09 July 2012

Oreo cupcakes with creamcheese frosting

Assalamualaikum wbt.

Projek hujung minggu nak mengetest cupcakes versi Che Mat Gebu. Lama sangat dah aim resepi oreo cupcakes che mat kita. Tapinya seruan membuat tu tak datang.

Akhirnya, Sabtu lepas seruan membuat cupcakes tu datang. Apalagi, sekali dua jenis cupcakes aku tibai. Oreo cupcakes dengan crazy chocolate cake yang aku tukarkan kejadian nya kepada cupcakes. Tapi kali ni, kite share resepi oreo dulu eh.

Yang tak letak topping tu aku punya ;p

OREO CUPCAKES
Sumber : Che Mat Gebu
Di test oleh  : Liemaopurut.blogspot.com

~ che mat, mintak izin kopipes kat sini yea untuk rujukan akan datang. mekasih ;p


Bahan-bahannya:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) *
1/2 camca teh baking powder * (digaul rata dan di ayak *)
2 bj telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

Bahan Buttercream :
125gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula aising (ayak)
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.

2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10-15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar dalam 15 miniy). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.

3. Untuk Buttercream: Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang di isi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry.

~ aku tak pakai buttercream macam resepi Che Mat ni. Aku buat creamcheese frosting sebab nak abeskan stok dalam peti. Pastu hiaskan dengan biskut oreo yang di patahkan, dan tabur dengan chocolate yang di parut.

Creamcheese Frosting
Sumber: K.Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan:
125 gm creamcheese
60 gm butter
60 gm gula icing -ayak

- pukul cheese dengan butter hingga kembang.
- masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul hingga betul2 kembang dan gebu
* aku tambah sedikit perahan lemon nak bg rasa nya masam2 sket.
- simpan dalam peti sekejap pastu pipe kan atas cupcake tadi.

(*_*) seriyessss, cupcakes ni memang sedappp+lembut... aku nak buat lagi la pasni la la la la

Dah siap pack nak bagi makcik2 aku hehehe

4 comments:

  1. makcik yang kat sini tak dapat pun kak ana!! gegege...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...