06 July 2012

Laksa Pahang

Assalamualaikum wbt.

Sejak minggu lepas, aku ngan hubby dah buat perjanjian. Malam tak payah masak nasi. Siang makan nasi, malam makan mee atau apa2 ajer la. So mudah sket la keje aku. Itupun beberapa hari lepas, ada orang tu duk bunyi suh aku masak nasi lemak. Booo layan. Dia yang beria nak wat perjanjian, dia yang beria nak langgar.

Jadinya, tiap2 hari on da way balik umah, otak aku ni memang ligat la duk pikir nak masak apa tuk malam. Macam hari ni la. Sambil bawak kete, sambil pale otak berkhayal memikiokan menu2 sedap. Sekali duk teringat ke laksa lemak. Perghhhh meleleh2 air liur sambil bawak kete. Hujan kat luor tapi kat dalam kete yang basah kihkihkih.

Kalau nafsu dah menguasai diri, terus ligat kepala duk fikir bahan2 nak buat laksa. Apa yang tak ada, apa yang ada. Berhenti jap kedai beli ikan, laksa segera, sayur2an dan santan. Opppss santan tak bagus. Tak sihat. Tapi kire pejam mata ajer la. Nanti sebelum tido, aku bersenam jap *yooo la tu*.

Balik umah rebus ikan dulu, potong bawang, potong sayur. Pastu berhenti solat maghrib. Kelentung kelentang kul 9 jugak la dapat makan.

Nak resepi??  klik la kat SINI 

Hubby kata lagi sedap makan dengan mee lidi. Tapi nya dua kali pinggan menambah. Lepas makan, siap tak bagi lagi aku simpan dalam peti. Dia kata biar dulu, mana tau malam kang nak makan lagi.


Dah tu?? tang mana yang nak jaga kesihatan nya?? adesss la.

7 comments:

  1. Salam Ana

    Akak belum pernah lagi makan laksa Pahang
    Kebetulan akak memang pengemar laksa
    Insyaallah akan akak cuba juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Beb nmpk sodap je.. bila nak jamu ? Next menu apa pulak..

    ReplyDelete
  3. Salam kak ita :)

    Cuba la...laksa pahang bukan camni. Mee dia kesat sket cm mee lidi. Ni lebey kurang laksa lemak la hihuhi

    ReplyDelete
  4. Niza....sedapppp...tp x leh makan slalu. Gemook kang kihkih

    ReplyDelete
  5. Salam Ana. pernah mkn laksa Phg rumah kwn raya lst yr. rasa lebih kurang laksa lemak kan...
    Ana, tkasih ucapan tahniah itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamasya, betul la tu. memang lebey kurang laksa lemak. Mee dia kasar and kesat sket. Satu lagi kuah rempah. Yang tu saya tak khatam lagi nak membuatnya hikhikhik.

      sama-sama ;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...