi...leh la aku wat ngap sambil nyanyi2 melepas perasaan.

Ada dalam 40 minutes gitu, baru la tau apa punca nya... Polis tengah wat roadblock.. Humangaih...Kasihani la saya bang polis oiiii. Kot yea pun nak buat, tunggu la saya balik umah dulu. Mana tak slow, semua kete dia tahan satu2, siap suluh lampu lagi.

Masa aku lalu tu, bang polis tahan dan dia siap tegur, 'kemana cik'?? 'Nak balik umah la....tak kan nak pegi kelab dangdut kot??' Agak2 la bang oiii. Pastu depan dia aku snap gambar...Dia tanya, kenapa amek gambar?? Aku cakap la nak update kat blog ngan facebook. Nak bagitau kengkawan apa yang menyebabkan jem gilerr ni. <---dalam hati ajer ni, tak tergamak lak aku nak buat, tak pepasal kene saman free ajer hehehehe ter merapu lak tetibe kihkihkih

Hoh....tak lama lepas tu jalan depan trus lengang. Harus la aku pecut. Banyak dah masa aku terbuang tadi. Ngam2 sampai umah, kul doblas malam. Jiran sebelah dah tido..rumah pun dah gelap. Aku plak baru ajer balik.

~~ rasa cam nak merayap harini, tapi tak decide lagi nak kemana. Big boss tu semalam tido lagi awal dari aku tp bangun lagi lambat. Heh dia plak yang ober.. Aku semalam kul 1 lebey br mandi n kul 2 br mata leh lelap. Sedor2 dah Subuh ajer.. Sahur pun tak huhuhuhu sadis tul.

1 comment:

  1. Sama la kita dah beberapa berbuka kat opis .. x penah2 saya stay lelama kat opis..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...