14 July 2012

Sedapnyaaaa lunch hari ni

Assalamualaikum wbt.

Dengar kata hari ni ramai orang komplen kat fb yang banyak tempat lengang. Sana sini orang musykil mana pegi semua orang. Dan ada yang kata, semua orang tu pergi bershopping secara jemaah kat SOGO KL sebab ada mega sales. Mungkin jugak sebab ada yang update status kata area Jalan Tar tu jammed gilerrrrrr. Ada yang kata tak lepas masuk dalam Sogo pun.

Aku??? macam biasa duk secara aman dekat umah sambil memikirkan nak buat apa. Layan menu makan tengahari ajer la kihkihkih. Simple tapi menyelerakan.

Menu lunch: 
Nasi putih +sambal tempoyak ikan bilis dan petai+peria katak goreng spicy+telur asin dan timun.

Memang sampai 2 kali menambah makan nasi hari ni. Dah lama tak makan sambal tempoyak masak camni. Biasa kalau balik kampung, my mums memang akan buat sambal tempoyak daun kayu. Macam2 jenis daun letak dalam sambal tu. Ada daun kaduk, daun sekentut dan banyak lagi la. Aku bukan kenal sangat daun2 camni. Aku reti makan aje.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai
Sumber: My Resepi
Bahan2:

tumbuk-->(2cm kunyit hidup + 20 bj cili padi (ikut tahap kepedasan korang))
1 papan petai
2 genggam ikan bilis
2 batang serai (ketuk)
2 senduk tempoyak
mayang daun kunyit halus2

- Tumis kunyit hidup dengan cilipadi sehingga masak.
- Kemudian, masukkan ikan bilis, petai dan serai. Tumis sehingga ikan bilis garing.
- Masukkan tempoyak dan daun kunyit. Gaul rata.
- Letakkan perasa dan bole angkat.

Peria Katak Spicy and Crunchy
Bahan-bahan:

1 biji peria katak (di potong nipis dan rendam dalam air garam 1/2 jam)
1 biji telur (pukul)
Tepung segera ayam spicy (aku malas nak bancuh tepung lain, aku pakai ajer yang ni)

- Panaskan minyak.
- Ambil beberapa keping peria dan celupkan dalam telur. Kemudian, golekkan dalam tepung segera tadi.
- Goreng sehingga masak. Ulang sampai habis.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...