19 July 2012

Bubur Jagung

Assalamualaikum wbt.

Tak ingat dah hari apa aku buat bubur jagung ni. Lepas shopping kat pasar malam aritu, aku dalam dilema antara nak rebus bodo ajer jagung ni atau nak di buat bubur. Pastu tanya big boss, yang mana satu idaman kalbu. Terus dia jawab , nak bubur jagung. Oke bosss!!



Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan:
Jagung sepeket (kikis ambil jagung nya sahaja-banyak gak dapat ni)
Santan peket sekotak kecil *x kisah la jenama apa pon
2 sudu sagu mata ikan (basuh dan toskan)
secubit garam
Daun pandan sehelai
Gula 11/2 senduk
3 cawan air paip/masak

Cara-cara:
- masukkan jagung, santan dan air ke dalam periuk.
- tunggu sehingga jagung tadi empuk dan masukkan secubit garam.
- masak dengan api yang sederhana.
- kemudian masukkan sagu,gula dan daun pandan.
- bila semuanya dah sebati, bole la angkat dan hidangkan.

* aku sengaja tak letak gula melaka sebab nak bubur aku warna putih. Suci bersih gitu.

6 comments:

  1. KA suka ni kalau mak yg buat, wat sendiri x brp best ! hehe selamat berpuasa ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...