28 July 2012

Berbuka secara solo

Assalamualaikum....

Konon nak tido lama sikit hari ni, tapi cam biasa...Cukup masa ajer mata ni dah celik. Tu yang tak tau nak buat apa. Pagi2 duk mengadap laptop sambil dengar radio era. Eh!!! tetiba ERA pasang lagu raya. Bukan ker lepas 2 minggu baru bole pasang??

Minggu ni aku mmg tak pedulik ke blog ni. Memang tak sempat dan cukup masa untuk jenguk pun. Hectic!! 3 hari dah aku berbuka kat opis..Hubby berbuka sorang2 kat umah..Sian laki bini ni hehehe. Apa bole buat?? Tuntutan kerja.


 Dari siang....
sampai malam aku duk opis....sob sob sob....

Baper hari dah beli makanan kat bazaar Ramadhan kat bawah opis ni. Dah ler mahai....Rindunya nak masak sedap2 ikut selera tekak aku....

Dalam minggu ni aku banyak terima email pasal ramai perempuan yang kene robbed dekat mall. Antaranya dekat Sunway Pyramid, Midvalley, Solaris Publika dan etc. Semuanya cerita pasal cubaan merompak dan menculik ketika mangsa dalam perjalanan ke kereta di parking lot. Serammmm oke. Lagi2 aku yang kene stay sampai 11 malam ni. Seb baek la selama yang balik lambat ni..bos aku akan jalan sekali and hantar aku sampai ke kereta. And make sure aku dah gerak baru dia pegi ke kereta dia.... Thankss Bosss!!

Ha....semalam aku kuo opis kul 11.15 malam, elok ajer lepas traffic light sebelah Citta Mall tu...aku terkejut sebab tengok jalan jem gilerr..Apedehal??? Kul 11 lebey ni weyh.. Kalau time nak pegi n balik keje tu aku bole terima la. Ni??? Dah malam jem panjaang giler berderet2 kereta. Memang menambahkan kepenatan aku tul la. Tak kan la diorang ni dah nak balik BERAYA kot?? hehehehhe

 Ni laluan nak ke Subang Airport. Panjang giler jem nya. Sampai roundabout depan tu, banyak kete yang buat illegal u-turn sbb nak keluar dari jaalan ni. Aku?? no choice sbb ni ajer laluan free aku nak balik umah. Aku kedekut... tak mau lalu tol.

Depan ni dah roundabout Subang Airport ni.
Merangkak2 kete bergerak. Seb baek ader stok karipap berbuka tadi...leh la aku wat ngap sambil nyanyi2 melepas perasaan.

Ada dalam 40 minutes gitu, baru la tau apa punca nya... Polis tengah wat roadblock.. Humangaih...Kasihani la saya bang polis oiiii. Kot yea pun nak buat, tunggu la saya balik umah dulu. Mana tak slow, semua kete dia tahan satu2, siap suluh lampu lagi.

Masa aku lalu tu, bang polis tahan dan dia siap tegur, 'kemana cik'?? 'Nak balik umah la....tak kan nak pegi kelab dangdut kot??' Agak2 la bang oiii. Pastu depan dia aku snap gambar...Dia tanya, kenapa amek gambar?? Aku cakap la nak update kat blog ngan facebook. Nak bagitau kengkawan apa yang menyebabkan jem gilerr ni. <---dalam hati ajer ni, tak tergamak lak aku nak buat, tak pepasal kene saman free ajer hehehehe ter merapu lak tetibe kihkihkih

Hoh....tak lama lepas tu jalan depan trus lengang. Harus la aku pecut. Banyak dah masa aku terbuang tadi. Ngam2 sampai umah, kul doblas malam. Jiran sebelah dah tido..rumah pun dah gelap. Aku plak baru ajer balik.

~~ rasa cam nak merayap harini, tapi tak decide lagi nak kemana. Big boss tu semalam tido lagi awal dari aku tp bangun lagi lambat. Heh dia plak yang ober.. Aku semalam kul 1 lebey br mandi n kul 2 br mata leh lelap. Sedor2 dah Subuh ajer.. Sahur pun tak huhuhuhu sadis tul.

24 July 2012

Berbaloi ker beli Laksa Johor ni?

Assalamualaikum wbt.

Bulan puasa ni waktu kerja 8.30 ~ 5.00 petang. Gigih aku datang awal semalam sebab nak balik awal....kul 8 dah keluar rumah which is tak pernah aku buat sebelum ni hahahah..Pergh keluar awal pun tak guna sebab tersangatttttttt la jem nye. Rasa cam nak bawak roti makan ajer ngan jem tu..eh!!!

Depan opis ni ader la buat jualan sempena ramadhan ni. Ada yang menjual madu, air, lauk pauk, kueh mueh dan barangn aksesori perempuan. Tak banyak mana pun  gerai yang di buka. Tak silap aku ada dalam 10 gerai kot.

So, sebelum aku balik umah petang semalam sempat la aku meround nak tengok apa yang best. Tengok lauk pauk menarik tapi tak terasa nak beli. Kueh mueh pun tak menarik perhatian aku. Aku stop kat gerai makcik ni. Dia jual stew ayam dengan laksa Johor. Menarik plak rasa nya sebab aku memang tak pernah rasa Laksa Johor. Di sebabkan teringin, aku beli la tanpa tengok isi nya sebab makcik tu dah siap pack.

Aku tanya makcik tu, baper hinggit ni makcik??? Dia kate tadi dia jual RM5...pastu dia turunkan harga ke RM4. oKE.....Balik umah aku tengok la isi nya....


Berbaloi ker ni??? Sesungguhnya aku tak tau...Cinoet ajer isinya...
Rasa?? pun aku tak tau. Kalau pernah makan sebelum ni bole la compare kate sedap atau tak...yang aku rasa masin ajer la....huhuhu
~~haish...kene carik resepi buat sendirik ni...baru puas ati..

23 July 2012

Dia memang binatang!!!

Assalamualaikum wbt.

Tajuk cam kuang ajaq ajer kan....rasa sentap tak?? bulan pose pun nak buat entri camni... hehehehe. Tapi betullah. Dia memang binatang. Aku memang marahkan seekor binatang bukan manusia...

Kenapa aku marah?? Tiap2 dua atau tiga bulan sekali mesti dia akan buat hal.. mesti carik pasal dengan aku. Walaupun aku tak pasti siapa punye kerja tapi ader la beberapa ekor yang aku saspek.

Ape salah aku?????? kenapa nak seksa aku camni?? kenapa nak seksa hidung aku camni?? tak tau ker yang perbuatan engkau itu bisa membuatkaan hidung ku menjadi cendawan butang?? kau mesti tak tau sebab kau tak pernah nak amek tau...

Ni dia salah seekor saspek yang sempat ku berkas..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kasik close up sket wajah penjenayah tu
.
.
.
.


kucing jantan.....memang aku saspek kucing jantan ajer sebab diorng ni kan suka kencing memancut...yang kucing betina ni sopan sket ;p.

cerita sebenar?? salah seekor dari kucing ni suka pancut kat tempat ekon bawah kete aku. Jadi bila tiap kali pasang ekon, memang semerbak la bau kencing kucing dalam kete. Memang tertekan aku. Tak gheti dah nak buat apa. Tutup kete pun tak guna jugak sebab diorang bole menyusup bawah kete.

Apakah aku kene selubung kete aku?? adesss la. Bila cakap ke tuan umah, dia gelak ajer...apekah?? aku saspek jugak sekor kucing tuan umah ni yg jantan tu. bila depan tuan ajer kemain sopan santun berguling-guling kengkonon manja. Bila belakang tuan dia ajer.....dia tinggalkan dia punye air penyulingan.

Tolong la meowww....jangan seksa hidung aku lagi...aku perlukan hidung ni tuk jangka masa lama..di harap sempena bulan ramadhan yang mulia ini, dapat la kamu insaf jangan memancut lagi di kereta aku eh....aku janji....ko baek....aku belikan ko friskies 5 guni....set!!!

* selamat berpuasa korang (*_*)

20 July 2012

Goreng pisang rangup krup krap krup krap

Assalamualaikum wbt.

Petang-petang gini kalau dapat makan pisang goreng memang syiok la. Berdepan dengan opis ni, ada pakcik yang jual tapi jauh sangat la nak jalan kaki. Hanya orang yang cekal ajer yang sanggup nak menapak ke gerai pisang goreng pakcik tu.

Untuk orang yang m.a.l.a.s macam aku ni, telan air liur ajer la kalo tetiba tengah buat kerja bole terbau pisang goreng dalam opis. Nak tambah mengharukan, kengkadang bau cempedak pun ada. Kurang asam jawa betul la diorang ni.Tak pasal2 abes semua orang pandang memandang.

Siapakah makhluk yang tak bertanggungjawab membawa bau-bauan makanan masuk ke dalam opis dan menyebabkan orang laen telan air liur sampai kering. Huh!! korang jangan sampai aku bawak durian masuk opis..Abes semua orang tumbang kang kehkehkeh.


Eh..berbalik pada citer pisang goreng. Kan haritu, aku ada beli 2 biji pisang tanduk. Masa beli, pisang ni dah pun masak, jadi tak bole la simpan lama sangat. Nanti tak best dah kalau nak di goreng. Meh aku share resepi adunan pisang goreng yang selalu aku buat. Bagi aku memang crunchy la.


Tak reti nak sukat sebab biasanya aku maen campak2 ajer:

Bahan-bahan:
Pisang
Tepung beras (bole juga nak guna tepung gandum tp aku prefer tpg beras)
Telur sebiji
sesudu air kapur
satu sudu margerin
garam
sedikit serbuk kunyit

- Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pisang, dan gaulkan.
- Pastikan adunan jangan terlalu cair, nanti tak melekat plak dekat pisang biler nak menggoreng.
- Kalau nak sebati, blender la adunan tu. Kengkadang aku blend, kengkadang aku kacau ngan tangan ajer. *macam biasa, ikut tahap kerajinan ;p
- goreng la macam biasa.
- dah masak, angkat, ngappppppppp.

~~ selamat mencuba (*_*)

19 July 2012

Bubur Jagung

Assalamualaikum wbt.

Tak ingat dah hari apa aku buat bubur jagung ni. Lepas shopping kat pasar malam aritu, aku dalam dilema antara nak rebus bodo ajer jagung ni atau nak di buat bubur. Pastu tanya big boss, yang mana satu idaman kalbu. Terus dia jawab , nak bubur jagung. Oke bosss!!



Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan:
Jagung sepeket (kikis ambil jagung nya sahaja-banyak gak dapat ni)
Santan peket sekotak kecil *x kisah la jenama apa pon
2 sudu sagu mata ikan (basuh dan toskan)
secubit garam
Daun pandan sehelai
Gula 11/2 senduk
3 cawan air paip/masak

Cara-cara:
- masukkan jagung, santan dan air ke dalam periuk.
- tunggu sehingga jagung tadi empuk dan masukkan secubit garam.
- masak dengan api yang sederhana.
- kemudian masukkan sagu,gula dan daun pandan.
- bila semuanya dah sebati, bole la angkat dan hidangkan.

* aku sengaja tak letak gula melaka sebab nak bubur aku warna putih. Suci bersih gitu.

Pengumuman Puasa 2012

Assalamualaikum wbt.

ehsan google

Alhamdulillah, Ramadhan yang di tunggu-tunggu telah tiba. Umat Islam akan mula berpuasa pada Sabtu ini 21hb Julai 2012 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433 H.

Selamat Berpuasa kepada semua bloggers dan pembaca blog liemaopurut ni. Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan daripada Allah swt. 
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan atau perbuatan saya yang menyinggung sesiapa.

*dah baper mingu asek dengar iklan kat radio (yusoooof taiyoob...yusoooff taiyoooob) heheheh esok nak ajak hubby pegi beli kurma. Tak kisah la kalau bukan yussof taiyooob pun, janji kurma. Saya suka kurma yang lembut tak ada biji tu. cepat ajer abes sekotak ;p *

Terjaga dari lena


Assalamualaikum wbt.

Sakit kepala,idung tersumbat. Lepas solat maghrib,aku terus tido x sedarkan diri. Tiba-tiba kul 2.30 pagi tersedar...Terus bangun solat ISya' and tengok tibi. Sempat la layan citer movie kat astro diva sampai kul 3.50.

Ni....dh masuk bilik tp terkulat2 tak tau nk buat ape...

Posted via Blogaway

18 July 2012

Oreo cupcakes again with almond nibs+flakes

Assalamualaikum wbt.

Aku buat lagi.....tapi kali ni tak yah la topping2 tu semua...campak almond nibs n flakes ajer...
Resepi?? klik SINI




Salah satu dari cupcakes ni dah singgah dalam mulut Rai ;p

17 July 2012

Sakae Sushi, Paradigm Mall

Assalamualaikum wbt.

Sehari lepas aku pergi makan Sushi King, aku melantak plak kat Sakae Sushi, Paradigm Mall kat Kelana Jaya. Kengkonon tekak ngengada nak pergi Jepun. Aku layankan ajer.

Kali ni aku pergi time lunch ngan opismate yang juga seorang blogger yang suka memberikan info2 menarik dan berguna, blogger RAI. Ni pestaim aku pegi sini, sebab kebiasaanya pegi Sushi King aje.

Ehsan Google


Herm....ghupenya kalau nak order, tekan ajer kat screen ni. Pohpaleweh,,canggih sangat.

Ada super lunch deals tapi kami tak berminat plak nak makan set yang ada ni.

Kami hanya makan sushi yang berjalan2 ni.
Salmon sushi dan apekebenda nama sushi yang tinggal seketoi tu ntah kihkihkih

Sedapppp ni. ape ntah nama dia. tapi cam halia jeruk.
Kira lepas telan sushi tu, bilas la mulut ngan halia ni kahkhakah.

Kitorang berdua makan banyak ni ;p.
Masa masuk dalam restoran ni, kitorang nampak ada promotion. Kalau amek pinggan merah yang berharga RM5.99, the next red plate is free. 
Jadi, tanpa segan silu kami main amek ajer la dan ngappp. Sebab yang pinggan merah banyak yang sedap2. Ada tempura, salmon dan macam2 lagi la. 
Lepas dah pinggan ke 5, baru aku terbaca semula dan perasan yang promotion tu hanya start pukul 3 ptg and above.
Aku pandang Rai dan erkkkkk!!!! Silapsss baca kahkahakah
Pastu baru kitorang sedor diri amek pinggan kaler pink yang harga RM2.99 atau RM3.99 (x ingat).

Yang pasti pilihan sushi lagi banyak kat Sakae Sushi walaupun harganya sedikit mahal berbanding Sushi King.
Sekali-sekala layan sushi takpe..*sejukkan hati sendirik* 
Total billing for that day?? 
RM57.90 ;p

~~ esoknya makan nasik ngan ikan kering muahahahha

15 July 2012

Ahli baru dalam family

Assalamualaikum wbt.



Ni la keluarga yang sedia ada... welcome to da club pokok kesum.

14 July 2012

Shopping buah-buahan

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi kononnya nak ajak hubby jenjalan. Tapi bila tengok dia balik macam kepenatan. Aku lupakan aja la hasrat murni aku tu. Siang kan dah makan nasi banyak, jadi malam ni rasa malas nak makan menda berat. Ajak hubby ke pasar malam beli buah-buahan.

 Musim buah longan kot skang ni. Banyak plak orang jual. Sekilo RM6. Macam biasa, sebelum makan kena basuh dulu buah ni.

 Buah2 ni 8 biji RM10. Jadi aku campur2 yang sama harga.

 Pisang tanduk sekilo RM4. Aku amek dua biji RM2.99.
Konon nya nak buat pisang goreng nanti.

Jagung peket ni RM3. Konon nya nanti nak buat bubur jagung.

(*_*) ...sebab tu aku suka pegi Pasar Malam Paya Jaras. Macam-macam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;p

Sedapnyaaaa lunch hari ni

Assalamualaikum wbt.

Dengar kata hari ni ramai orang komplen kat fb yang banyak tempat lengang. Sana sini orang musykil mana pegi semua orang. Dan ada yang kata, semua orang tu pergi bershopping secara jemaah kat SOGO KL sebab ada mega sales. Mungkin jugak sebab ada yang update status kata area Jalan Tar tu jammed gilerrrrrr. Ada yang kata tak lepas masuk dalam Sogo pun.

Aku??? macam biasa duk secara aman dekat umah sambil memikirkan nak buat apa. Layan menu makan tengahari ajer la kihkihkih. Simple tapi menyelerakan.

Menu lunch: 
Nasi putih +sambal tempoyak ikan bilis dan petai+peria katak goreng spicy+telur asin dan timun.

Memang sampai 2 kali menambah makan nasi hari ni. Dah lama tak makan sambal tempoyak masak camni. Biasa kalau balik kampung, my mums memang akan buat sambal tempoyak daun kayu. Macam2 jenis daun letak dalam sambal tu. Ada daun kaduk, daun sekentut dan banyak lagi la. Aku bukan kenal sangat daun2 camni. Aku reti makan aje.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai
Sumber: My Resepi
Bahan2:

tumbuk-->(2cm kunyit hidup + 20 bj cili padi (ikut tahap kepedasan korang))
1 papan petai
2 genggam ikan bilis
2 batang serai (ketuk)
2 senduk tempoyak
mayang daun kunyit halus2

- Tumis kunyit hidup dengan cilipadi sehingga masak.
- Kemudian, masukkan ikan bilis, petai dan serai. Tumis sehingga ikan bilis garing.
- Masukkan tempoyak dan daun kunyit. Gaul rata.
- Letakkan perasa dan bole angkat.

Peria Katak Spicy and Crunchy
Bahan-bahan:

1 biji peria katak (di potong nipis dan rendam dalam air garam 1/2 jam)
1 biji telur (pukul)
Tepung segera ayam spicy (aku malas nak bancuh tepung lain, aku pakai ajer yang ni)

- Panaskan minyak.
- Ambil beberapa keping peria dan celupkan dalam telur. Kemudian, golekkan dalam tepung segera tadi.
- Goreng sehingga masak. Ulang sampai habis.

13 July 2012

Melepas gian di Sushi King, Giant Kelana Jaya

Assalamualaikum wbt.

Tetiba rasa gian nak makan black pepper udon kat Sushi King. Biasanya, aku jarang ajak hubby g makan kat tempat camni. Sebab dia punye tekak is truly asian kihkihkih. Member seperjuangan dalam mengulor dah pindah department lain, jadi agak susah la nak merayap...kihkihkih

Balik keje kelmarin (hari rabu)..terus kol hubby ajak g makan kat sini. Tu pun dia balik lambat dalam kul 8 mlm. Berkejar jugak la nak ke Kelana Jaya takut kedai tutup. Ada gak aku geget pintu kedai kang ;p.

 My black pepper udon dan amek 2 pinggan sushi yang berjalan2 mencari tuan tu kihkihkih

 Kan.......tak caya??? memang licin aku kerjakan ;p

eh!! pada yang gila kan sushi tu.. next week 16-19.7.12 dah start SUSHI KING CARD BONANZA 
Nak pegi kene bawak kad sushi king. Kalau tak ada tak aper. Bole pinjam ngan kengkawan. Leh dapat diskaun. Untung kalo pegi time ni sebab semua pinggan SUSHI berharga RM2. Biasanya harga mengikut warna pinggan. Dari harga RM2 hingga la ke RM5.


eh!!
aku lupa yang aku pergi ngan hubby kihkihkih


Selama aku makan tu, dia duk minum vanilla shake ajer.
Beria aku paksa dia rasa sikit, huh tak nak langsung dia jamah. Siap buat muka lagi kat aku...
.
.
.
.
.
.
.
oke! fine!!
pas aku makan, turn aku plak teman dia makan kat kedai makan dekat ngan rumah.
.
.
.
.
.
.
makan ape??
biasalah...nasi putih+sambal belacan+ikan kembung masak 3 rasa+telur dadar
giler ko tak kenyang...dah ler makan sorang..
abesssss dayettt yang oiiiii ;p

09 July 2012

Oreo cupcakes with creamcheese frosting

Assalamualaikum wbt.

Projek hujung minggu nak mengetest cupcakes versi Che Mat Gebu. Lama sangat dah aim resepi oreo cupcakes che mat kita. Tapinya seruan membuat tu tak datang.

Akhirnya, Sabtu lepas seruan membuat cupcakes tu datang. Apalagi, sekali dua jenis cupcakes aku tibai. Oreo cupcakes dengan crazy chocolate cake yang aku tukarkan kejadian nya kepada cupcakes. Tapi kali ni, kite share resepi oreo dulu eh.

Yang tak letak topping tu aku punya ;p

OREO CUPCAKES
Sumber : Che Mat Gebu
Di test oleh  : Liemaopurut.blogspot.com

~ che mat, mintak izin kopipes kat sini yea untuk rujukan akan datang. mekasih ;p


Bahan-bahannya:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) *
1/2 camca teh baking powder * (digaul rata dan di ayak *)
2 bj telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

Bahan Buttercream :
125gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula aising (ayak)
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.

2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10-15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar dalam 15 miniy). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.

3. Untuk Buttercream: Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang di isi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry.

~ aku tak pakai buttercream macam resepi Che Mat ni. Aku buat creamcheese frosting sebab nak abeskan stok dalam peti. Pastu hiaskan dengan biskut oreo yang di patahkan, dan tabur dengan chocolate yang di parut.

Creamcheese Frosting
Sumber: K.Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan:
125 gm creamcheese
60 gm butter
60 gm gula icing -ayak

- pukul cheese dengan butter hingga kembang.
- masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul hingga betul2 kembang dan gebu
* aku tambah sedikit perahan lemon nak bg rasa nya masam2 sket.
- simpan dalam peti sekejap pastu pipe kan atas cupcake tadi.

(*_*) seriyessss, cupcakes ni memang sedappp+lembut... aku nak buat lagi la pasni la la la la

Dah siap pack nak bagi makcik2 aku hehehe

08 July 2012

Nasi lemak untukmu

Assalamualaikum wbt.

Nasi lemak + sambal sotong + ayam goreng spicy

Akhirnya, malam semalam aku tunaikan jugak la keinginan hubby yang nak makan nasi lemak. Senyum sampai ke telinga dapat nasi lemak ;p. Aku cakap ke dia, next nasi lemak ialah lagi 2 bulan hahahha.

* tak payah la recipe, malas nak type kihkihkih

06 July 2012

Laksa Pahang

Assalamualaikum wbt.

Sejak minggu lepas, aku ngan hubby dah buat perjanjian. Malam tak payah masak nasi. Siang makan nasi, malam makan mee atau apa2 ajer la. So mudah sket la keje aku. Itupun beberapa hari lepas, ada orang tu duk bunyi suh aku masak nasi lemak. Booo layan. Dia yang beria nak wat perjanjian, dia yang beria nak langgar.

Jadinya, tiap2 hari on da way balik umah, otak aku ni memang ligat la duk pikir nak masak apa tuk malam. Macam hari ni la. Sambil bawak kete, sambil pale otak berkhayal memikiokan menu2 sedap. Sekali duk teringat ke laksa lemak. Perghhhh meleleh2 air liur sambil bawak kete. Hujan kat luor tapi kat dalam kete yang basah kihkihkih.

Kalau nafsu dah menguasai diri, terus ligat kepala duk fikir bahan2 nak buat laksa. Apa yang tak ada, apa yang ada. Berhenti jap kedai beli ikan, laksa segera, sayur2an dan santan. Opppss santan tak bagus. Tak sihat. Tapi kire pejam mata ajer la. Nanti sebelum tido, aku bersenam jap *yooo la tu*.

Balik umah rebus ikan dulu, potong bawang, potong sayur. Pastu berhenti solat maghrib. Kelentung kelentang kul 9 jugak la dapat makan.

Nak resepi??  klik la kat SINI 

Hubby kata lagi sedap makan dengan mee lidi. Tapi nya dua kali pinggan menambah. Lepas makan, siap tak bagi lagi aku simpan dalam peti. Dia kata biar dulu, mana tau malam kang nak makan lagi.


Dah tu?? tang mana yang nak jaga kesihatan nya?? adesss la.

03 July 2012

Takoyaki Octapus & Prawn

Assalamualakum wbt.

Hoh.....masalah masalah...tengah malam ni tetiba teringat ke tako ni..mana nak cari oiiii




Tiap kali pergi jaya jusco, aku wajib cari tako ni. Sedappppp!! Dah penah makan yang kat sushi king tapi ntah la....Sedap lagi yang ni kot..hahahha


~~> alamak!! tetibe aku plak yang mengidam nak makan tako ni...haish ;p

02 July 2012

Ban Masterchef selebriti & lempeng cicah sambal ikan bilis

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak bersiaran. Sejak dua menjak berukband menjadi teruk nih, nak online pun payah. Kat opis dah memang tak bole nak upload gambo. Kat phone pon sama. Ni semua faktor2 yang membuatkan aku lagi malas nak update la ni haish.

Dari minggu lepas aku dah start batuk2. Tekak jadi kering. Malas minum air pun iyer. Pagi tadi bangun, tekak rasa perit sangat. Telan air liur pun sakit. Batuk lagi la rasa cam anak tekak tu kena hiris. Dah tengahari sket baru  oke. Tapi batuk nya masih ada la. Maybe sebab cuaca kot, kejap ujan kejap panas. *ntah ape motip aku salahkan cuaca...sedangkan salah diri sendiri yang suke minum air batu kihkihkih*

Malam semalam aku attend majlis resepsi kawan Uitm kat Putrajaya. Jadinya tak tengok la siaran masterchef. Malam ni aku qada semula tengok kat channel 134 pukul 8 mlm. Pastu terus sambung tengok episode penyingkiran malam ni yang melibatkan tomok, angah raja lawak dan farouk. Tema malam ni ialah lempeng atau penkek.

Nak di jadikan cerita, angah raja lawak buat lempeng cicah ngan sambal ikan bilis. Tetibe, hubby duk asek sebut2...sedapnya kalau dapat makan lempeng kan??? sambil pandang aku. Banyak kali plak tu dia repeat statement tu sambil kenyit2 mata kat aku. Haish dia ni...ada2 ajer sesi pengidaman dia tau.

Aku ni dah la malas nak ke dapor malam2 ni, tapi kerana kesiankan dia aku buat jugak la. Tapi ader syaratnya kihkihkih. Aku masakkan dia lempeng...dia lipat kain hahahha. Bunyi cam kejam tapi dia sanggup dan aku malas nak lipat so....termaktub la perjanjian di situ antara melipat kain dan lempeng ngahahahha. omputih kata win win situation.

Abes ajer masterchef kul 10 tadi (sob sob tomok terkeluar), terus aku masak sambal ikan bilis dulu. Sambil kemas dapur sambil bancuh tepung nak buat lempeng. Kejap2 kang dia datang intai aku masak kat dapor. Haish nampak sangat tak sabo nye....

Ni dia lempeng dengan sambal ikan bilis. 


Oke...bahagian aku dh siap. Hubby kata malam kang sambil dia tengok final EURO, sambil dia lipat kain. Entah iya entah tidak ....tengok ajer la pagi besok kihkihkih

~~~> aku ingat nak ban hubby dari tengok masterchef esok. Kang dia mengidam menda lain plak adessss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...